Depression – Punca Kematian Robbin Williams

Semalam 12 Ogos 2014 kita dikhabarkan dengan kematian seorang pelakon bernama Robin Williams. Beliau mati pada umur 63 tahun dan di dikatakan telah membunuh diri akibat depression. Masa tengah dengar berita ni, saya tengah memandu. Sejujurnya saya tak kenal nama pelakon (^ ^) hoho. Saya kenal muka jek, tu pon tak la tahu all-the-list pelakon ini dan sekian-sekian apa-apa filem lakonannya. Asal kan best, boleh lah saya lekat tengok tv. Tu pon jarang sangat.

robin william {focus_keyword} Depression - Punca Kematian Robbin Williams robin william

Hari ini pulak, masa driving tengah dengar radio, Lite FM ceritakan pasal masalah depression ini. (ini sebenarnya nak yang nak jadi isi kandungan) Saya suka rancangan ini “On Nuts & Bolts with Paul J”.

Siapa Paul J ni?
Beliau ialah seorang Senior Lecturer di School of Medicine and Health Sciences dan juga merupakan seorang Consultant Clinical Psychologist di Sunway Medical Centre. Boleh tengok profile beliau di link ini (SILA KLIK). Setiap Rabu memang saya tak ketinggalan nak dengar celoteh beliau, sebabnya sangat best!

Kali ini mereka ceritakan dan kupas pasal masalah depression ni, bersempena dengan kematian pelakon Robin Williams ni. ramai sebenarnya tak tahu pun mereka mengalami depression. Berhati-hati, sebab jika melarat, inilah yang terjadi, sama ada bunuh diri, bunuh orang, ilusinasi dan sebagainya. Ngeri bukan?

<

Macam mana nak tau kita ni ada simptom-simptom depression sebenarnya?
Biasanya, bila dan depress, paling ketara ialah, kita akan rasa sedih, tertekan, rasa tak bermaya sokmo, tak happy selalu dan ada tanda-tanda berikut, yang berpanjangan seperti:

  1. Rasa serba-salah, tak dihargai, tak terdaya, dan rasa tak punya harapan
  2. Hilang minat dengan aktiviti biasa seharian termasuk hubungan sex
  3. Mengalami masalah untuk fokus dan masalah ingatan
  4. Sukar untuk tidur atau pun tidur terlalu banyak
  5. Perubahan pola pemakanan – sama ada gain weight ataupon boleh juga loose weight
  6. Penat, letih, kurang tenaga
  7. Kurang keinginan bercakap dan nak bergerak pon tak terdaya

…dan semua simptom ini berpanjang sehingga 2 minggu? Sila berjaga-jaga. Nauzubillah.

<

Depression atau tekanan ni banyak sangat puncanya. Kadang punca kecil juga boleh menjadikan depression yang maha hebat untuk sesetengah orang. Limit setiap individu itu berbeza. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Penderaan. Sama ada penderaan fizikal, emosi atau seksual. Semua ini boleh menyebabkan depression kepada seseorang itu di masa depannya jika tidak ditangani dengan baik.
  2. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan depression. Sebagai contoh, Accutane iaitu ubat untuk jerawat, boleh menyebabkan meningkatnya risiko depression.
  3. Kematian Orang tersayang. Kesedihan yang dialami dari kehilangan seseorang yang amat disayangi sememangnya boleh menyebabkan depression.
  4. Faktor Genetik. Sekiranya dalam sesebuah keluarga itu memang pernah ada ahli keluarga yang mengalami depression, maka memang tidak mustahil ia boeh diwarisi. Ini dipanggil sebagai genetics of psychiatric disorders.
  5. Perubahan dalam kehidupan, seperti dapat kerja baru, berkahwin, berpindah rumah dan sebagainya juga boleh mengundang kepada depression sebab kita akan cuba bertoleransi dengan sesuatu yang baru yang mungkin sangat berbeza dengan keadaan sebelum perubahan tersebut.

… dan sebagainya. Seprti mana yang saya cakap tadi, kadang-kala ada benda kecil bagi kita, ia sangat besar bagi orang lain dan boleh menyebabkan depression. So ia sangat subjektif.

Malah wanita lebih sangat mudah menghidap depression yang melibatkan hormon. Contohnya sewaktu mula akil baligh, period, mengandung, keguguran, dan menopause, semua ini sangat menyumbang kepada depression jika kita ta kawal ia dengan baik. Sekiranya depression sangat teruk, pergilah jumpe doktor dan mintak rawatan dan konsultansi.

<
Tips untuk elakkan depression

  1. Bersenam kerana bersenam bukan sahaja memperbaiki kesihatan fizikal, malah ia boleh erubah mood juga. Sudah tentu pilihlah aktiviti yang anda suka dan seronok, seperti berenang atau berkebun.
  2. Bermain dan bela binatang peliharaan
  3. Makan makanan yang sihat, banyak buah dan sayur serta bijirin penuh untuk boost kesihatan fizikal dan emosi
  4. Makan supplement yang kaya dengan Vitamin B12, omegaguard sebab ia sangat membantu menukar mood stress anda.
  5. Kurangankan pengambilan kafein sebab ia boleh membuatkan kita rasa lebih nervous dan resah. Malah kurang kafein bukan sahaja mengurangkan risiko depression, malah ia membantu tidur lebih lena juga.
  6. Jaga kesiahatan. Kalau banyak sangat sakit, memang depression pon akan menjadi-jadilah jawabnya.
  7. Dapatkan cahaya matahari yang mencukupi. Kegelapan memang sangat menyumbang kepada depression. Kegelapan membawa kesedihan. Gitu.
  8. Explore hobi dan kegemaran anda! Seperti melukis ke, memasak ke, membaking ke, menulis ke dan sebagainya. Melakukan perkara yang kita sukai memang sangat membantu menceriakan diri.
  9. Dapatkan tidur yang sangat berkualiti dan memuaskan. Jawa jadual waktu tidur yang betul. Kalau boleh konsisten setiap hari. Tidur yang sihat sangat bagus untuk tubuh dan mental.
  10. Elakkan alkohol dan dadah.
  11. Berhenti merokok!!!

depression 2-tile {focus_keyword} Depression - Punca Kematian Robbin Williams depression 2 tile

<

Sebagai Muslim, sepatutnya kita boleh sangat atasi stress ini. Balik kepada fitrah, balik kepada Allah. Tanya diri kita 3 soalan ini;

  1. Apa tujuan Allah jadikan kita di muka bumi ini?
  2. Apa usaha yang kita buat untuk capai matlamat dalam No 1 di atas ini?
  3. Bila kita meninggal dunia, apa yang kita nak tinggalkan?

>

Sungguh, kalau kita dapat jawab soalan di atas dengan lengkap tanpa ragu-ragu, insyaAllah memang kita tak depress langsung. Betul tak? Kalau diikutkan, siapa di dunia ni yang takde masalah? Semua orang ada. Tak perlu cakap;

“Awak takpe lah, awak tak begini dan begitu”
“Awak tak tahu, saya ni begini dan begini”

Sebab ape jua alasannya, ia tak boleh dijadikan tiket atau asbab untuk tidak menjadikan kita a better person than others, or a worse person than others. Kan? :-) {focus_keyword} Depression - Punca Kematian Robbin Williams icon smile Semoga kita tabah menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dan keep on positive. InsyaAllah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Depression - Punca Kematian Robbin Williams pixel

You may also like...

1 Response

  1. August 14, 2014

    […] Saya ada ceritakan tentang Depression atau Stress dan Kemurungan dalam entry DI SINI. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.