DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic

Jom Tukar Pewarna Makanan Tiruan Kepada Pewarna Makanan Natural

Saya baru nak mula misi merubah diri menjadi seorang baker yang lebih sihat. Ngahahahaahha:mrgreen: {focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic icon mrgreen. Takpelah lambat sikit, dari tak berubah terus kan kan. Jika selama ni di Dapur IbuCergas.com saya gunakan standard biasa pewarna makanan yang dibenarkan dalam industri makanan, saya ingin beranjak kepada baker yang lebih bertanggungjawab kepada badan sendiri. Ecewah. Ini adalah antara pilihan-pilihan yang boleh kita buat.

Kek paling utama yang saya kena ubah adalah Red Velvet Cake dan Rainbow Cake sebab kek lain macam tak ade pewarna sangat. Red Velvet terutamanya guna sampai 1 sudu besar (15 ml) pewarna makanan. Uhuhuhuhu… Rainbow Cake pulak, meskipun sedikit kuantitinya, tapi campur untuk 6 warna tu, lebih kurang 15 ml la jugak jawabnya.

Pencarian Pewarna Semulajadi Bermula

Untuk membuat warna merah semulajadi Red Velvet ni, saya perlukan Beetroot.

{focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic Ei6OtggmhnGrCNP7KQp1qAfdhlMqaUIVAt5FQoOw w600 h310 no

Inilah Beetroot. Saya baru kenal ia. Hahahahahah (^◡^ )

>

Tapi saya tak pernah nampak benda alah ni beli kat mana. Saya ni bukan jenis keluar rumah. Kalau nak pergi beli barang dapur pon, saya cuma pesan pada Bapa Cergas. Heehhe. Kadang-kadang pergi jugak pasar basah, tapi anak dan ayahnya tinggal jek kat rumah. Hannan bukan boleh dibawak jenjalan. So memang tak nampak lah benda-benda exotic dari oversea ni. Mujur berkat kawan-kawan FB, jumpalah saya dengan benda-benda organic ni. Haha.

Eh, Apa Beza Organic dan Semulajadi (Natural)? 

Semulajadi tak semestinya organik ya. Semulajadi ialah natural. Semulajadi adalah benda yang tumbuh sendiri, tanpa perlu ditambah apa-apa untuk pertumbuhannya. Makna kata kita tanam dia tanpa ada standard tertentu, ia tumbuh sesukahati nenek moyang dia. Tak ada standard yang akan pantau dan tak ada prosedur ikut apa-apa piawaian.

Organik pulak adalah bilamana tumbuhan atau haiwan tu dikontrol dari mana-mana bahan kimia yang memudaratkan. Semuanya terkontrol dan ada standard (terutamanya certified oleh kerajaan ataupun USRDA) untuk menandakan ianya organik.

{focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic 2014 12 13 2B13 vert

Hah, sakan membeli. Ada yg certified organic. Mango dan lemon tu tidak beli yg certified. Ngahaha. Aci tak kalau assume ia natural? kihkihkih:mrgreen: {focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic icon mrgreen

>

Macam Mana Nak Extrak Pewarna dari Bahan Makanan Ni? 

Bahan dah beli, so sekarang kita belajar step by stepnya. Saya belajar dari video ini. Tgk macam mudah, tapi bila nak buat kek dengan pewarna ni, memang rupenya bukan mudah. Saya dah try 3 kali untuk buat Red Velvet Cake dengan pewarna Beetroot ni. Susah wooo~!! Nanti saya terangkn di entry yg lain ya. Kita tengok video dulu.

(Maaf cengkelat tak buat video sendiri). Hehehee!!! :mrgreen: {focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic icon mrgreen

{focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic 2014 12 13 2B13So dah tengok video kan. Caranya mudah jek. Untuk buah berair, just guna Juice Extractor dan tanpa tambah air dan boleh keluar semua pati pewarna semulajadinya. Contohmya dalam gambar atas ni, Beeetroot, Lobak dan Mango tak perlu ditambahkan air. Kesemua pati pewarna adalan 100% dari buah/ sayur itu sendiri. Tapi untuk sawi dan juga kobis merah, perlu dikisar dengan air dahulu.

Masalah ialah bila dah tambah air, memang kurang pekat lah warnanya. So kenalah rebus sehingga semua air tersejat. Untuk warnakan buttercream, jika pewarna ini terlalu cair, konsistency buttercream akan berkurang. Kalau nak deco ros atau apa-apa bunga pun jadi susah. So memang sangat-sangat disarankan untuk jadikan pati pewarna ini cukup pekat.

Untuk buat kek juga, kalau pati pewarna ini terlalu cair, kita takkan dapat warna yang kita nakkan untuk kek tu. Kalau letak banyak pewarna yang cair pula, nanti konsistensi adunan pulak akan bertambah cair dan akan menjadikan kek bantat ataupun rosak (inilah yang jadi pada kek Red Velvet saya. Saya akan tunjukkan di lain entry)

So apa lagi, boleh lah experiment dengan semua jenis pewarna ni. Pancake, Waffle, Muffin, Cakes!

pewarna makanan semulajadi {focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic 2014 12 13 2B14

<

Oh ye dah terlanjur ke entry ini, apa kata tengok video bawah ini dahulu sampai habis. Ia adalah kisah bagaimana seorang ibu yang bersungguh-sungguh nak pastikan anaknya yang kerap sakit dan kurus kering mendapat khasiat secukupnya. Inilah sebabnya juga entry saya ni dibuat. Untuk berikan yang terbaik buat anak-anak, saya nak pastikan juga anak-anak tak makan pewarna tiruan. Meskipon mahal dan susah untuk membuat pewarna makanan dari sumber makanan (semulajadi @ organik) ni, tapi ini pilihan saya. Jika anak tak cukup khasiat, memang mudah terdedah pada jangkitan.

Ok, tunggu seterusnya.

1st projek, Beetroot Red Velvet Cake!

Stay tune!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} DIY Pewarna Makanan Semulajadi dan Organic pixel

You may also like...

1 Response

  1. Zakiah says:

    Salam.. Brp lama perwarna tersebut dpt bertahan semasa disimpan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.