Kemas Kini EBM

As-salam ibu-ibu,

Hujung bulan semakin menghampiri. Jadi, dah sampai masa untuk kemas kinikan frezeer dan muatan-muatan freezer, iaitu EBM (Expressed BreastMilk). Syukur, saya masih dianugerahkan susu yang masih banyak tatkala umur Cik Iman 11 bulan ni. Alhamdulillah. Sesi pengepaman di pejabat masih kekal 3 kali minimum.

8.30 pagi = ~ min 8 oz, max 10 oz

1.00 ptg = ~ min  6 oz, max 8 oz

5.30 ptg = ~ min 3 oz, max 6 oz

Jumlah hasil perahan harian = ~ min 17 oz, max 24  oz

>

Syukur Alhamdulillah.

>

Sibuk pulak mengemas EBM. Kene susun elok-elok. MinimumkanEBM expired. Saya telah menggunakan sealer sejak bulan November 2010 untuk menjimatkan ruang frezzer sekiranya memakai plastik liner YHAB. Memang berkesan. Kini tinggal sedikit sahaja frozen EBM yang masih dalam botol dan dalam plastik liner berikat getah.

{focus_keyword} Kemas Kini EBM P1030317a

EBM bulan 11 yang masih berbaki.Huu…

>

{focus_keyword} Kemas Kini EBM P1030318a

EBM bulan 2 2011. Berkesan sungguh teknik penjimatan ruang freezer ni. Sampai ke bumbung freezer pon boleh letak. Walla~!!

>

{focus_keyword} Kemas Kini EBM P1030322aDalam freezer no 2 ni pula semua stok  Bulan December 2010 Bulan Januari 2011. Full, padat, dah tak boleh masuk apa-apa lagi.  Starting 1 March 2011 ni, harus menggunakan stok Bulan December 2010.

>

Kuantiti EBM? Tak sempat kira. Sebab bila buat shape leper-leper macam ni, EBM mudah sangat cair. Sebab luas permukaannya sangat banyak. Jadi, elakkan terdedah lama-lama di luar freezer. Oleh itu saya tidak langsung mengira berapa stok yang saya perolehi. Tak apalah, yang penting selamat semua.

Semua EBM ini adalah untuk inspirasi diri sendiri, kenangan bersama Cik Iman dan juga pembakar semangat kepada ibu-ibu lain yang menyusukan. Semoga susu kalian semua meriah, dan mencukupi untuk penyusuan bayi-bayi anda juga. Selamat berjuang!

Salam sayang,

Mama Iman.

>

<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kemas Kini EBM pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.