Kejadian di Suatu Petang

>

Salam…

Ada sedikit cerita tentang gelagat Ayah Iman. Saja mahu menulis supaya tidak lupa dek dimakan zaman. Heee..Suatu petang, kami merancang untuk jalan-jalan sekiling taman. Ayah Iman siap berpakaian sukan bagai.. mengheret Mama Iman sekali sebab boring katanya jalan-jalan sorang-sorang. Well, kurus tak semestinya sihat – kata Ayah kepada Mama – jeles la tu. Ayah Iman memang berisi, untuk kurus sememangnya susah. Tapi pemakanan Ayah Iman memang Mama Iman kawal sekarang ni. No fast food, no junk food and at least berjalan setiap hari 30 minit keliling taman. Nak kurus mungkin susah, tapi kami start pelan-pelan. Jaga pemakanan, dan bersenam.

Berbalik kepada cerita, Mama Iman dok asyik lah menangkap gambar buah hati dua orang ni sehinggalah tiba-tiba Ayah Iman disapa oleh seorang pemandu teksi dan penumpangnya untuk bertanyakan jalan. Siap keluar dari kerete.

{focus_keyword} Kejadian di Suatu Petang  P1020659aOk, nampak teksi itu? Mereka telah sesat lalu mahu bertanyakan jalan..

{focus_keyword} Kejadian di Suatu Petang  P1020670aIman genap 9 bulan ketika ini. Masa nilah Ayan Iman bersembang dengan pemandu teksi.

{focus_keyword} Kejadian di Suatu Petang  P1020671a

Nampak si pemandu teksi tu da selesai bersembang dengan Ayah Iman. Kami pun meneruskan perjalanan kami.

Mama Iman ambil kesempatan snap gambar Iman. Ngaahaahha..si budak yang jarang naik stroller. Sebab Iman memang tak suka. Kalau pegi shopping, sama ada dokong atau pakai ring sling. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Jogging, lari, sambil berstroller. Iman rasa macam dalam kereta lumba lah kot. Sampai dah jauh kami berjalan dan berlari, barulah perasan Ayah Iman hilang handphonenya!! Uh…kalaulah Nokia 1202 yang paling murah RM99 tu tak pelah jugak (ehem..itulah handphone yang Mama Iman pakai since Iman rosakkan handphone yang lain – uwaaa). Ini handphone untuk ayah kerja, mahal la jugak walaupun tak setanding Ipong.

Huh, kelam kelibut kami berlari mencarinya. Cepat-cepat lari ke rumah, capai motor dan terus pusing-pusing naik motor (macam couple tengah dating pula – hahah). Iman ditinggal dengan Hazeeq di rumah sementara kami pusing sampa 2, 3 kali mencari handphone tu. Tak jumpa, dan hari sudah mahu maghrib. Huu..

Ayah ambil keputusan pergi cari sambil berjalan kaki. Mama Iman dalam hati kata, baguslah, secara tak langsung lagi banyak work out untuk hari ini.. ngaaaa. Mama duk rumah sebab dah nak maghrib. Kemudian, Ayah Iman bergegas balik ke rumah, capai motor lagi, siap paksa Mama Iman ikut suruh cari kali terakhir. Siap cakap takkan Ayah kene pukau kot masa sembang dengan pemandu dengan penumpang teksi tadi. Ayah tak pegang tak salam diorang pun. Mulalah nak tuduh-tuduh orang dah.

Sampai ke tempat kami berjumpa pemandu teksi tadi, Ayah berhentikan motor, turun, dan kemudian meletakkan handphonenya ke tanah, sambil berkata:

“Kat sinilah Abang jumpa handphone ni”

Erk…terdiam jap. Bawak Mama naik moto, dalam waktu nak dekat maghrib, cuma sebab nak buat lakonan semula di mana handphone dijumpai. Cis betul (dalam hati).

Mode geram.

p/s: Lainkali dalam suka hati nak buruk sangka pada orang. Sian pemandu teksi dengan penumpangnya tadi, tak pasal-pasal masuk dalam cerita. Hehe.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kejadian di Suatu Petang  pixel

You may also like...

3 Responses

  1. aAn says:

    cess. kesian depa kene fitnah

  2. Hahahahaa… Mula2 suspen.. Then lawak sbb ada lakonan semula… Hehe…nice blog~~ keep on writing~~ ^_^

    • Mama Iman says:

      saya yg alaminya lg saspen tau! geram..mmg kat situ jugalah abis mutt saya cubit2…gerambetulll siap nak lakon semula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.