Iman GEDIK diwarisi dari saya?

Saya tak pasti jika selama ni saya ada mengata anak orag di depan ibu bapanya. Kena muhasabah diri supaya menjaga mulut dengan lebih baik. Supaya tidak membanding-banding anak dengan anak orang lain. Ok, boleh je kalau fikir. Tapi usahlah luahkannya. Anak kecil ke, gemuk ke, sihat ke, its better to use appropriate and well mannered words.

Instead of saying “Kurus keringnya nya anak ko”, better kot cakap, “Comel lotte je ye badan dia”. Kan ke lebih positive.

Instead of saying “Gemoknya anak ko”, better kot cakap, “Geram tengok berisi badan dia ni, selere ye dia makan?”. Kan ke lebih positive.

Saya membawa anak saya ke suatu majlis. Iman seperti biasa dengan tingkah laku lucunya, dan aktifnya berlari ke sana ke mari. Dan sudah tentu mengundang mata-mata semua orang melihatnya. Ada satu sesi ni Iman bermain dengan seorang saudara lelakinya yang mungkin berumur 3 atau 4 tahun, saya lupa. Si budak lelaki tersipu-sipu menguis-nguis Iman. Iman pandang-pandang juga. Adatlah, nama pun budak. Bayi lagi pulak tu. Tiba-tiba saya terdengar seorang berkata,

“Aleef (bukan nama sebenar) ni pemalu, Iman pulak GEDIK”.

Zappp…

Menyirap darah saya dibuatnya. Dan mulut laser saya mulalah nak berkata. Saya tak suka orang pijak kepala saya.

“Eh, sampai hati kata anak orang gedik”

Saya tak tengok dah apa reaksi orang tu. Sebelum kita mengata-ngata anak orang, cek dulu. Anak kita cukup baik ke? Anak kita tokoh dunia ke? Anak kita dah konfirm dunia akhirat nya sempurna ke?

Benar, diam itu tanda bijak. Benar, diam sahaja, biar masa yang menentukan. Benar, saya dah buktikan banyak perkara yang selama ni ramai orang pandang lekeh dan culas dengan keupayaan saya. Saya cuba positive. Mungkin akan berbalas dalam tempoh masa yang lama. 3, 4 tahun? bahkan 10 tahun lamanya pun ada. Jadi, tapis-tapislah mulut tu dahulu. Kenapa mahu jeles-jeles bila mana anak saya menarik perhatian ramai sedangkan anak dia tidak? Tapi perlukah label “GEDIK” sebegitu? Adakah cuba untuk membandingkan anak saya dengan saya yang Happy go Lucky ini (yang mungkin dia mahu kata anak saya GEDIK macam saya?)? Ye, saya seorang yang ceria. Tapi tidaklah saya dok terkinja-kinja di luar sana. Saya memang ceria dan banyak berkata-kata sejak kecil lagi bersama saudara mara. Adakah saya gedik? Kalaulah saya gedik, pasti saya ada himpunan koleksi pakwe dek kerana kegedikan saya. Dan pastilah saya dok merewang ke sana sini dengan himpunan koleksi pakwe saya. Ye tak? Sedangkan dating saya dengan Ayah Iman pun hanyalah di rumah mak saya, ditemani oleh mama dan adik beradik secara rasmi. Even kalau Ayah Iman melawat saya ketika belajar dahulu, saya angkut semua kawan-kawan perempuan saya. Hokeh!

>

>

{focus_keyword} Iman GEDIK diwarisi dari saya? DSC05122a

Saya yang muda, dan mungkin gedik??

Kenangan bersama rakan seperjuangan di USM Pulau Pinang, dan saya yang GEDIK.

>

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Iman GEDIK diwarisi dari saya? pixel

You may also like...

8 Responses

  1. mardhiah says:

    mane ade pa’a gedik la..gmbar memori tu huhu

  2. lina says:

    AAK(ada aku kisah…bak kata maharajalawak) jela pa’a.mulut org memang tak boleh dikawal.anggap mcm dengar bunyi lalat2 jer..

    • Mama Iman says:

      hueheuehu…mmg dah lama hati kering…nampak jek kadang2 happy2..tapi dalam hati, tiada siapa tahu =p alhamdulillah, org dok kate itu ini ke, dengan izin Allah, tetap semua yg dirancang berjalan lancar..syukur sgt..mereka2 hanya mampu ternganga =D

  3. mardhiah says:

    thanks pa’a..hehe..dh lame dh follow blog pa’a ni..tp silent reader je la hehe

  4. daya says:

    sabar je la Pa’a. Sometime people nak buat hati dia puas, dgn menyakiti hati org..Jgn sedih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.