Kenangan Indah Bersama Iman

{focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman IMG 4071

Entah tiba-tiba rasa sayu sahaja hati ini teringatkan Iman. Sudah besar anak mama ni. 2 hari lagi, Iman genap 2 tahun 8 bulan. Macam-macam dah Iman pandai buat. Dahulu, ketika Iman kecil dan sangat aktif, pernah terdetik di hati kecil seorang ibu ni, “Anak aku ni hyperaktif kah?”. Hehe. Mana taknya kalau sampai demam pun masih ligat lagi. Lagi panas, lagi ligat tingkah lakunya. Tak selesa barangkali.

Bulan lepas, kami ke Cameron Highland. Iman macam maknya, mudah sangat mabuk bila berjalan. Apatah lagi bila naik bukit. Dijadikan cerita, maghrib-maghrib tu barulah kami sampai di kaki bukit Cameron Highland. Baru je start naik jalan tu, Iman muntah! As expected dah lah.

So, semua lah keluar muntah tu dalam kereta kami. Its ok. Muntah lah puas-puas asalkan selesa. Berhenti tepi jalan dan bersihkan muntah-muntah Iman. Tukar baju, dan basuh pengalas kaki yang kena muntah. Mujur plastik kan. Kemudian kami sambung lagi naik. Iman happy-happy nyanyi Twinkle-twinkle Little Star la, sambung Air Pasang Dalam lah, sambung Baa Baa Black Sheep la, sambung Incy Wincy Spider laa…nyanyi berulang-ulang kali…….dan muntah lagi!

Ok, accepted. Basuh lagi budak ni. Ingatkan lepas ni boleh la dia tidur sebab dah penat muntah 2 kali kan. Melambak-lambak pulak tu.

Hmmm…

Hmmm…

Hmmm…

Tapi, Iman sambung lagi nyanyi!

Adohai laaa!! Dah la jalan bengkang bengkong. Dah la dengan bau muntah lagi…dah la maghrib! Nak bukak tingkap pon takut wooo…jalan golap gelita! Maknya ni dah naik nak muntah sama.

And….Iman masih nyanyi-nyanyi lagi! Terkinja-kinja dalam kereta! Gerak aktif ke kanan ke kiri. Manalah tak muntah lagi..buat kali ketiga! Omak!

Yang Ayah Iman naik geram, dah rasa mcm tak sihat tu, buatlah cara tak sihat. Ini tidak, dok jugaklah aktif macam gitu juga!

Hehe!

Bila dikenang kembali, ya Allah, sweetnya kenangan itu. Risau ia luput dari ingatan kami, mama coretkan kisah kamu di sini ya Iman.

Iman 2 tahun 7 bulan ketika itu. Cikgunya tegur Iman merengek tanpa sebab. Alhamdulillah, menjadikan saya lebih berhikmah mendidik Iman. Kini, Iman lebih mendengar kata. Meskipun kadang-kala Iman bertegas mahukan dirinya menang juga, saya beri kata putus biar Iman decide. Sedang Iman leka main ABC di Ipad, tiba masa saya perlukan tukarkan diapersnya.

“Iman, jom mandi, tukar pampers”

Seperti biasa, Iman jawab “Tak nak, Iman keje”, sambil cuit-cuit Ipadnya.

(Iman cakap “Iman keje” sebab belajar dari saya. Keke. Bila Iman panggil saya untuk tarik perhatian saya dan saya sedang busy, saya jawab “Mama keje”). Sekarang dia pulangkan balik kata-kata tu pada saya. Hehe.

Sambil tarik Ipad dia ke tepi, saya cakap, “Mandi dulu sayang, then you will get your Ipad”

Seperti biasa, Iman tarik muka, protes tak nak. Saya biarkan, dan ulang sekali lagi. “Lepas mandi, boleh main Ipad lagi. Sekejap jek mandi”.

Nada firm, bukan marah, tapi ada sikit ketegasan di situ :D {focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman icon biggrin

2 minit.. counting seconds..and she made the decision.

“Mama, jom mandi” cakap Cik Iman.

Heeee… tak perlu bergaduh pun nak ajak anak ni. Bertegas sikit je. :mrgreen: {focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman icon mrgreen

Now I already missing all the moments with Iman.

Video ni saya tangkap saja-saja buat kenangan sendiri. Since Iman banyak belajar di school, di rumah saya ulangkali apa yang patut. And for me, tak pernah saya rasa bazir bila beli buku-buku Iman. Ala, berapa sangat kot buku mewarna dan ABC ni. Ada yang RM3, ada yang RM5. Selagi Iman minta buku, saya akan beli. Cuma kalau mainan tu, tidaklah saya ikutkan selalu :lol: {focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman icon lol

Counting 1 – 50

Alif to Ya

Agak-agak kenapa ya saya sayu begini?

…..

…….

………

………..

{focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman IMG 20121123 062341

Jeng jeng jeng~~! :oops: {focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman icon redface

Oh, jam menunjukkan pukul 4:15 pagi.

Selamat pagi semua!

Salam sayang,

Mama Iman dan …… :mrgreen: {focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman icon mrgreen (belum ada nama..ahak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kenangan Indah Bersama Iman pixel

You may also like...

8 Responses

  1. ummiimaan says:

    tahniah mama iman.

  2. Suzila Abdullah says:

    Alhamdulillah…….tahniah, msa akak bca entry ni, ingt dh abis storynye…rupanye ada lgi bila skrol bwh…. fuh..mmg surprise la…terbaek..

  3. Juniza says:

    tahniah mama iman…akhirnya iman nak jadi kakak 😀 happy 4 u..

  4. nana says:

    wau… wau… mesti hati akk tgh berbunga2 kan… tahniah 😀

  5. Ummu Khaulah says:

    wah, suspens,,,, tahniah. patutla rasa sayu.. huhu.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.