EBM Iman di Taska

Ok, mula2, kita update dahulu aktiviti Iman di taska pada hari ke 6. Hurm..pukul 6 budak2 kecik ni pun dibebaskan keluar untuk bermain di taman permainan pula. Saya lihat di kejauhan, macam kambing keluar kandang. Hehhehee…Iman pon salah seorang yang terkedek-kedek keluar terus menuju ke arah gelongsor. Bukan naik tangga di belakang gelongsor, tapi lalu depan. Huuuu…tersengih-sengih sorang-sorang. Suka melihatnya. Time ni biasanya parents ambil anak-anak mereka. Sebab tu senang di biarkan di luar. Boleh nampak mereka bermain.

>

>

Oklah, harus tutup video sebab terasa saya pulak macam bahan tontonan. Huahaaahauah. Budak-budak ni bukan boleh nampak parents datang. Tak kira parents siapa pun, ditanya nya kita “Papa mana?” atau “Mama mana?”. Comel! Jenuh nal menjawab celoteh mereka.

Bila saya keluar kereta, Iman masih tak nampak saya. Asyik sangat dengan gelongsornya. Tapi bila nampak saya, aduh…nangis terus! Hihi. Bangga kejap. Terasa amat diperlukan oleh anak ini. Hihi!

Ok, cukup intro.

Kita berbalik pula dengan tajuk entrinya. Hihi. Tentang EBM Iman di taska. Hari pertama dan kedua, saya bekalkan 6 botol x 4 oz susu segar meskipun untuk separuh hari training Iman di taska. Alhamdulillah, berbaki 3 botol. Maknanya sepanjang separuh hari sampai pukul 3 petang, Iman minum sebanyak 3 x 4 oz. Jadi saya estimate mungkin 5 @ 6 botol sahaja diperlukan sekiranya Iman di taska sehingga petang. Pada hari pertama untuk Iman full day, saya sediakan 7 botol x 4 oz. Untuk kecemasan. Manalah tau Iman punya mood swing, mahu susu sahaja. Petang itu, terkejut saya dibuatnya bila pengasuh habiskan semuanya!. 28 oz tau!. Buntang mata saya dibuatnya. Sedangkan hasil tuaian sehari dalam 24 – 26 oz sahaja. Woh…matilah kalo gini. Takpe, takpe. Terima dengan positive dahulu.  Rileks, jangan mudah menggelabah dan blame pada pengasuh. Hari kedua, saya kurangkan susu kepada hanya 6 botol. Ternanti-nanti juga kot-kot pengasuh telefon kata tak cukup susu pula. Hihi. Alhamdulillah, tiada pula panggilan yang dinanti. Cumanya botol terakhir pengasuh panaskan juga untuk beri pada saya sebelum saya ambil Iman. Iman? Tentulah nampak saya sahaja terus dicampaknya botol itu. Hoho… maknanya, sebenarnya 5 botol dah memadai. Biasalah, baru-baru nak sesuaikan diri dengan pengasuh baru.

Makanya, setiap hari saya berikan 6 botol juga, dan pesan pada pengasuh, sekiranya jam sudah 6 petang dan masih ada lebihan susu, tak perlu panaskan kerana Iman boleh terus menyusu dengan saya. Dan baki susu boleh saya simpan. Mereka pun paham. Alhamdulillah. Dengan itu, hari ke3, habis 6 botol, hari keempat, 6 botol, dan hari kelima, 3 botol?? Erk…haha. So, mungkin Iman dah serasi di taska. Dan mula makan dengan selera. Syukur.

>

>

{focus_keyword} EBM Iman di Taska P1040661Bekalan Iman ke Taska

>

>

Sedikit perkongsian di sini.

  • Saya pernah juga kais pagi makan pagi memerah susu, di mana stok bukanlah berkoyan2.
  • Pernah membeli FM sebagai back up, Iman juga bukanlah 100% susu ibu. Iman ada 1.6% FM dalam tubuhnya di saat Iman setahun 2 bulan. Hihi.
  • Alhamdulillah, saya cuba pump 8 kali sehari, untuk tingkatkan susu buat anak saya.
  • Ibu-ibu yang masih belum berjaya, jangan risau. Rezeki anak-anak itu ada. Mungkin bukan anak sekarang, tapi anak-anak seterusnya. Amin.
  • Elakkan mudah salahkan pengasuh jika mereka kendalikan EBM kita dengan tidak betul. Berikan tunjuk ajar perlahan-lahan. Perlahan-lahan maksudnya ialah – di hari pertama,  jangan pula bla bla bla pesan itu ini begitu begini. Risau dilabel cerewet dan menyusahkan. Kira cukup bersyukur jika anak kita dijaga dengan baik. Jangan terlalu cerewet, risau anak kita dibuat acuh tak acuh sahaja pula nanti. Beri 1st impression yang baik kepada pengasuh. Bila mereka suka kita, tentu mereka suka anak kita. Kan? =p

Sudi2lah kiranya berkongsi pengalaman kalian =)

>

Salam sayang,

Mama Iman

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} EBM Iman di Taska pixel

You may also like...

15 Responses

  1. seri says:

    mama iman.. ape kabo?
    nampaknye iman dah serasi berada di taska..

    sy antar anak ke baby sitter..
    skali bwk 6x3oz..
    kdg2 habis.. kdg2 tinggal 1 botol..
    BS sy bgth stp pagi dia bg 2botol terus…katanye anak sy lapar… hmmm.. pastu hakimi trus tido sampai kul 11 – 12pm..
    btul ke tindakan BS sy nih…huhu.. :roll:

    • Mama Iman says:

      Khabar baik…
      macam sy, saya beri Iman makan sarapan dahulu di rumah. jd perjalanan 40 minit ke nurser (nursery dekat dgn tmpt keje) x de la melalak lapo die..sampai sana terus main. pukul 9 sarapan. pukul 12 mkn tgh hari. tidur hanya jam 1230 sampai 245 pm…lepas tu diorg dimandikan ramai2 utk aktiviti ptg pulak. pukul 530 hingga 6, mkn ptg. Makin hari makin sikit botol die guna,…sbb makan byk..huhuhuh..stkt pantauan saya skrg, mmg teratur ikut jadual. anak ser boleh lah tahan sekaligus 6 oz..x muntah ke…iman dah setahun pon hanya mampu 4 oz maksimum..tu pon kadang2 0.5 oz die x nak dah…

  2. mami aysha says:

    aysha minum 3 botol je..akak bg 6x4oz tiap2 hari…tp aysha tu baru 2 bulan stgh hehehe…mana bleh lawan cik iman kita…ihihihihihi…akak baru terpikir kegunaan chiller berlekuk2 tu…ingatkan utk tin minuman je…rupanya boleh jugak utk botol susu…bagus2…weekend ni bleh cari kat jusco. guna ice pack tu bersepah laa…rimas tgk..hhahahaha…

  3. hanum says:

    iman mnum susu terus dr botol tu ke? atau ada guna botl lain? 4/7 ni da strt keje… x tau lagi macam mana nak terangkan pada pengasuh cara nak handle ebm ni sbb saya baru je blajar nak bagi anak susu ibu spenuhnya…

    • Mama Iman says:

      Iman ade botol Tommee Tippee….so, transfer dr storage bottle ke botol susu. Alhamdulillah taska iman mmg handle susu ibu. cume utk baya iman, die sorg je yg masih susu ibu. yg lain masih 5 – 6 bulan…hihihi…sampi taska tanye, masih ada susu ke? =p alhamdulillah masih ada. biasanya di taska, diorg x pakai warmer. nk jimat letrik. diorg letak botol dlm mangkuk berisi air suam je =)

  4. hanum says:

    kalau guna warmer… nak panaskan susu tu dalam botol yg kita wat simpan susu ker, atau trus pnaskan dalam botol yg kita gunakan utk menyusukan baby?

  5. Mama Iman says:

    mana2 pon boleh. jangka hayat botol2 yang BPA free ni rasanya kene tukar 6 bulan sekali. so, lagi kerap kita panas, lagi cepatlah patutnya tukar kan? tap, saya tibai jek semua =p

  6. daya says:

    aliya skrg ni kite anta 6 botol x 3 oz.
    tapi mesti pulang balik dalam 2 – 3 botol.
    belum makan lagi tu.
    takut bila da start makan dia takmo susu pulak.
    huhuhu…

  7. mami aysha says:

    lg satu kena ingatkan pengasuh kalau nk campur susu kita yg dah terpisah tu (foremilk dan hindmilk) kene goyang je botol tu jgn kocak2 sbb boleh rosakkan antibodi dalam susu..

  8. emifadhila says:

    bila sampai di rumah pengasuh, perlukah pindahkan ebm dari cooler bag ke peti sejuk pengasuh? ke biar je dalam cooler bag tu?

  9. Mama Iman says:

    emi, sy suruh pengasuh biarkan dlm tu…sbb takut tercampur dgn ebm org lain =)

  10. adah says:

    salam.. saya baru nak hantar Iman ke taska buat kali pertama.. risau jg ni coz tak da pengalaman.. tapi da bc info2 ni ok la.. tq ye..

  11. ilah fazilah says:

    just nak tanya je lah…mcm ila dah msk anak ke3 kan….mcmmana susu anatar ke taska tp boleh x habis minum? mcm ila, ila tau anak ila minum bape byk sehari, so ila akan hantar susu secukupnyer ke taska n make sure pengasuh bg ikut timing yg ditetapkan…(dulu anak ila no. 2 minum 4oz setiap 3jam) kalau boleh berbaki susu means pengasuh taska bg susu ikut sukahati diaorg n bila dia rs baby nak…xleh la mcm tu… kesian anak sbb xcukup susu….ini pendapat ila saje… terpulang pd parents tu sendiri..peace no war…

    • Mama Iman says:

      boleh jugak macam tu ila. Tapi bukan semua ibu dianugerahkan susu yang berkoyan2. ada ibu yang hanya kais hari. susu perah harini utk bekalan taska esoknya. Demand setiap baby juga x sama. ada baby minum sampai 30 oz sepanjang siang..ada baby minum cuma belasa oz, tapi reverse cycling pula, minum malam byk direct feeding dengan maknya =) lagipun ada sesetengah baby mmg kenyang…x kan nak paksa minum juga..even dipaksa pon mereka kadang x mahu =) peace no war juga ..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.