Halia Membusuk? Serai Mengering?!

Apa khabar semua? Ramai dah saya dengar cherry berry di kalangan kawan2 saya akibat beli makanan di bazar. Pergh.. seram saya dibuatnya. Alhamdulillah, saya masih memasak selepas pulang dari kerja. Kecuali Jumaat lepas Ayah Iman ajak beli baju raya. Hehe. Puasa kali ni, syukur, banyak rezeki yang Allah beri. Masih teringat puasa tahun lepas, memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (huh…exaggerate sungguh!). Tidak lah begitu, cuma kira cukup2 je masa tu. Baju raya pun beli sehari sebelum raya, tu pun sebab tiba2 Ayah Iman dapat komisyen! Kalau tak memang tak berbaju raya tau! Tak siapa tahu betapa kami susah dahulu. Tapi, rezeki itu memang rahsia Allah. Ayah Iman selalu pesan, bila susah, jangan banyak mengadu pada orang, ngadu sahaja pada Allah. Positif saja, buat biasa sahaja. InsyaAllah, rezeki tu ada. Mungkin memang macam tak ada, tapi sentiasa cukup walaupun dalam rasa-macam-langsung-tak-ada tu. Optimistik betul Ayah Iman. Meskipun umur kami sebaya, kadang cara dia berfikir tu macam orang tua pula. Hihihi.

Pesan Ayah Iman lagi, bila kita dah ada rezeki lebih ni, bagi pula pada orang dan bantu pula orang lain cari rezeki pula. Jangan sikit pun rasa sayang pada duit. InsyaAllah, rezeki akan jadi lagi murah! Ada benarnya. Memang saya rasa betul. Sebab kita juga tak tahu, bila Allah akan tarik balik rezeki yang Dia kurniakan. Takut2 kita menjadi istidraj. Nauzubillah.

Pernah dulu saya cerita, kalau ada duit, saya nak beli macam2 buah. Sebab saya hantu buah. Ye, saya sekarang dah tak berkira lagi beli makanan. Hehe. Alhamdulillah. Tapi, tidaklah pula saya membazir main beli, beli dan beli pula, tapi membiarkan ianya busuk dalam peti ais kan?

Pernah hadapi situasi ni tak? Bila eksaited nak masak, buka2 peti ais, tengok2 halia dah membusuk, serai dah dah mengering? Heeee…..siapa yang jarang masak mesti selalu hadapi bende ni kan? Eksaited masaknya sehari cuma, tapi punyalah beli bahan macam nak masak seminggu! Hehhe. Daun sup pun boleh jadi daun kering. Heehehhe.(Pengalaman sendiri juga ni). Siapa kata Ibucergas sentiasa Cergas. Tipu ah. Nama pun manusia. Hehe.

Korang rasa, agak2 ni apa ye gambar bawah ni?

 

{focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! 2012 07 24 252018

Ni serai nih!! Serai! Frozen one! Haha!

Ok, tengok ni pulak. Agak2 ape ye?

 

{focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! 2012 07 24 252018

Ini halia tau! Hehheehe..

>

Versi Ibu Cergas yang “pemalas”. Mueheheheh. Mana taknya, dengan kerja lagi, balik rumah nak masak lagi, jaga anak lagi, maintain rumah lagi, bergelumang dengan baju2 lagi. Semua kena buat dengan cepat dan pantas. Kalau siapa yang betul2 rajin tu, boleh la beli bahan mentah setiap hari. Segar2 belaka. Beli ayam harini untuk dimasak hanya harini. Pergh.. memang segar habis la. Tak payah beli peti sejuk. Hihi. Ni dok beli seminggu sekali ni. Tu pun jenis curi2 masa nak beli groceries, ini la yang termampu saya buat.

Anda boleh guna 1 kiub bersamaan dengan 2 inci halia dalam masakan anda. Atau 1 kiub serai bersamaan sebatang serai dalam masakan anda. Cuma campakkan sahaja. Tak perlu dah kupas2 halia ni. So, masak 15 minit pun dah siap. Mueheheeh.

Disclaimer : Ops. Saya bukan pakar pemakanan, malah bukan nak jadi pakar pon. Cuma sharing je. Risau pulak ada orang kata saya bawa dakyah baru pemalas yang menghilangkan segala nutrisi makanan sebab memfreezekan segala jenis makanan.Ini cara saya sahaja untuk cepatkan masak, homemade food. At least lah kan, better than beli kat luar yang kita tak tahu bahan apa yang dimasukkan dalam makanan kita kan? Sekurang2nya, masih ada “perisa kasih sayang” dalam setiap masakan saya. Macam Iman, memang tak boleh makan kat luar sebab perisa makanan biasanya ada gandum. So, saya kena masak. Tapi masa pula agak terhad. Inilah cara saya. Jangan ikut sekiranya anda tak yakin nutrisi tu cukup untuk pemakanan anda ye. Tapi jangan bohong juga la, better buat mcm ni kot compare beli Piz-za, K-ep-si, atau Mcdeeee kan? Angkat tangan siapa yang tak pernah sentuh 3 makanan jenama tu? Heee… Jujur please~!! =D

Yang paling penting, tiada cherry berry sebab beli makanan luar. Yeay! =D

{focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! 2012 07 24 252018

Frozen ingredient. Halia, serai, bawang putih, bawang merah adalah penghuninya.

>

Selamat berbuka puasa.

Cuci mata desert saya bulan puasa ni.

Giant Cheesetart

{focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! 2012 07 25 252011

 

Pavlova yang tak manis sangat dan sedap. Pencuci mulut yang sangat digemari Ayah Iman kini. Lihat timbunan buahnya. Haha.

{focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! IMG 2919

{focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! IMG 2914

{focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! IMG 2918

Sedapnya pencuci mulut berbuka. Hehe. Masih sempat membuatnya. Alhamdulillah.

>

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Halia Membusuk? Serai Mengering?! pixel

You may also like...

2 Responses

  1. kak saz =) says:

    wawa…!!! 😀 hehehe….halia serai tu bleh simpan lame2 ke? brape lame?

  2. Whats up! I just would like to give an enormous thumbs up for the good information you’ve gotten here on
    this post. I will likely be coming again to your blog for
    more soon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.