Kelebihan Kad Kredit Sehingga Anda Tak Sabar-sabar Nak Memiliki Kad Kredit Anda Sendiri

Dahulu (read as zaman sekolah), mak saya tiada kad kredit. Malah memang tak tahu apa pon pasal kad kredit. Semua transaksi hanya cash sahaja. Online transaction pon masa tu mana ada sangat. Pernah mak dapat kad kredit percuma (tak tahu sebab apa masa tu, selepas beberapa minggu, mak terus kol bank dan terminate. Hehehehe. Menggigil katanya ada kad kredit. Takut kena curik orang.

credit card {focus_keyword} Kelebihan Kad Kredit Sehingga Anda Tak Sabar-sabar Nak Memiliki Kad Kredit Anda Sendiri credit card

Hehe.

Beginikah menjadi dewasa, soalan yang sering bermain di kepala saya ketika saya sekolah dahulu.
Bila dewasa, macam mana saya nak handle duit ye.
Bila dewasa, macam mana saya nak beli rumah ye.
Bila dewasa, macam mana saya nak beli kereta ye.
Semua ni kene belajar ke atau sampai jek waktu tu terus jadi tahu?

Muahaha:mrgreen: {focus_keyword} Kelebihan Kad Kredit Sehingga Anda Tak Sabar-sabar Nak Memiliki Kad Kredit Anda Sendiri icon mrgreen.

Berbalik pada kad kredit tadi. Saya bersih tanpa kad kredit sehingga umur saya 27 tahun (sila jangan gelak).

Masa awal-awal bekerja dalam umur 24 tahun tu, saya memang tak terfikir langsung nak apply kad kredit. Masa tu saya fikir, i am DEBT-FREE (kununnya). Heheh. Sekali tiba-tiba saya nak beli rumah pada umur 25 tahun (1st time rasa dewasa nak beli rumah). Pihak bank yang kami berminat nak buat loan dengan mereka berkata, saya hanya layak 60% sahaja dari value rumah yang saya nak beli tu. Sebabnya:

1) saya belum menginjak 26 tahun, maka tak layak dapat pinjaman penuh (what the….). Kata pihak bank, umur 25 tahun ke bawah, tendency untuk bayar hutang adalah rendah (-______-“”)

2) saya tiada rekod kad kredit

Terkejut badak la kami suami isteri waktu tu. Hish. Secara logik akal sayalah yang baru menginjak dewasa ketika itu, bila takde apa-apa hutanglah kan baru bagus. Ini tak, mahu pulak tengok rekod pinjaman. Nak ade pinjaman hapanya sebab memang baru nak meminjam. Adohai la.

Maka dek kerana nak jugak rumah kecil kami tu, mujur ade bank yang sanggup terima kami sebagai peminjam, meskipon baru 25 tahun. Bank sangat tak adil kan?

Ada satu cerita kawan opis baru saya ni, umur 26 tahun (belum masuk 27 tahun ni), nak beli rumah. Mempunyai post-PhD ditanya oleh pihak bank.

Pihak bank: You are too young to get a PhD
Kawan: Is that my fault?? (-______-“”)

Oklah kami pon dapat rumah kami. Dan ditakdirkan diberi rezeki membeli kereta alhamdulillah, pihak bank berikan saya kad kredit percuma dengan limit RM3,000. Haha. Itulah kad kredit saya guna sampai sekarang. Selepas menggunakan kad ini, agak indah sebenarnya ada kad kredit. Bukanlah suruh melantak belanja bukan-bukan pun. Bukan itu sebenarnya tujuan kad kredit diwujudkan. Jom-jom tengok-tengok kenapa kita perlu ada kad kredit.

  1. Sangat praktikal digunakan di mana-mana sahaja ya. Ya di mana-mana, lagi-lagilah kalau pergi oversea.
  2. Check in hotel. Memang unfortunate enough la mana-mana hotel pon takde istilah booked-with-cash. Heheheheh. Melainkan kita pergi ke hotel tu sendiri, bayar sendiri on the spot. Kan?
  3. Boleh digunakan untuk sebarang pembelian online. Memang masyuk sekali, lebih-lebih lagi kalau beli Shaklee online. Ops.
  4. Untuk kegunaan emergency. Kalau tibe-tiba anak ke kita ke masuk wad ke ape ke, tapi cash takda, insurans takda. Hurm perlu deposit wei. Hospital bukan gomen mahal. Saya kata “if emergency”.
  5. Bayar installment sangat senang. Macam bill astro, bill internet, insurans, dan lain-lain, kira dapat bayar semua ontime. Tanpa fail. Hep..at the first place dah memang masuk budget kan? So memang bukan kira as extra expenditure la kat sini.
  6. Kumpol point banyak-banyak. Bestnya bila TM kol saya kata saya dapat rebate RM70 sebab saya sentiasa banyar Unifi secara kad kredit. Hah, untung lagi di situ. Tu tak termasuk point yang dikumpul oleh kad kredit tu. Boleh redeem macam-macam jugak tu. With no-cost tau.
  7. Ada kad kredit menawarkan cash back pulak. Sebagai tanda loyalty.
  8. Membina kredibility financial history. Haa, inilah yang pihak bank mahukan bila kita nak apply ape-ape loan nanti, bank nak tengok rekod financial kita. Bayar kad kredit on-time atau tidak.
  9. Membantu kita tracking apa-apa expenses dan apa-apa aktiviti financial. Memang clear sangat semua akan ade tercatat dalam history kad kredit tu. Online jek tengok, tak perlu statement-statement hardcopy bagai. Kalau cash, memang tau-tau jek lesap, tak dapat track beli apa, melainkan semua pakai track pakai resit secara manual la.
  10. Isi minyak. Pernah tak alami, anda bawak anak-anak 3, 4 orang secara berseorangan, masing-masing anak tidur dalam kereta dan ditakdirkan minyak pon habis. Nak bayar cash, anak-anak kecil semua tidur dalam kereta ni. Nak tinggal kan, huih.. memang bahaya sungguh beb! Maka, kad kredit la penyelamat. Hanya swipe di pump, tanpa meninggalkan anak-anak dalam kereta. Kan? Hehe.

So, itulah antara kebaikan kad kredit yang boleh saya nampak sepanjang penggunaan selama 1 tahun ini. Kihkihkih. Taklah seburuk mana pon seperti yang digembar-gemburkan. Ia sangat membantu.

Cuma pastikan tiap kali beli barang, lepas tu bayar balik cepat-cepat lah. Jangan biar lama nanti kene caj interest. Anggap macam duit tu tumpang sat jek okeh? Kan senang? Ia sekadar pilihan. Tak suka tak mengapa. Boleh lah juga jika tak mahu. Afterall, kita berbeza, pendapat semua berbeza. Embrace our differences:D {focus_keyword} Kelebihan Kad Kredit Sehingga Anda Tak Sabar-sabar Nak Memiliki Kad Kredit Anda Sendiri icon biggrin.

Ia bagaikan sebilah pisau. Jika digunakan baik-baik untuk masak, maka sedaplah hasil masakan tu. Tapi andai ia diguna untuk bunuh orang… erk.

Selamat shopping~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kelebihan Kad Kredit Sehingga Anda Tak Sabar-sabar Nak Memiliki Kad Kredit Anda Sendiri pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.