Jatuh Cinta Pada Anak Gadis Sendiri

Assalamualaikum pemula bicara.

Alkisah aku mempunyai anak perempuans yang cantik dan comel pada pandangan mata kasar dan halus aku ni.  Masalahnya aku dah jatuh cinta pada mereka. Ini adalah masalah bapa yang bakal jadi pelindung tegar anak mereka macam filem papadom lakonan Afdlin Shauki bersama Liyana Jasmay. Jatuh cinta kat sini maksud die sangat menyayangi anak ye. Jangan buat-buat tak paham pulak kan. Kang ada yang kena makan nasi lemak beracun. Mee racun pula adalah makanan popular di Batu Pahat, Johor.

Pernah dengar pasal ’10 Rules For Dating My Daughter’? Ada la mat saleh mana tah buat viral abis satu dunia. Sepuluh rules tersebut adalah (dah di alih bahasa):

10 Syarat Untuk Berjanjitemu Anak Gadisku

1. Dapatkan kerja dulu

2. Sila faham yang aku takkan suka engkau

3.  Aku berada di mana-mana sahaja

4.  Kau sakiti anak aku, aku sakiti engkau

5. Balik rumah 30 minit awal (lepas dating)

6. Dapatkan peguam siap-siap

7. Kau tipu aku, aku pasti akan dapat hidu

8. Anak aku adalah puteri aku, bukan taklukan kau

9. Aku tak kisah masuk balik penjara

10. Apa yang buruk kau buat pada anak aku, aku akan buat balik pada kau

(sumber: 10 rules for dating my daughter)

 

Ni budaya mat saleh kafirun tak leh la ikut. Selaku orang Islam yang masih dalam fasa memperelokkan diri, ni dia versi aku

10 Syarat Untuk Sunting Anak Gadisku

1. Hafal Al-Quran dulu

2. Sila faham yang aku takkan suka engkau buang masa

3.  Allah melihat di mana-mana sahaja kau berada

4. Kau sakiti anak aku, aku sakiti hati engkau dengan ceramah perdana 1 on 1

5. Balik rumah engkau awal 30 minit lepas bertandang rumah aku buat lawatan sambil belajar kehidupan keluarga aku

6. Dapatkan ustaz siap-siap in case tak sanggup dengar ceramah perdana 1 on 1 dari aku

7. Kau tipu aku, aku mungkin tak dapat hidu. Tapi azab Allah tu pedih

8. Anak aku adalah puteri aku, bukan taklukan kau sebelum kau salam tangan aku ni..                          kah kan dikau

9. Aku tak kisah masuk balik kelas KAFA kalau ilmu aku tak cukup lagi untuk membimbing kau dan anak aku

10. Apa yang buruk kau buat pada anak aku, aku akan buat balik pada kau yang baik-baik agar ko sedar dan dapat hidayah.

 

Tiba-tiba aku pandang kedua-dua anak gadis ku seraya bertanya pada mama mereka

“mamanye, agak-agak umur berapa diorang ni jumpa teman hidup ye..?”

lalu mamanya reply dengan muka keras kematu

“sudah… baju taska, bekal susu, baju-baju anak belum siapkan lagi. kek… alamak kek?!! kek aku hangit!! ni abang la tanya bukan-bukan” muncung corong sedepa.

eh.. soalan aku tu rasanya tak sampai 10 saat pun. camne leh membantu dalam menghangitkan kek, kalau menhangatkan hati tu logik la.. takpe la sabtu ni event bersama geng iReach bakal makan kek khas dari Dapur Ibu Cergas. Bagus gak kalau hangit at least leh mengurangkan pengambilan kalori berlebihan. Kek lobak takpe kalori rendah kata seorang jutawan vitamin berpangkalan di TTDI Damansara.

Sekian,

Bapaknye

ireach.my {focus_keyword} Jatuh Cinta Pada Anak Gadis Sendiri bapaknye Copy 2

 

 

 

hannan iman {focus_keyword} Jatuh Cinta Pada Anak Gadis Sendiri hannan iman

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Jatuh Cinta Pada Anak Gadis Sendiri pixel

Ayah Iman

Suami kepada pemilik blog ini dan ayah yg budiman kepada Husnul Iman. Tugas utama adalah memberi technical support utk blog IbuCergas.com dan juga bakal menjadi penyumbang post di dalam blog ini. Post saya akan lebih ke arah dunia perniagaan online dan juga marketing.

You may also like...

1 Response

  1. awesome post..
    jasa pembuatan booth recently posted…jasa pembuatan boothMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.