Iman dan Eczema

Saya sejak berumur 22 tahun, tiba-tiba sistem imun badan saya terus alah pada kekotoran dan debu. Menjadikan saya antara orang yang paling rajin basuh cadar, comforter, sarung bantal, tuala etc2 semasa di universiti dahulu. Badan seolah menjadi sensor, cadar perlu ditukar bila mana tumbuhnya gelgata seluruh badan dan kegatalan merenyam sehingga langsung tidak boleh tidur. Kegatalan ini tiada matanya, tiada puncanya, dan tiada bekas apabila digaru. Kalau nak jumpa doktor sekalipun, bila berjumpa, tiada bukti mahu ditunjukkan. Kadang-kala ia tumbuh seperti di bawah ni. Ni bukan perut saya ok, ni google mari. Tapi bila saya mandi air panas, ianya hilang begitu sahaja. Tiapa parut, tiada bekas. Lantas membuatkan saya merendam kesemua baju, selimut, cadar, dengan air panas. Dan, saya terus berpindah bilik di asrama, kerana tidak tahan dengan jangkitan kuman di sana. Ok, tak perlu berbicara tentang perkara yang negativenya, kerana saya memandang ke arah yang positivenya, iaitu, menjadikan saya seorang yang lebih dan lebih pembersih. Hohoho. Eh, nape tak pergi jumpa pakar kulit? Ngaa.. pemalas =D

{focus_keyword} Iman dan Eczema 185px SkinConditionFront1

Gelgata @ Urticaria

>

Alhamdulillah, semenjak berkahwin, keadaan menjadi semakin pulih. Sampai mak kata mungkin saya memang gatei nak kawen. Huahauahua. Masalah bermula kembali bila Iman pula seolah-olah kegatalan seluruh badannya. Bukan sebab gelgata. Bukan sebab ruam. Tapi tiada punca, dan tiada parut dan tiada merah-merah tanda kegatalan. Cuma Iman sengaja gatal. Sambil menonton TV, tiba2 garu leher, tiba-tiba gatu lengan, tiba2 capai kaki. Hish…takkan nak kawenkan die kot utk hilangkan kegatalan ni. Tak patut. Kasihan, apa yang saya alami, Iman yang masih bayi pula ter waris.

Baru-baru ini musim panas sehingga 36C melanda kita. Shah Alam dan Klang terasa amat bahang sekali. Iman meskipun tidak merengek kepanasan, tapi Iman mula menggaru bahagian lehernya dengan dasyat sekali. Perpeluhan menjadikan banyak bakteria tumbuh di kawasan lehernya, menjadikan ruam yang amat merah dan berbiji-biji. Puas berjumpa doktor, dan puas menggunakan pelbagai jenis krim, sabun berubat. bedak berubat, you name it! Ruamnya tidak pernah surut dan semakin merengsakan. Bila mandikan Iman, terasa begitu kasar sekali di kawasan bawah leher dan dadanya. Kasihan sangat-sangat. PIL saya siap pergi mencari belut, untuk diberi makan kepada Iman, petua orang lama untuk kulit sensitif. Saya memang dah buntu.

Iman pernah dijangkiti sepsis ketika bayi, dan doktor memberikannya Fucicort. Tetapi Fucicort hanya boleh digunakan untuk sebarang ruam atau jangkitan kulit yang disebabkan virus. Memandangkan ianya bahan kimia, ia tidak digalakkan untuk diberikan selalu kepada bayi (walaupun sememangnya berkesan).

>

{focus_keyword} Iman dan Eczema Fucicort   largeFucicort

>

Puas mencari alternatif lain utk penawar kegatalan Iman, menemukan saya kepada Shaklee Herbal Blend yang dirumus dari bahan-bahan organic.
>

{focus_keyword} Iman dan Eczema P1040576Shaklee Herbal Blend

>

Pertamanya, sangsi juga dengan keberkesanannya. Yelah, kene cuba dulu baru tahu. Ok, 1st impression, rasa best sebab krim ni tak berminyak langsung. Bila apply pada tubuh, mula2 tu memang macam krim biasa. Lama-lama sapu die macam meresap ke dalam kulit dan macam tak tinggalkan kesan minyak krim langsung. Ok, not bad. Takdelah berkilat2 mcam berminyak2 badan dibuatnya. Bagus jugak, sebab kalau berminyak, maunya rimas sepanjang hari. Ok, saya lumur satu badan Iman selepas mandi terutamanya bahagian leher Iman yang kasar tu (siap dah tumbuh biji2 warna gelap..hish), saya lumur 2 kali sehari – mandi pagi dan mandi petang.

Seriusly saya tak perasan bila masa Iman menggaru lagi. Ok, takpe, salah saya sebab tak perhatikan. Hihi. Tapi hari kedua, bila saya mandikan Iman, kekasaran di lehernye hilang serta merta. Memang tiada. Tiada lagi biji-biji macam ketuat akibat ruam panasnya. “Waaaah” sungguh saya dibuatnya. Ayah Iman pun kata “Waaaahh” juga tau. Tak sempat nak snap gambar sebelum dan selepas. Huhu.

Cubalah! tak tipu punya~!! =D

Ce cari kat distributer Shaklee berhampiran anda~!! =D Saya? Oh, saya masih pengguna sahaja. Belum ada kekuatan dan kesungguhan untuk jadi distributer berhemah tinggi lagi. Kikiki.

>

>

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Iman dan Eczema pixel

You may also like...

9 Responses

  1. ummu amir says:

    brape ye harge krim tu?
    anak sy sjak lahir ade eczema tu..bwh tengkuk sntiase ksar..dah mcm2 krim try smua xberjaye lagi…bile hr pnas mmg bgaru2 si kecik ni..
    trima kasih ats perkongsian!

  2. daya says:

    hoho..sama la Aliya pon kena gak ruam2.
    musim panas ni memang kerap tumbuh ruam2.
    nanti nak try gak la krim ni.
    (sebok je tgk supplement, tak prasan langsung kewujudan krim ni)

  3. tutyrahiza says:

    uwaaa..berkesan yea mama iman..

    lupa nak perkenalkan diri lak..saya tuty, silent reader blog ni..teringin nak beli krim ni tapi takde lak testimoni..lepas ni boleh syor kan..

    sy pun pengguna shaklee dan menjadi distributor sekarang sebab terlampau excited dengan produknya.,

    jemput ke kedai saya http://www.mychibibox.com/

    mama iman jgn lupa dapatkan PD untuk puasa ni yea daripada distributor anda..

  4. syam says:

    tutyrahiza..krim tu boleh gune untuk penyakit urticaria jgk ker??

  5. tutyrahiza says:

    Syam,

    Penyakit urticaria ni in Malay gegata kan??
    Saya tak pasti boleh ke tak tapi skang saya gunakan krim ni utk ruam pada anak saya..Ruam susu, ruam lampin..

    customer guna utk eczema pun kata berkesan..

    boleh kontek sy di email mychibibox@gmail.com sbb kita ada recommended supplement set utk gegata ni..

    Mama iman, minta maap teriklan pulak dekat sini..

  6. Mama Iman says:

    haha…x pe..x pe.. =)

  1. September 14, 2011

    […] sbb ia sgt berguna” 2. Ibu cergas yang anaknya mempunyai masalah eczema. Dipetik daripada blognya. Pertamanya, sangsi juga dengan keberkesanannya. Yelah, kene cuba dulu baru tahu. Ok, 1st […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.