Kalau saya ada banyak duit

Kalau ada banyak duit tak semestinya kaya. Sebab orang kaya ada yang jugak tak banyak duit. Sebab banyak komitment nak kena bayar. Kereta besar, rumah besar, dan bil-bil yang beramount besar. Hehe. Gurau je. Tak de motif pun cakap macam tu. Saja nak panjangkan karangan. Heeee.

Cumalah kan, kalau saya banyak duit, apa yang saya nak ye. Ada orang pernah tanya soalan ni pada saya. Logically orang akan jawab nak beli macam-macam. Gadget2 IT, kereta mewah, rumah besar. Tapi tak tahu kenapa, perkataan pertama yang muncul dari mulut saya ialah, MAKANAN! Muahaauahuaa.

Okey..okey, saya akuilah yang saya banyak makan. Weh, eating for two tau tak. Bukan kat dalam. Tapi kat luar tu. Si budak Iman tu. Saya makan untuk dia jugak (alasan).

Mungkin terkejut dengan jawapan saya iaitu makanan, saya ditanya lagi. Nak makan apa sampai perlu kaya untuk beli makanan? Udang? Sotong, Ketam? Saya jawab, bukan semestinya makanan seperti itu. Tapi makanan yang sihat. Saya nak banyak duit untuk beli makanan sihat tanpa perlu nak berkira dengan duit yang ada untuk makanan sihat dan berkualiti.

Nak tanya lah ye, berapa ramai antara kita yang cukup berkira bila nak beli buah. Ohhhh…mahalnya buah tu..sekilo RM5!!! Terus tak jadi beli pulak tu!! Tergaru-garu kepala saya. Duit banyak boleh beli macam-macam tapi pelik bila berkira sangat-sangat bila nak beli buah. Hello…buah sekilo RM5 tu mahal ek berbanding hidangan Value Meal satu set kat McD? Tapi tuh la yang kebanyakkannya jadi pada kita. Cukup berkira beli makanan sihat. Tapi bila beli junk food, tak langsung nak berkira. Sedangkan hidangan buah dalam diet harian sebenarnya sama macam kita perlukan protein seperti ikan, ayam dan seperti kita perlukan karbohidrat seperti dari nasi atau roti.

 Antara yang saya memang tak nak berkira langsung adalah membeli buah-buah ni.

{focus_keyword} Kalau saya ada banyak duit Mango Sizes

{focus_keyword} Kalau saya ada banyak duit ChokananMango

Sumber

Buah Mango Chokanan mempunyai julat berat 200gm – 300gm sebiji. Mempunyai vitamin C 18 – 23 mg/100gm.  Mango Chokanan yang masih boleh dibeli dengan harga RM5 sekilo.Itu pun kebanyakan kedai kat area tempat saya tinggal ni, harganya mula naik. Melainkan bila dah mula kelambakan buah ni, barulah ia turun harga.

 {focus_keyword} Kalau saya ada banyak duit Fuji Apple 100 113 125 138

Epal Fuji.

Antara buah lain yang saya sangat suka ialah Epal Fuji (boleh dibeli dengan harga RM1 – 1.70 sebiji), juga dikatakan mahal. Saya tersangat sukakan epal fuji. Epal lain pada saya terlalu keras, tidak juicy dan tidak rangup seperti Epal Fuji. Malahan sampai Mama pernah kata, kalau nak melawat wawa esok di rumah wawa, mama akan bawakan Epal Fuji. Hehe. Oh, kalau saya banyak duit, saya mahu peti sejuk saya sentiasa dipenuhi dengan stok buah-buahan seperti buah Kiwi, buah Anggur, buah Oren, buah Lai, buah Pear, Tembikai Susu. Malah saya lebih mahukan kesemua stok buah melebihi stok ikan, ayam atau daging. Sayur? saya sangat sukakan sayur! Tapi sekarang nak cerita pasal buah dahulu. Hehe.

Lagi buah lain yang saya takkan miss beli ialah Jambu Madu. Dahulu semasa belajar di USM, saya selalu travel naik bas. Dan biasanya ke arah Utara, bas akan berhenti di Bukit Gantang atau Sungai Perak. Kalau turun ke Selatan, pasti akan singgah di Tapah. Tahun dahulu2, sekilo buah ni hanyalah RM8 sekilo. Kemudian naik RM9, kemudian RM10 dan terkini RM12 sekilo!!!!!! Ternganga saya depan gerai tu. Tapi saya tetap mahu. Bebel la mahal manapun, saya tetap mahu! Muahauahua.

{focus_keyword} Kalau saya ada banyak duit DSCN3818Sumber

Sebab bagi saya kenapa perlu berkira untuk sesuatu yang sangat elok untuk kesihatan.  Sedangkan untuk benda2 yang memudaratkan tidak pulak kita berkira. Contoh lah kan….contoh…rokok! Fuh, sanggup berabes beratus untuk rokok. Ceit. So, suami-suami kat luar sana, kalau rasa2 memang ade budget untuk beli rokok tu, pertimbangkan balik bini-bini ni request nak beli buah. Jangan lah berkira. (Mujur Ayah Iman tak merokok – alhamdulillah).

Tapi saya tetap bersyukur, sebab mungkin dengan adanya banyak duit pula, bilamana saya beli buah tak ingat dunia dengan memenuhkan stok peti ais, saya jadi kurang appreciate buah tersebut. Biarlah seperti sekarang, beli sikit-sikit, tapi memanfaatkan kesemua buah tanpa satu pun perlu rosak.

[Tulis entry sambil makan buah mangga – yummeh]

 >

>

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Kalau saya ada banyak duit pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.