Interview Working BF Mom

Assalamulaikum.

Wah wah, tajuk tak hengat! Heheh.

31/3/2011 lepas, saya diinterview oleh seorang calon PhD untuk thesisnya. Kak Zaharah dari School of Human Biosciences and Public Health. Huhu. Dapat menyumbang kepada kajian ni memang saya suka sekali, saya yang menyerah diri sebab saya suka research-research ni. Mungkin ke sebab nature kerja yang sama?. Nak buat thesis PhD, uh..bukan senang buk. Kak Zaharah ni seorang doktor rasanya (assume, tapi instinct saya menyatakan yang beliau seorang doktor.. hihi).  Nak sambung belajar gak..(sedap kan name Dr. Farha? huahauhaua). Tapi kenapa tah rasa macam fizikal, spiritual, emosi belum mampu untuk semua tu. Huhu..tak pelah, teruskan dulu research ciput2 kat sini dulu, baru fikirkan kemudian. Umur masih muda..ngahahah. Hihi..Berapa? Saya berumur 26 tahun ni. Ye, saya nampak lebih tua dari umur sebenar saya. Takpe, tak perlu terkejut, saya paham. Hihi. (Alamak, risau pulak ada orang label “eleh, masih muda anak seorang tapi berlagak pandai bab BF dan parenting”).

Saya minta maaf ye. Saya cuma nak kongsi pada rakan-rakan saya khususnya, rakan sekolah saya, rakan sekerja saya, rakan belajar dahulu, saudara mara terdekat, dan ibu-ibu secara umumnya (yang tersinggah sini, terima kasih sangat2). Mungkin saudara dan rakan-rakan saya lebih mesra jika mahu bertanyakan pasal BF dari saya berbanding blogger-blogger lain yang mereka tak kenali. Memanglah banyak dah blogger lain cerita  pasal susu ibu kat blog mereka. Bila-bila masa  pun boleh google. Memanglah banyak official pages yang cerita betul-betul penyusuan susu ibu. Tapi teman-teman saya mungkin lebih mesra dengan saya jika mahu bertanya itu dan ini. Dan bila ada yang tanya pasal BF ni, teman yang dahulunya terputus hubungan dek kejauhan pun dapat kami intact kembali. Seronok sangat!

Ok, berbalik kepada sesi temubual dengan Kak Zaharah tadi, saya segan pada mulanya. 1st time saya diinterview, siap record lagi. Huhuhu. Saya dok tanya jek, “Ter-record tak tu. Kat penat cakap, tapi takde dalam recording”. Hihi. Jakun sebenarnya. Tajuk interview sebenarnya mengenai attitude, decision-making processes and experiences among working women in Malaysia. Wah, kalau katekan berkait pula dengan BF, sudah tentulah bercerita dengan attitude seorang ibu yg bekerja mempengaruhi penyusuan susu ibu, bagaimana ibu-ibu bekerja membuat keputusan berkaitan penyusuan susu ibu, dan juga pengalaman penyusuan ketika bekerja. Huh, habis saya disuruh cerita dari sejak saya mengandung sampai la sekarang, sampailah juga tentang pemakanan bayi. Kering mulut saya celoteh itu ini. Thanks Kak Zaharah. Harap sangat dapat membantu.

Task seterusnya ialah, saya diperlukan untuk menulis beberapa diary harian sebagai ibu bekerja yang menyusukan. Saya memilih untuk bercerita rutin yang saya buat seharian, dari pagi, hingga ke malam. Tak banyak, 2, 3 entry je. Hihi. Tunggu ye! Jangan annoy pula ye, sebab entry ni ada orang yang minta. 😛

>

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Interview Working BF Mom pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.