Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake

Yummy Wow Merahnya Red Velvet ini!! Merah menggoda lebih-lebih lagi kalau dah disapukan Cream Cheese Frosting. Pergh memang terangkat. Moist dan lembab, rasa yang cair di mulut. Tapi…. merah ini bukan semulajadi. Merah ini adalah pewarna tiruan. Dan pewarna tiruan merah adalah paling berbahaya berbanding pewarna berwarna lain. 8-O pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake icon eek

Red Velvet Cake Ubi Bit Beetroot Pewarna Semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake vcW M L5pPkrm8FNvE yDifwv SrPACJVWrRsJUR2TA w482 h642 no

Ini kek Red Velvet Dengan Pewarna Tiruan. Saya gunakan 15 ml (satu sudu besar) untuk dapatkan warna ini. Resepi asal menggunakan sehingga 30 ml (2 sudu besar) pewarna merah. Eerrr..

>

Saya suka buat kek. Saya akan makan sekeping dan kemudian tak tahu apa nak buat dengan kek tu. Hehehe. Nak makan banyak, seram weii. Untuk Red Velvet Cake (RVC), memang saya dapat banyak tempahan untuk kek ini. Memang ramai yang repeat order. Tapi lama-kelamaan dalam hati saya terdetik betapa saya rasa serba salah menjual kek yang kaya dengan pewarna tiruan ini. 2 kek yang paling utama menggunakan pewarna tiruan ini adalah RVC dan Rainbow Cake.

Memang pewarna mekanan adalah dibenarkan dalam makanan, tapi ia tetap bukan makanan sihat. Malah warna merah terutamanya ada carcinogen, iaitu bahan yang boleh merangsang sel kanser. Uhuhuhuhu.

Saya juga serba salah, kerana saya jual Shaklee. Saya encourage orang untuk menjadi lebih sihat. Tetapi saya buat kek? Bertanyakan kepada mentor saya, beliau memberi kata-kata ini;

“Buat kek tak salah, but its depends on how you plant the story”

Deep. Mendalam. Huhu.

Bermula dengan pencarian resepi Kek Red Velvet sebenar tanpa pewarna tiruan, warna merah kek ini sebenarnya boleh diperolehi daripada Ubi Bit atau Beetroot. Antara blog yang saya kunjungi untuk melakukan eksperimen Kek Red Velvet Ubi Bit ini adalah:

  1. The Big Bake Theory
  2. The Sophistimom
  3. The Diet Vegan
  4. Dulce Delight
  5. Yummy Healthy Easy
  6. dan tak lupa juga video dari Dr Ezani – Pastribella

 

Resepi-resepi ini ada perbezaannya, dari segi teknik dan bahan. Tapi yang pasti mereka semua berjaya menjadikan warna kek mereka merah menyala-nyala dan bukannya pewarna tiruan. Menarik kan? :lol: pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake icon lol

>

Eksperimen 1 – Resepi Joy Of Baking

Saya kalau boleh tak nak lari jauh dari resepi asal saya iaitu dari Joy Of Baking. Sebab mengikut tekak saya,resepi ini cukup lembab, cukup lembut dan cair di mulut tak terasa berat langsung. Memang resepi yang saya akan sangat-sangat simpan. Tapi bila menggunakan ubi bit dan gunakan resepi ini, memang hancus terus kejadian rupa parasnya. Kek ini menjadi warna sangat coklat, langsung tak ada merah-merah pada kek. Masa tu saya belum jumpe blog-blog dalam senarai di atas ni. Saya teruja dah dapat warna semulajadi ni, terus nak apply pada resepi kek kegemaran. Tak sangka jadi begini rupanya.

Red Velvet Cake Ubi Bit Beetroot Pewarna Semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake IMG 9995

Eksperimen pertama – failed. Kek bertukar menjadi warna coklat (╥︣﹏᷅╥)

<

Dalam resepi ini, saya mula-mula perah jus ubi bit menggunakan Juice Extractor. Dan saya gunakan 1 sudu besar seperti mana saya selalu menggunakan pewarna tiruan. Malang sekali ia bertukar warna pink bila dimasukkan ke dalam buttermilk. Masa tu dah pelik dah kenapa tak merah. Tapi gamble jek la. Sebab 1st time kan. Bila dimasukkan buttermilk ke dalam adunan kek, dan pulak ditambah soda bikarbonat, hah terus tukar warna kepada coklat (╥︣__╥)

Tuhla akibat tak study betul-betul masa tu. Teruja dah dapat warna merah semulajadi, terus nak apply. Memang la salah. Rasa kek tetap sama dan ada sedikit rasa macam lain. Sedap masih sedap dan lembut. Tapi frust menonggeng sebab warnanya tak merah.

Ok, barulah nak study dan godek blog-blog omputih atas tu.

Bila baca punya baca barulah tau yang warna merah ubi bit akan teroksida dalam persekitaran yang ada alkali. So kita kene sentiasa jadiakan ubi bit ni dalam keadaan berasid. Soda bikarbonat adalah musuh utama yang menyebabkan pengoksidaan. So, kena lah carik resepi yang memang tak guna soda bikarbonat.

Merujuk pula kepada Resepi Dr Ezani, iaitu menggunakan puree ubi bit ini. Ops, memang saya tak nak langsung cuba sebab memang sungguh terasa keubiaannya bila ubi bit tu dimasukkan terus ke dalam adunan.

Apa yang saya nakkan ialah, resepi hanya gunakan extract jus ubi bit, tanpa perlu masukkan keseluruhan ubi ke dalam adunan kek. Itu yang membawa saya kepada Blog Dulce Delight.

>

Eksperimen 2 – Masih Menggunakan Resepi Joy Of Baking

Saya tak menggunakan soda bikarbonat. Dan kali ni saya rebuskan ubi bit iru sehingga agak pekat. Dengan harapan warnanya akan berubah menjadi merah pekat bila dimasukkan ke dalam adunan kek. Sungguh menarik apabila kek menjadi agak kemerahan dan keunguan. Hehehe. Suka, tapi keknya bantat!!! Hahahahahah. Sebabnya saya suka hati letak jus ubi bit tu banyak sebab nak warna merah punya pasal la ni.

Red Velvet Cake Ubi Bit Beetroot Pewarna Semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake IMG 9971 tile

Warna dah start cantik, tapi kek tak naik (╥︣﹏᷅╥)

Disebabkan warnanya yang kelam. So saya buat lagi eksperimen guna resepi yang sama, tapi tanpa serbuk koko. Hanya untuk melihat apakah warna yang terjadi bila jus ini dimasukkan direct ke dalam adunan dan tanpa serbuk koko. Adakah warnanya akan kelam? Dan kali ni saya jadikan bentuk cupcake. Supaya tak terkilan sangat bila jadi kek besar tiada yang nak makan. Huhuhuhu.

Red Velvet Cake Ubi Bit Beetroot Pewarna Semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake IMG 0022 tile

Beautiful pinkish cake batter. Hehehehehe. Warna semulajadi. Comel warna ni kalau jadi warna topping cream cheese. In the form of cupcake. Memang adunan kek Joy Of Baking ni gebu dan sedap. Kalau katakan buat cupcake vanila pon dah cukup ok dah. Memang lembab dan cair di mulut.

>

Eksperimen 3 – Resepi The Sophistimom

Kali ni saya study betul-betul semua video. Video Dr Ezani, dan juga Video Dulce Delight. Tapi, saya tetap tak nak masukkan puree ubi bit dalam adunan kek saya. Saya hanya nakkan jus sahaja. Dengan itu, saya teliti betul-betul Video dari Dulce Delight dan resepi Sophistimom sebab banyak review yang berjaya buat kek Red Velvet tu betul-betul merah. Berdasarkan review dan komen dalam The Sophistimom, keknya agak padat. Mungkin adalah disebabkan oleh puree ubi bit yang diletakkan. Malah dalam resepi tersebut, ubi bit itu dibakar, dan dikisar untuk dijadikan puree.

Resepi Dulce Delight, ammount bahan-bahannya lebih kurang sama dengan The Sophistimom, cuma ubit bit tu hanya diambil jusnya. So saya mulakan dahulu dengan resepi  The Sophistimom, tapi mengambil jus dari Dulce Delight. (Maaf kalau pening).

Beli lebih kurang 1 kilo ubi bit ya. Perah jusnya dan dapatkan dalam 3 cup (750 ml) jus. Kemudia pekatkan dengan merebus sehingga menjadi 3/4 cup sahaja (iaitu 180ml).

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 16 2B05

Saya gunakan bahan berikut. SCS salted butter, Cultured Buttermilk (bukan susu tambah cuka ya), Natural cocoa powder (not dutch process ya), dan Organic Aluminium Free Baking Powder. In term of serbuk koko jugak, jika beli yang dutch proses, ia adalah bersifat alkali. Menurut Kak Haridah (pakar buat coklat), tempat di mana coklat ditanam juga menentukan kealkalian atau keasidan coklat tersebut. Coklat tempatan katanya berasid. Saya pon makin kompius, saya gunakan Hersheys (buatan Amaerika) dengan harapan ianya bukan Dutch proses dan bukan alkali. Ngahahahaaha.

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 15 2B22

Ini buttermilk. Beli kat kedai bakeri dalam RM10.20. Kalau kat Aeon Jusco, RM11.90

>

Red Velvet Cake Ubi Bit Beetroot Pewarna Semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 16 2B03

Wah.. inilah warna yang saya mahukan!!!! Alhamdulillah!

Red Velvet Cake Ubi Bit Beetroot Pewarna Semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 16 2B06

Saya masukkan adunan dalam loyang cupcake. Untuk tengok kejadian nya dalam bentuk cupcake. Dan selebihnya saya masukkan dalam loyang 7 inci. Hasilnya memang sangat menarik dan sangat memuaskan hati. Cuma ia tak melekat pada paper liner. Tidak seperi kek red velvet saya yang melekat elok dalam paper liner. Mungkin untuk versi cupcake, saya kena pakai solo cup.

>

Berikut adalah Video yang menjadi sumber rujukan saya. Dari Dulce Delight. A must watch video.

Resepi Red Velvet Cake Beetroot

by: Sophistimom

Bahan-Bahan yang diperlukan

  • 3/4 cup puree ubit bit (saya tak ikut, saya gunakan jus mengikut resepi Dulce Delight menjadi hanya 125ml)
  • 1  sudu teh cuka
  • 1 sudu besar air perahan buah lemon
  • 100 gram butter (unsalted)
  • 190 gram gula halus
  • 2 biji telur  saiz besar
  • 1 sudu teh extrak vanilla
  • 3/4 sudu teh garam (abaikan jika guna salted butter)
  • 1 1/2 cup (180 gram) tepung unbleached (mesti unbleached)
  • 1 sudu kecil baking powder (aluminium free)
  • 1 sudu besar serbuk koko semulajadi (wajib semulajadi @ natural)
  • 1/2 cup buttermilk (pastikan beli kat kedai, bukan campur susu dengan cuka)

>

Penerangan Bahan:

  1. Saya beli sehingga 1.8 kilogram ubi bit dengan anggaran kos total adalah ~ RM20. Kemudian saya basuh dan masukkan ke dalam jus extractor untuk mendapatkan jus tulen ubi bit tanpa perlu ditambahkan air ke dalamnya. Kerana bila dah tambah air, warna ubi bit akan berubah.
  2. Dari 1.8 kilogram ubit bit tu, saya perolehi dalam 1061 gram jus ubi bit tulen. Saya memerlukan 3 cawan iaitu 750 ml jus dan dimasak di atas api untuk disejatkan airnya sehingga kuantiti air itu berubah dari 750 ml kepada hanya 125 ml sahaja (selebihnya saya simpan). Ini bermakna saya betul-betul dapatkan warna jus yang sangat pekat dan likat.
  3. Ingat, 750 ml extract jus ubi bit kepada 125 ml untuk mendapatkan menggantikan 3/4 cup puree dalam resepi di atas.
  4. Bila sejuk, terus masukkan cuka dan jus lemon ke dalam jus ubi bit. Ini untuk memastikan warna jus ubi bit tidak teroksida dan berubah menjadi coklat.
  5. Kenapa kena gunakan unbleached flour? Sebab unbleached flour bersifat asid manakala bleached flour bersifat alkali.
  6. Untuk memastikan warna ubi bit kekal merah, kita kena pastikan adunan kesemua bahan dalam kek ini bersifat asid.
  7. Serbuk koko juga pastikan ianya bukan dutch proses. Pastikan ianya adalah serbuk koko natural tanpa sebarang bahan tambahan.

 

Cara-cara Buat Kek:

  1. Panaskan oven 160 darjah celsius mengikut suhu oven masing-masing (ingat, loyang kecik tak perlu bakar lama dan tak perlu suhu terlalu tinggi)
  2. Putar mentega dengan gula sehinga pucat (creaming method)
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan esen vanilla (beli yang tinggi kualiti ya)
  4. Masukkan tepung yang dah dicampur dengan baking powder dan serbuk koko.
  5. Masukkan buttermilk.
  6. Last sekali masukkan jus beetroot yang dan campur dengan cuka dan jus lemon.
  7. Terus bakar , jangan biar di luar lama-lama kerana risau teroksida.

<

Bahan Cream Cheese Frosting

  • 250 gram Cream Cheese Frosting
  • 85 gram gula aising diayak
  • 250 gram Non UHT Whipping Cream

>

Cara-cara Cream Cheese Frosting:

  1. Pukul creamm cheese sehingga lembut
  2. Masukkan gula aising yang dah diayak. Pukul sehingga sebati. Adunan ini tak terlalu manis.
  3. Masukkan whipping cream dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kental. Adunan ini akan jadi kental dan tidak cair. Ianya mampu untuk dipiping ke atas kek dan terbbentuk swirl yang cantik.

>

Inilah kek yang terhasil. penuh dengan warna semulajadi beetroot atau ubi bit. Kaya dengan antioksidan!! Dan warna terang yang mengiurkan. Ramai yang bertanya,adakah ia berasa sayur? Atau berasa ubi? Suka hati saya menerangkan, langsung tak rasa apa-apa!!! Memang rasa kek sungguh! Dan rasa yang sedap. Serious rasa kek yang sedap. Bapa Cergas juga mengakui kesedapannya. Beliau sepatutnya puasa dari makan kek, tapi sendiri tak tahan tengok warna kek ini. Dan sungguh rasa tak bersalah memakannya sebab bukan pewarna tiruan.

Selamat mencuba kalian! :-) pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake icon smile

red velvet cake dengan ubi bit beetroot pewarna semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 17 2B11

red velvet cake dengan ubi bit beetroot pewarna semulajadi pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 17 2B11

Feel free to drop a comment. InsyaAllah kalau ada masalah, saya boleh tolong. Pastikan ikut betul-betul resepi. InsyaAllah menjadi. Jangan derhaka resepi tau! Untuk mixer kek, saya hanya guna yang hand held berharga RM160 jek.

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 17 2B11

 

 

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 17 2B12

 

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 2014 12 17 2B13

 

 

Melihat kan review-review ini, menjadikan resepi ini akan disimpan sepanjang hayat! Wahahahha.

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake 10qsgweOT04w32xWk2jHS8OCW54jFh6PHViBLKiJG7E w508 h610 no

 

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake te3miqJcp64 FZ4KkMAtgwOtal9lJcvi38R LgiXVFU w506 h363 no

 

pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake Screenshot 2B2014 12 20 2B18

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... pewarna beetroot ubi bit Kronologi Eksperimen Mendapatkan Warna Merah Semulajadi Red Velvet Cake pixel

You may also like...

7 Responses

  1. Niza Yusof says:

    tahniah atas inisiatif puan…tetiba rasa nak makan red velvet la plak..hiihi
    Niza Yusof recently posted…Kenapa Mesti Make Up Remover Shaklee?My Profile

  2. Desy says:

    Hai mbak, menambah wawasan deh doal red

  3. Desy says:

    Hai mbak, blog ini menambah wawasan tentang red velvet banget. Dri kemarin ada coba hasilnya juga sama warna’y jadi coklat gak merah. Dengan blog mbak ini membantu banget. Tapi sayang tak bisa mencobanya karna ditempat saya (Pontianak, Indonesia) sulit menemukan buttermilk :( . Tapi info diblog ini benar” bermanfaat banget jadi tau kendalanya. Senang bisa temuin blog ini 😀

    • Mama Iman says:

      jadi coklat kerana adunan tidak acidic. untuk kekalkan keasidan adunan, memang tak bolehguna tepung biasa. tepung wajib unbleached. koko juga non-dutch proses. dan buttermilk perlu betul2 buttermilk, bukan campuran susu dan cuka.

  4. ummu hadie says:

    Teringin nak cuba resepi. Sebelum ni guna resepi yg sedia ada dlm internet. Tapi di daerah Gurun ni, memang sah takde bahan2 di atas. Mahal pun sama :(

  5. hijrah says:

    Assalam sis, saya tiada jus extractor utk dapatkan jus ubi bit, boleh tak saya blend sahaja dengan mencampurkan cuka dan jus lemon semasa blend, tapis dan ambil jusnya barulah di masak atas api? Ada x apa2 kesan jika cuka dan jus lemon dimasak bersama jus ubi bit?

  6. Misuarni says:

    As salam, sis.

    Jus beetroot yang telah dimasak boleh tahan berapa lama jika disimpan dlm freezer?

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.