Jalan-jalan Sambil Menyusukan?


Salam…

Kakak saya mempunyai seorang kawan yang baru sahaja habis pantang dan ingin membawa bayi kecilnya berjalan-jalan. Ada bermacam-macam sling dan baby pouch. Ada yang jenis wrap, ade yang jenis ring sling. Ada juga baby carrier yang modern. Saya pengguna setia ring sling dan baby carrier modern. Bagi saya, ring sling amat sesuai untuk menyusukan terutama ketika bayi berusia 0-4 bulan pertama, dan baby carrier pula sangat sesuai bila bayi anda sudah besar sedikit (apabila kepalanya sudah kuat). Saya tidak berani meletakkan Iman dalam baby carrier moden ketika umurnya bawah 5 bulan…huhuhu..tidak yakin. Takut kepalanya terkehel.

Apapun, Iman selesa di dalam kedua-duanya. Dalam ring sling, Iman akan menyusu sampai tertidur, kadang-kadang sampai 3 jam lamanya (sambil menyusu). Dalam baby carrier, Iman riang gembira sampai terkepak-kepak kaki dan tangan. Maklumlah, dah pandang pandang persekitaran. Apapun, baby sling, atau baby carrier, semua ada kelebihan tersendiri. Tak rugi membelinya (cume terpaksa ikat perut sikit). Ngehehehe… Ayah Iman tak mahu pakai baby sling. Tak macho katanya. Jadi, sebab itulah kami membeli baby carrier Baby Bjorn ni. Harganya, tercekik gak la (Huhuhu).


{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? P1000766aIman sedang menyusukan semasa kami berjalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang.

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? P1000762aSuka gambar ni. Tengah jalan-jalan, Iman merengek pulak mahu cik nen.

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? P1000765aBerposing bukti penyusuan amat mudah dengan ring sling. Kekeke…sudah macam bibik saya dibuatnya.

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? P1000982aKetika di Sarawak, siap-siap nak keluar makan. Sempat berposing.

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? 7 8 2010 7

Haruslah pujuk Iman tidur dulu supaya mama Iman dapat melantak. Hahaha..Abaikan kegemukan ku ketika itu. Sekarang saya tidak segemuk itu okeh.


Kebaikan Baby Sling

1) Ia Mudah untuk Menyusukan
Anda boleh menyusukan bayi anda bila-bila masa di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat kerja-kerja ringan semasa menggendong bayi anda. Saya amat suka menggunakan baby sling saya sewaktu makan di luar. Oh Iman, mama mahu makan, jadi Ima duduk diam-diam ‘makan’ dalam baby sling ni ye. Kekekkeke.. Ada sesetengah bayi yang amat suka dipegang (jenis suka merengek tak mahu diletak), jadi baby sling ni tidaklah memenatkan si ibu memegang dengan tangan, mengurangkan lenguh pada lengan =)

2) Mengeratkan ikatan ibu dan bayi.
Kerana Bayi dapat mendengar degup jantung si ibu, dan bayi dapat sentiasa menghidu bau si ibu, merasai kehangatan tubuh si ibu. Amat berkesan untuk bayi pramatang, supaya berat badannya cepat naik.

3) Tidak Makan Ruang.
Menjimatkan ruang di kawasan orang ramai yang sesak dan tidak mengganggu laluan orang ramai (mahupun terlanggar-langgar kaki orang). Huhhuuhuh… Iman memang ada stroller sejak belum lahir lagi hadiah dari Tok Abahnya. Tapi jarang atau hampir tak pernah guna pun sampailah sekarang. Sebabnya, mama Iman malas nak bawak sebab saiznya yang amat besar dan memenuhkan kereta (kecil sahaja keretaku okeh). Bila bawak ke shopping mall, tak dapat mama Iman nak belek-belek baju, seluar, (terutama di butik-butik pakaian) kerana laluan yang teramat sempit. Ai..takkan lah anak tu nak ditinggal dalam stroller tatkala kita membelek-belek baju. Kalau hilang, tak ke naya. Iman tak suka pun duduk dalam stroller, sebabnya dia rasa takut atau rasa macam berjauhan dengan mama ayahnya, macam berasa di dunia asing.

3) Mengurangkan Tangisan Bayi
Bayi rasa selamat dan selesa dalam dakapan si ibu. Ada seorang kawan saya, bayinya tidur lebih lena di dalam dakapannya di dalam baby sling berbanding dibiarkan tidur di atas tilam. Iman? memang jarang menangis. Sampai kadang-kala saya dan neneknya rindukan tangisanya, lalu kami melakukan aktiviti menggigit-pipi-lalu-menggomol Iman sampai Iman rasa menyampah dengan kami lalu menangis. Haha. Ini kes dera anak ni.

4) Mudah untuk Berjalan-jalan
Oh, anda boleh naik komuter, LRT, tempat sempit-sempit, sebab bayi anda melekat dengan anda. Tidak memerlukan ruang yang besar. Sakit tau kalau terlanggar dek tayar stroller. Menyampah.

5) Kecil dan Ringan.
Oh, betapa tidak perlu memberatkan tangan dengan banyak barang bayi. Ring sling ini dengan mudah dapat dilipat dan dimasukkan ke dalam beg tangan. Di dalam beg tangan saya yang kecil itu, terdapat ring sling dan diaper Iman. Jadi, saya pergi ke kenduri kawan dengan bergaya, hanya beg tangan biasa sahaja. Beg susu? Tak perlu. Sebab Iman minum susu cap cik-nen.Kekekeke..

6) Anak tidur lena.
Percayalah, dengan ring sling, apabila bayi telah tidur, amat mudah untuk meletakkan bayi ke atas katil @ tilam, tampa mengganggu tidurnya. Bayi anda akan terus lena dibaluti ring sling tadi. Jadi, Senanglah untuk ibu-ibu meneruskan kerja-kerja yang lain.

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? P1000602aPelan-pelan mama Iman meletakkan Iman ke atas katil. Iman berusia 2 bulan ketika ini.

Kebaikan Baby Carrier Modern

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? 7 8 2010 18Iman ( ~ 5 bulan) seronok di dalam baby carrier modern – Baby Bjorn. Gambar ketika di Sarawak.

1) Anak Bebas Meninjau
Kami membeli Baby Bjorn ketika dalam persedian ke Kuching Sarawak. Iman bebas meneroka dunia barunya. Melihat ke kanan ke kiri tanpa batasan. Oh, memang mudah memakai Baby Bjorn ni. Harga memang boleh tahan mahal. Tapi demi keselesaan Iman, mama Iman sanggup memujuk Ayah Iman itu ini, convincekan Ayah Iman mengenainya. No point lah beli yang murah tetapi tidak selesa dan akhirnya terpaksa keluarkan duit beli yang lain.

2) Sama seperti baby sling. (seperti di atas)
Kecuali ia tidak dapat digunakan untuk menyusukan. Heheh..

Oh, tidak bermakna Iman tidak akan guna stroller. Iman masih menggunakannya, terutama bila dia sudah besar-tak-larat-nak-dokong dah. Hehhe… Sekarang Iman menggunakan stroller hanya untuk bermain-main di luar taman. Siap berdiri bagai di atas stroller. Aiyo…

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? P1020282a
Saya kemaruk berdiri di mana-mana

{focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? P1020273a
Buat aksi mengada puloks.

Selamat bereksplorasi bersama bayi anda~! =)
Mereka membesar dengan cepat sekali kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Jalan-jalan Sambil Menyusukan? pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.