Hospital Bagi Ubat Penat, Kenapa Ubat Penat Namanya?

Saya tak paham ubat penat tu apa. Kenapa bagi ubat penat? Adakah sebab susah nak bernafas tu jadi penat?

Alkisahnya begini. Kami saja-saja jenjalan cuti ke utara, melawat sanak sedara sambil beraya.

Jitra Kedah menjadi sangat sejuk. Tersangat sejuk sampai saya kompius adakah ini Jitra atau ini Cameron Highland. Kihkihkih. Masuk ke rumah pakcik jek, terus pelik, eh ada pasang aircond ke. Tak ada pon. Tapi memang sejuk sampai ke tulang. Petang nak mandi, pergh… air kolah macam air batu!!!

Bukan saya tak pernah duduk utara, masuk 5 tahun haaa saya dok Penang nuu. Mengaji dari Degree pehtu sambung sikit lagi. Memang hapal dah suhu panas utara ni. Kalau pakai selipar (dulu tak pandei pakai stoking lagi.. kihkihkih), memang belak weeii kaki. Panas-panas KL, tak de lah cepat bebeno berbelak kaki kalao pakai slipar.

Maybelah dek kerana sejuk bebeno, Husnul Iman tiba-tiba sahaja diserang batuk bila kami sampai ke Jitra Kedah. Masa tu saya tak expect apa-apa sebab Iman memang ada selsema. Iman ni memang jarang sakit. Setahun ada lah sekali sakitnya. Kalau silap makan makanan yang dia allergik, memang akan datang lelah. Tapi tak adalah sampai ada inhaler.

Petang tu, batuk Iman makin teruk. Nafas mula berbunyi dan susah tarik nafas. Heart rate laju betul. Sah, asthmatic die datang.

8 pm, kami ke klinik yang ada dicover PmCare. Mujur ada berdekatan, dan doktor bagi ubat penat dan ubat demam. Sebab temperature mula naik. Iman memang jadi tak aktif langsung. Bab ubat tu, jenuh kepala pikir kenapa bagi ubat penat? Adakah sebab susah nak bernafas tu jadi penat?

Kami keluar makan, sekadar menghormati pelawaan tuan rumah aka pakcik sendiri. Iman nak masuk kereta katanya. Sejuk sangat. Balik rumah Iman ditidurkan, tapi hati memang tak tenang dah lah. Macam tak ada penurunan langsung.

Heart rate still laju…

Perut naik turun dek kerana susah sangat nak nafas…

Jam 1230 tgh malam, saya terus cakap kat Ayah Iman, nak ke Hospital. Keadaan Iman agak teruk.

Bestnya Pekan Jitra ni, Hospital dekat sangat-sangat. Balai polis dekat, bomba dekat, semua dekat belaka. Jalan 800 meter sampai dah hospital. Hospital lengang… tak macam Hospital Sg Buloh @ Hospital Klang. Masuk-masuk terus disambut doktor kat luar, dan cek dada, terus suruh masuk nebulizer bay.

Pak guard cakap, “Penat ya…”

Baru laaah tau.. “penat” tu rupenya adalah istilah untuk “lelah”.

Kihkihkih..

Ok berbalik pada Iman, 1 kali neb, doktor tak puas hati..

Neb kali kedua, Iman muntah.. banyakk…

Doktor nak warded… ternganga maknya ni.. ini Kedah! Esok nak balik Selangor dah! Ni pulak hospital gomen suh warded. Mahu-mahu amik masa 3-5 hari warded. Sebab ini bukan hospital swasta. Kalau hospital swasta, even kes tak serious pun akan suh warded. Ini hospital gomen, maknanya keadaan Iman memang tak cukup bagus la ni.

Kol Ayah Iman, terpaksa tak warded kan. Esok pagi-pagi kene terus balik Selangor, dan kalau kene warded pon, biarlah warded di Selangor.

Doktor mula tak bagi pelepasan, tapi akhirnya beri juga dan suruh saya sign surat pelepasan. Tawakkal sungguh untuk balik ke Selangor. Sebelum balik, doktor bagi lagi neb kali ketiga. Lepas neb, Iman muntah lagi.. huhuhu..

Rehat sekejap, baring dalam unit kecemasan tu sebab Iman nampak letih sangat. Jam dah 230 pagi.

Lepas sign surat pelepasan, kami pulang dan tawakkal. Esok jika keadaan Iman teruk sepanjang perjalanan, kami niat singgah jek mana-mana hospital besar.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, Iman tidur ok, dan nafas tidaklah seteruk sebelum ni. Sampai ke Selangor, Iman mula nanyi-nyanyi… memberi kelegaan sangat-sangat.

Mungkinlah.. Kedah terlalu sejuk.. Kihkihkih.

Dan ingat, lelah di Kedah dipanggil “penat” okeh? :mrgreen: {focus_keyword} Hospital Bagi Ubat Penat, Kenapa Ubat Penat Namanya? icon mrgreen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Hospital Bagi Ubat Penat, Kenapa Ubat Penat Namanya? pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.