Expired EBM – 2nd Batch

{focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch P1020081aSalam semua (semua? ade ke yang membace blog ni..kekeke),

Sebelum cerita pasal expired EBM, kene cerita dulu pasal perpindahan EBM dari Shah Alam ke Meru. Uh….sudah penuh freezer di Shah Alam sehingga amat susah untuk menutup peti ais. SO, nak tak nak kenalah pindahkan ke Meru (aiya…mau sumbat mana). Berapa jumlahnya? erk…tak kira. Tak sempat sebab takut cair. Semua dalam plastic storage sebab malas dah nak guna botol. Makan space. Tapi penuhlah icebox Coolman tu.

Disebabkan dah takde tempat untuk susu-susu dari Shah Alam tu, kenelah saya housekeepingkan EBM yang ada. Hurm…semua adalah stok EBM bulan 7. Sebenarnya dah 4 bulan dah hayat dia. Ini bermakna dah sebulan dah expired. Tapi macam sayang nak buang. Huhuhuh..manalah tahu ada yang nak mandi air susu ke, kot nak buat milk shake ke. Susu ibu memang dikhaskan untuk bayi. Pernah lah bagi anak kucing susu ni…emm..langsung tak dijilatnya malah bau pun diorang tak nak. Dengar cerita awet muda tau minum susu ibu ni. Even ade je suami-suami yang minum susu sendiri. Emmm…saya pernah gak minum, tapi yang fresh la. Rasanya manis-manis buah gitu. Cubalah. Hehehehe. EBM yang dah lama memang tak lalu langsung.

Mari kita kira EBM yang expired ni. 144 oz kesemuanya. Kira-kira pengumpulan stok untuk kegunaan Iman selama 7 hari sebab Iman minum purata 20 oz sehari bila mama Iman berkerja.


{focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch P1020087a144 oz kesemuanya
{focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch P1020101aProses pencairan EBM bermula. Kerana dek malas melanda, haruslah kan meletakkan di dalam rendaman air panas. Kekekekeek…

{focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch P1020102aKemudian, EBM yang cair dimasukkan ke dalam baldi. Kumpulkan kesemuanya. Leh wat mandi susu nih. Hehhe…

{focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch P1020113aOleh kerana takde siapa yang sanggup mandi susu, terpaksalah jadi habuan pokok kepunyaan mama. Huhuhuhu…….

{focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch P1020115aSusu mengalir ke bawah..

{focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch P1020118aBotol-botol yang telah kosong. Memang malas nak handle botol-botol banyak-banyak ni. Kalau guna plastic storage, tak environmental friendly la pulak.

Fuh….barulah ada ruang untuk EBM yang baru. Pernah ada orang tanya, “ruginya buang-buang macam tu…lebih baik jangan perah banyak-banyak”. Masalahnya bukan pasal rugi tak rugi. Penghasilan susu ibu adalah berdasarkan konsep demand and supply. Semakin kurang kita mengepam, semakin kuranglah signal yang dihantar ke otak. Otak akan memberitahu badan bahawa susu hanya sedikit sahaja diperlukan. Dengan itu supply susu akan merudum. Lebih baik buang daripada susu merudum. Betul tak?

Inilah salah satu perit jerih dalam dunia penyusuan. Tetapi suatu hari nanti, saya amat pasti yang saya akan merindukan saat-saat penyusuan dan cerita-cerita tentang stok susu Iman ni. Ianya suatu kepuasan yang tidak terhingga. Alhamdulillah. Syukur padamu Allah kerana masih mengurniakan nikmat susu yang tak terhingga kepada anakku Iman. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Expired EBM - 2nd Batch pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.