Iman menangis kerana dirotan??

Ahad malam isnin, 5/12/2010,

Azan Isyak berkumandang. Abah, Along dan Hazeeq memang pergi ke surau di waktu magribnya. Begitu juga untuk Isyak kali itu. Malang sekali, Hazeeq tiba-tiba berkeras tak mahu ke surau. Tak ada angin, tak ada ribut, dia mengeraskan diri, membatu tak mahu ke surau. Saya dah berlembut-lembut penuh hikmah menasihati Hazeeq untuk ke surau. Uh..tetap berdegil. Abah dah pergi dah, jadi, suruhlah Along (Ayah Iman) yang membawanya. Tetap berdegil juga. Akhirnya Ibu hilang sabar, lalu membawa penyangkut baju dan…ZzaaaP!!!!! satu bidasan mengena peha Hazeeq! Meraung-raung Hazeeq dibuatnya. IMAN MERAUNG SAMA! Seolah-olah dia yang dirotan. Hehehe…Ibu sambung merotan Hazeeq dek kedegilannya tak mahu ke surau. Saya tergelak, sambil cepat-cepat mengambil Iman yang terkejut sama tu. Hehehe… Saya bawa Iman ka dapur. Hazeeq masih meraung. Tatkala raungannya meninggi, tika tu jugalah Cik Iman menjengok-jengok macam kerisauan pakcunya menangis. Hehehe… maybe ada bonding antara mereka. Sama-sama masih budak. Agaknya lah 😀

Pengajaran buatmu Hazeeq. Bukan apa, cakap berlembut sudah. bermulut manis sudah, Hazeeq tetap juga mahu main game instead of pergi surau. Bukan apa, cuti sekolah, dia boleh main sampai tengah malam pon tak mengapa.

Yang bagusnya, selepas kejadian itu, esok Maghrib dan Isyak, Hazeeq dengan senangnya pergi ke surau. Hanya memerlukan sedikit peringatan dan sedikit paksaan sahaja. 😀

Mama Iman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Iman menangis kerana dirotan?? pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.