Iman is officially 10 months Young

Salam,

Pagi yang sedap, lagi-lagi bila saja-saja amik cuti sampai seminggu ni. Dah la hari hujan, mendung sahaja, membuat diri rasa mahu berlingkar di dalam selimut bersama Cik Iman. Oh my..jam dah 930 pagi, Cik Iman belum bangun. Kalau hari kerja, pukul 730 pagi Cik Iman dah sarapan bubur. Aiyo..lari lah diet Cik Iman bila Mama Iman cuti. Ishk. Saya pula bangun sebab konon tak mahu lari bab mengepam ni. Alhamdulillah, pagi ni dapat juga bangun awal. Hehe.:D {focus_keyword} Iman is officially 10 months Young icon biggrin

Sehingga ke hari ini, genap umurmu 10 bulan nak. Mama sayang sangat kamu. Macam-macam kamu dah pandai.

  • Kamu pandai ambil hati orang tua. Di Meru, nampak nenek, terus kamu mahu ke nenek, tinggalkan mama. Di Shah Alam, nampak Atok Abah, terus kamu mintak dokong, bawak jalan-jalan siap merengek-rengek. Hehe.
  • Kamu pandai berlakon. Di Meru, pantang nampak pintu terbuka, kamu senyap-senyap lari pergi ke ruang rumah sebelah siap buat tawaf satu rumah. Siap toleh-toleh ke belakang kot-kot kami nampak. Bila kami nampak, kamu terus lari-lari anak siap tangan naik ke atas. Tau buat salah ya? Di Shah Alam, pantang kalau grill terbuka, kamu pasti keluar bermain di simen luar. Bila di dalam rumah, mulalah merengek-merengek, nangis ngada-ngada, garu kepala muka bagai. Bila jalan pulak, siap tersadung-sadung kaki asyik terjatuh je. Oklah, Mama bawak ke luar rumah. Bila dilepas ke luar rumah, tak de pulak simptom-simptom sakit, ngantuk dan sebagainya. Jalan pun tegak dan lari laju tak jatuh langsung. Aish.
  • Kamu pandai makan. Yang ni Mama sangat seronok. Kamu tak kisah pun makanan tawar yang mama bagi. Mama bagi sayur pun kamu makan semua tak banyak kerenah. Kamu suka makan nasi putih begitu sahaja. Siap masukkan sendiri tangan dalam periuk nasi yang kami hidang, kemudian kamu suap sendiri ke mulut. Tapi penat nak kejar kamu bagi makan. Sebab kamu suka lari sana lari sini. Tapi alhamdulillah, rajin mama kejar, banyaklah kamu makan.
  • Kamu memamg manja. Kamu suka tiba-tiba sembankan muka pada bantal atau tilam. Beberapa saat kamu buat begitu, kemudian angkat kepala sengih pada kami. Kamu goyangkan kaki kamu suka hati sambil muka tersembam di bantal. Hehe.
  • Kamu sudah pandai tidur sendiri. Mama dan nenek kadangkala sibuk buat kerja masing-masing. Contohnya, mama sibuk berblogging:lol: {focus_keyword} Iman is officially 10 months Young icon lol. Nahaha. Nenek sibuk masak. Akhirnya kamu tertidur sendiri tanpa perlu ditepok.
  • Kamu sudah pandai tak kencing malam. Biar betul!! Banyak kali sangat-sangat diaper yang mama tukarkan sebelum tidur masih kering. Dan pukul 7 mama mandikan Iman, barulah Iman kencing di toilet. Uih..jimat diaper sayang. Vangga mama! Eh, kamu baru 10 bulan tahu!! nampaknya nak kene beli potty train ni. Hehe. Melampau tak?
  • Kamu sangat suka dengar Zikir Astro Oasis. Yang ni part paling tak tahan. Discover bende ni mase Iman 6 bulan. Tak tahu kenapa, Iman lebih suka Zikir Astro Oasis berbanding kartun Pocoyo ke, Pororo ke, Dibo ke, apa-apa kartun lah. Boleh tahan dengar zikir tu sampai 30 minit. So, mama ambil kesempatan bagi Iman makan masa ni sebab tak perlu kejar Iman merata-rata. hihi. Pantang kamu dengar ada iklan dan Zikir Astro Oasis, terhenti segala kerja-kerja menyelongkar barang-barang di rumah. Pujuk lah dengan bende-bende lain, tak jalan dah.
  • Kamu sangat suka Kucing. Pantang mama beri makan kucing, kamu mahu join sekaki. Siap mahu makan itu makanan kucing. Ishk. Tak kira di Meru ke atau di Shah Alam, makanan kucing jenama Tesco itu menjadi pujaaan hatimu. Mama tak cukup bagi kamu makan ke sayang?
  • Kamu banyak sangat membebel. Agaknya yang ni 100% ikut mama la kan? Hehe. Macam-macam bunyi kamu hasilkan.
  • Kamu sangat pandai lambai tangan, kamu sudah pandai geleng kepala. Mula-mula pandai melambai, asyik nak melambai sahaja. Sekarang asyik nak menggeleng kepala sahaja.
  • Kamu ada 3 batang gigi. 1 di atas, 2 di bawah. Yang paling mama terkejut, kamu boleh lah pulak gesel antara gigi-gigi tu bunyi dengan kuat sekali. Sama macam bunyi yang ayah kamu buat masa tidur. Wah.. terkejut mama!!!8O {focus_keyword} Iman is officially 10 months Young icon eek
  • Kamu sangat suka pegang gear stick kereta Ayah.Yang ni tak tahulah kenapa. Bila masuk kereta je kamu akan terus letak tangan kamu ke gear stick. Kemudian kamu try pandang ke cermin hadapan. Seolah-olah kamu yang memandu. Tapi kamu masih kecil, kamu tak kan nampak jalan raya pada masa yang sama kamu pegang gear itu. Siap tepis tangan Ayah dan marah Ayah pegang gear stick kamu.

{focus_keyword} Iman is officially 10 months Young P1030005a

{focus_keyword} Iman is officially 10 months Young P1030010a

{focus_keyword} Iman is officially 10 months Young P1030056a

{focus_keyword} Iman is officially 10 months Young P1020715a

{focus_keyword} Iman is officially 10 months Young P1020716aGear stick Ayah jadi mangsa

Banyak lagi perkembangan kamu. Tak tertulis dibuatnya. Mama saja menulis supaya mama ingat semuanya. Selamat hari lahir yang ke 10 bulan sayang. We love u lah!!

{focus_keyword} Iman is officially 10 months Young P1030057aPesanan dari pihak Cik Iman: Rajin-rajinlah datang melawat tengok saya di IbuCergas.com ni ye. Mama saya memang suka cari publisiti. (Ehem…setiap ibu akan rasa bangga dengan anak sendiri bukan? Ini lumrah) :mrgreen: {focus_keyword} Iman is officially 10 months Young icon mrgreen

>

>

Salam sayang

Mama Iman

>

>

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Iman is officially 10 months Young pixel

You may also like...

2 Responses

  1. MommaMia says:

    huhu beza sehari jer anak kita yer
    sebaya… macam2 dah pandai iman ni…
    geram laaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.