Kek Puding Karamel

Wah wah..galak ye Mama Iman.

Kali ni, bila Ayah Iman ke surau selepas berbuka, Mama Iman terus sahaja bersilat di dapur. Huahauahauau.. Bila Ayah Iman balik je, bau wangi dari oven dah menerawang, dapur pun dah licin kembali. Tidak sikit pun meninggalkan bekas-bekas bersilat di dapur tadi. Hihi. Ampun ya pak! Daku sudah membuat sebiji kek lagi meskipun baharu semalam membuat sebiji lagi RVC dan Devil’s Food Chocolate Cake (yang tak berapa jadi itu). Ahahahahahah…

>

>

{focus_keyword} Kek Puding Karamel P1050504

Ayah Iman kate sedap. Tak manis sangat kalau bandingkan dengan puding karamel saya sebelum ni, yang puding semata-mata. Yang ni, ada base kek span di bawahnya. Memang mantap tau.  Tak takut gemuk? Saya sedang cuba menambahkan berat badan. Saya perlukan lemak sekarang nih. Hihi. Ayah Iman hanya boleh rasa sahaja. Mama Iman boleh melantak :lol: {focus_keyword} Kek Puding Karamel icon lol. Iman pun boleh, sebab berat Iman statik 9 kilo ssahaja sejak berumur setahun. Dah 5 bulan tak naik beratnya. Huhu.

>

>{focus_keyword} Kek Puding Karamel P1050502Cantik dan rata je. Best betul kalau menjadi.

,

{focus_keyword} Kek Puding Karamel P1050515Lihat lapisan kek itu. Tak manis sangat, cuma suam-suam manis sahaja. Hihi.

>

{focus_keyword} Kek Puding Karamel P1050479RVC versi kedua yang tak berapa merah sebab pewarna dah habis. Beri pada jiran untuk pencuci mulut berbuka puasa. Meh pakat jadi jiran saya meh. Hihi.

Mahu Resepi Puding Kek tu?

Rujukan : My Resepi by Yani
Bahan-bahan ( 20cm )

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
1 sudu besar air
2 sudu besar air


Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila


Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih. Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam No.6 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balikAkhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  8. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  9. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


>

>

Selamat mencuba.

Jom bersilat kat dapur. Hihi.

>

>

>


>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kek Puding Karamel pixel

You may also like...

5 Responses

  1. suzila says:

    Mama Iman…
    akak minat sgt kalau bab-bab masak kek, biskut & puding ni… cuma susah nk curi masa je… puding x pernah buat tpi tengok mama iman punye puding karamel ni nmpk yummy nye.. akak nk tanya.. apa maksud 20cm tu? saiz loyang ke? x reti la akak…

  2. Mama Iman says:

    OH, 20 cm tu saiz loyang…8 inchi gitu…tp saya pakai loyang 4 segi jek =p senang sgt tau buatnye…dalam oven nnti, pastikan loyang puding tadi letak atas dulang pembakar yang mana dulang pembakar tu diisi air. seolah2 puding di bawah adalah dikukus, dan kek yang terapung atas puding tu, dibakar dlm oven.

  3. suzila says:

    oooo… faham..faham..faham… nti ari cuti ni akak try lah… tq mama iman…

  4. fida says:

    salam,
    sblm letak acuan cake span ats puding, nk bg puding keras ke cmne?or, puding tu msk oven dulu awl2. Saya letak terus lepas bancuh, tp dia punyer thickness mcm xsekata. tlg advice.hehee..yg pasti puding ni mmg best. :).tengs for sharing

  1. October 10, 2011

    […] version rupanya Kek Puding Karamel ni. Saya punya sebelum ni sangat lah simple. Boleh klik kat sini ye untuk Version 1. Version 1 ni tersangatlah simplenya. Tapi kek dia agak kering dan kalau tak cukup […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.