Duit Raya dari Plusmiles dan Touch n Go

Tittle entry macam best kan? Memang best pon! Saya dapat RM 295.86 untuk duit Raya dari Plusmiles dan Touch n Go!!! Walla~!! Siapa nak bagi tu! Untuk orang yang selalu travel, cepat-cepat la apply kad Plusmiles dan Touch n Go ni. Berbaloi-baloi tau. Memang langsung tak rugi. Macam saya, ulang alik ke Cyberjaya dari Shah Alam setiap hari melalui lebuhraya LKSA, ke lebuh raya KESAS dan masuk ke ELITE. Untuk lebuhraya LKSA, saya bayar RM1.20. Di ELITE, saya bayar RM3.90. 2 kali transaksi tol di situ. Total RM 5.10. Saya pulang hanya melalui ELITE, so RM3.90 sahaja. So total tol saya sebulan ulang alik kerja ialah RM 9.00. Sebulan kerja 20 hari. Maka RM180.00 dihabiskan untuk tol. Gulp~!!! (banyaknya!!!). 

Tapi….

Plusmiles beri saya rebate 5% untuk setiap transaksi yang melebihi RM100 dan ke atas untuk lebuh raya ELITE~!!! So, saya guna RM7.80 setiap hari ke ELITE, maka untuk 20 hari = RM 156.00. Maka sebulan saya dapat RM 7.80 rebate. Jadilah kan? Hehe.

Belum cukup lagi tu. Kerajaan Malaysia pula beri 20% rebate untuk 80 kali transaksi menggunakan Touch n Go!! Macam saya tadi, hanya ada 20 transaksi sahaja untuk pergi kerja. Jadi, Ayah Iman ambil keputusan untuk menghantar dan mengambil saya kerja. Dan Ayah Iman melalui lebuhraya MEX untuk ke Jalan Kuchai Lama dari Cyberjaya. Total bilangan transaksi bertambah lagi 20 kali menjadi 40 kali. Tak termasuk pulang ke Meru setiap minggu melalui Setia Alam, dan juga ulang alik ke Kastam KLIA mengambil stok Medela Freestyle. Tak termasuk juga delivery kepada customer sekitar Lembah Klang. Malah, certain shopping complex pon bayar parking guna Touch n Go dah. So total transaksi memang melebihi 80 kali. Maka kami dapat 20% rebate tu. RM 295.86 tadi tu bukan lah rebate sebulan. Tu total untuk 3 bulan tu. jadilah kan? Siapa nak bagi. Hehe.

Malah, penyata setiap trasaksii boleh diperolehi secara online. Selain boleh nak claim balik pada company untuk kerja2 berkaitan dengan company, kita secara tak langsung dapat pulak rebate dari setiap transaksi tu.

{focus_keyword} Duit Raya dari Plusmiles dan Touch n Go img promo banner2

Untuk dapat rebate 20% pula.

:>

.

{focus_keyword} Duit Raya dari Plusmiles dan Touch n Go IMG 3783A

 Tengok resit ni? RM 295.86. Banyak tu rebate untuk 3 bulan.

<

{focus_keyword} Duit Raya dari Plusmiles dan Touch n Go reward

Jom pakat-pakat apply Plusmiles.

dan dapatkan duit raya anda~!!! =D

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Duit Raya dari Plusmiles dan Touch n Go pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.