Iman dan Solid Food

Iman hari ini pada 22/9/2010 berumur 5 bulan 22 hari. Senang nak kira. Iman lahir hujung bulan. 31/3/2010. Maka, masuk saja bulan baru, Iman pon bertambah 1 bulan. Ok, Iman dah start her solid food. Awal? Memang. Kerana mama Iman tidak tahan perlian @ teguran @ leteran @ cakap2 bising saudara mara, orang2 tua, dan veteran2 dlm keibupaan yang menyuruh anak makan sebelum umur 6 bulan. Sungguh mama Iman tidak kuat. Sungguh, mama Iman sudah jelaskan pada mereka2 ini…tapi mereka tak paham. Kalau anak kita gemok, siapa yang orang salahkan? Ibunya, konon tak tahu jaga pemakanan anak. Kalau anak kita kurus, sapa yang orang salahkan? Ibunya juga, konon anak tak cukup makan. Takde pulak orang salahkan neneknyer ke, makciknyer, pakciknyer ke, abangnyer ke. Jadi, jangan la pandai2 nak advise orang macam mana nak bagi anak orang makan. Geram sungguh.

“Wah… Iman dah pandai tengok makanan ni..kesian dia mak die strict sangat tak nak bagi makan”

“Kami dulu 3 bulan dah beri makan”

“Tengok, merecap2 mulut die tgk orang makan”

“Ni kalau mak dia tak de kat sini ni, dah lama mak cik bagi air sirap ni”

“Sian Iman, kene tanya doctor dulu pulak kalau nak makan”

Pakcik makcik sekalian!!! Zaman dahulu Dr anda nasihatkan makan umur 4 bulan. Okla. Masalahnya zaman sekarang Dr kami nasihatkan pengenalan makanan pejal pada umur 6 bulan!! Geram! Sungguh geram! Sepupu2 sekalian, adakah anda memilih untuk mengikut nasihat Dr? Atau mengikut nasihat veteran2 itu? Saya akan tunggu dan lihat bila mana anda mempunyai anak nanti!

Semalam Iman ambil suntikan pneumococcal, dos kedua.

{focus_keyword} Iman dan Solid Food 23 9 2010

Iman sedang berdebar


Semasa sesi interview dengan doctor paediatrics,

“Masih menyusu badan?”

“Ya”, (Alhamdulillah syukur)

“Bagus. Sepenuhnya?”

“Ya”, (Erk…tidak Dr, anak saya dah start solid – tapi tak berani cakap).

“Bagus. Kejap lagi dia masuk 6 bulan. Bolehlah introduce solid”

“Ya., (Erk.. Iman dah start solid dari minggu lepas – sedih).

Serius. Saya sangat tak suka menjadi orang yang melanggar peraturan. Ya, saya seorang skema.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Iman dan Solid Food pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.