Expired EBM – 5th Batch

Assalam,

Selamat hujung minggu ye ibu-ibu. Saya dan Ayah Iman sampai dah konfius adakah kami mempunyai hujung minggu. Hehe. Setiap hari sabtu, kami akan berkemas untuk bertukat alamat. Kekek. Jadi, macam seolah-olah Sabtu dah pun hilang dalam kalendar kami. Semalam Sabtu, saya dapati susu di freezer Shah Alam dah pun mendominasi ruang makanan. Hoho. So, saya harus memindahkan ke Meru supaya susu-susu dapat dikumpulkan bersama saudara sesusu mereka. Keke. Yang bestnya, Tok Abah kepada Iman hadiahkan cooler bag ni, untuk bawa susu-susu Iman merata-rata. Comel sangat! Terima kasih Abah! Best beg ni. Kalau tak mahu digunakan, siap boleh lipat-lipat untuk save ruang storage store. HoHo.

>

{focus_keyword} Expired EBM - 5th Batch P1030388a

Cik Iman memasukkan susu-susu ke dalam cooler bag. Dia memang rajin…rajin kacau. Hehe.

>

{focus_keyword} Expired EBM - 5th Batch P1030393a

Oh, pandai tutup ye Cik Iman. Cool beg ni. Ada bukaan atas yang kecil supaya bila ada susu baru nak masuk, suhu dalam cooler bag tak berubah sangat.

>{focus_keyword} Expired EBM - 5th Batch P1030400a

Ini adalah susu bertarikh 30/11/2010 yang masih berbaki. Alhamdulillah, tak perlu buang banyak sangat susu expired. Syukur. Tapi ada satu sebab kenapa susu baki bulan November 2010 sedikit. Susu saya agak merudum ketika itu sebab ada cuti panjang. Hehe.

>{focus_keyword} Expired EBM - 5th Batch P1030409a

Stok susu bulan Februari 2011. Alhamdulillah. Kak, cepatlah kawen, beranak. Leh share susu-susu ni.

>

Masa ke klinik DEMC sewaktu Iman demam, saya bertanya Doktor, perlukah bayi demam yang minum susu ibu sepenuhnya mengambil air masak? (konon-konon kotlah demam lagi cepat baik). Jawapan Doktor, TIDAK PERLU. Hurm…so, breastfeed seperti biasa. Perlukah bayi diberi vitamin C tambahan? Uh..serius saya tak berani bagi. Saya yang ambil Vitamin C, dan dengan itu, susu saya InsyaAllah akan mengandungi Vitamin C yang mencukupi buat Iman. Alhamdulillah, memang Iman jarang sakit dan demam. Sentiasa sihat dan aktif. Even sewaktu demam hari tu (pertama kali demam), Iman lagilah terlebih-lebih aktif.

>

Nota kaki:

Iman semakin kenal orang, makin tak mahu dekat dengan orang asing. Huhu. Tapi kalau ada bayi lain, dia memang dekat-dekat ambil hati. So, sesiapa mahu dekat Iman, bawalah anak masing-masing ye. Hehe.

>

{focus_keyword} Expired EBM - 5th Batch P1030399a>Iman – 11 bulan 5 hari.

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Expired EBM - 5th Batch pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.