Demam, selsema dan picky eater

Assalam semua,

Bila mana Cik Iman sakit, dia ada perangai pelik sikit. Kalau demam, aktifnya bukan sikit2. Iman akan jadi super duper aktif. Memang sangat aktif tak terkata. Terkinja sana sini. Lari sana sini. Semua barang dicampaknya. Nangis tiada. Merengek juga tiada. Happy semacam dan menjerit2 kesukaan semacam. Memang pelik. Pernah suatu malam jam 1 pagi, Iman tersangat aktif sampai tak terkawal. Badannya macam panas. Minum susu punya banyak, tapi tidur tak mahu. Melompat2 atas katil…sehinggalah tiba2 muntah sebaldi!!! Muntah banyak tak terkira. Putih semuanya… (semua susu saya belaka). Habis cadar dan baju dan bantal-bantal semua. Tapi Iman tak nangis pun. Lepas muntah, dia siap gelak2, menyusu kembali dan tidur dengan lenanya. Esoknya, tentu sekali saya ambil emergency leave. Tak demam pun. Cuma muntah.

Genap umurnya setahun, Iman demam buat pertama kalinya, dan sangat lama. Hingus meleleh2. Pun begitu, Cik Iman tetap tidak merengek dan menangis. Cuma menjerit2 bila saya sedut hingusnya., dan bila disuapkan ubat. Alih2, Iman kebah demam, saya pula demam. Saya baik, Ayah Iman pula demam. Ayah Iman kebah demam, Iman demam kembali. Bertali arus, berantai2 demamnya. Hihi. 4 minggu ke hospital mintak ubat sebab ubat asyik habis jek. Sampai bila akhirnya saya penat dah  bagi ubat, demam Iman baik pula. Hish.

Isnin lepas Iman demam. Isnin masih cuti Hari Buruh. Masih belum menunjukkan tanda-tanda demam. Aktif seperti biasa. Malam itu, tiba-tiba hingus meleleh. Aiyo. Kene cari klinik. Alhamdulillah ada klinik 24 jam yang PMCare cover. Jimat~! =p Rutin berjalan seperti biasa. Selasa, giliran Ayah Iman pula demam. Terlantar sahaja tak bermaya. Dan hari ini, giliran saya pula. Kalau boleh saya tak mahu demam. Sebab saya perlu menjaga Iman dan uruskan hal ehwal rumah. Kalau saya demam, alamat semua kerja rumah tak bergerak. Iman mahu makan apa. Jadi saya kena kuat. Saya tak mahu demam. Alhamdulillah, walaupun demam, saya masih manage untuk uruskan Iman seharian. Kena juga menggagahkan diri.

>

Bayi demam dan air masak

Kalau kita orang dewasa batuk-batuk, doktor akan pesan supaya elakkan makan berminyak dan minumlah air masak banyak-banyak. Betul tak? Kalau baby demam? Perlu air masak banyak-banyak? Bila saya tanyakan soalan ini kepada doktor, mereka menyatakan tidak. Hanya perlukan susu ibu, bukannya air masak. Lega hati saya mendengarnya. Bukannya saya obses denagn penyusuan susu ibu. Cuma saya lebih percaya kata doktor berbanding kata-kata orang lain bila masuk bab kesihatan ni. Yelah, kalau kate doktor kita tak percaya, kita lebih percaya kata-kata orang, buat apa jumpa doktor ye tak? Tak payahlah ada doktor kalau macam tu.

Bahkan masih ramai tak percaya bahawa air masak yang berlebihan boleh menyebabkan sawan kepada bayi. Nauzubillah dan Wallahuaa’lam. Allah lebih mengetahui. Tapi tak salah kalau kita mengkaji dan banyakkan membaca kan? Even kalau orang dewasa sekalipun sebenarnya disarankan untuk minum air masak berdasarkan “Drink to Thirst” (boleh klik di sini untuk baca lebih lanjut). Means, badan sendiri akan menghantar signal pada badan supaya kita berasa haus. Haus itu adalah tanda badan memerlukan air, sebelum tanda-tanda terhidrasi. Secara optimumnya, minum air masak 3 liter sehari. Jika terlalu banyak air masak pula, kita boleh terkena Water Intoxication(Klik untuk baca) iaitu keracunan air di mana kepekatan elektrolit dalam badan berubah menjadi tidak seimbang yang mana boleh mengganggu fungsi otak. Saya tak pandai komen lebih-lebih dan tak mahu pula menjadi blog kontroversi. Cumanya memang ada kajian yang menyatakan terlebih beri air masak pada bayi boleh menyebabkan sawan. Alhamdulillah saya tidak memberi Iman air masak sehingga umurnya setahun. Bila cuaca panas, saya berikan susu saya sebanyak mungkin. (Tak pernah saya dengar lagi bayi yang sepenuhnya susu ibu, terkana sawan). Sepenuh susu ibu yang saya maksudkan ialah susu hanya susu ibu, tetapi masih menerima makanan lain untuk memberikan khasiat yang optimum bila bayi berusia 6 bulan ke atas. Bila Iman sudahpun setahun, saya berikan dia air masak, tidak pula menjadikan Iman seorang yang cerewet tak mahu minum air masak. Ok sahaja. Serious saya sangat sedih bila saya melawat seorang ibu yang baru melahirkan bayinya, saya terpandang botol susu yang berisi air masak. Katanya untuk bersihkan perut bayi sebab bayi masih berak kehijauan (Mekonium). Saya tidak cakap lebih-lebih padanya. Siapalah saya untuk menasihati orang lain. Sebenarnya meconium memang berwarna hijau, dan cara terbaik untuk bayi berak dengan sihat adalah dengan memberikan susu ibu semata-mata. Air masak boleh menyebabkan usus bayi terhakis. Sampai bilakah isu ini akan berlanjutan. Saya tak pasti. Entry ditulis untuk luahan hati sendiri.

>

Bila anak sudah pandai memilih makanan

Iman sudah boleh makan macam-macam. Cuma saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buatnya. Saya masih menyediakan homemade bubur nasi kepada Iman untuk dimakan 3 kali sehari. Cuma kadang-kadang Iman memilih sedikit. Semua ini terjadi sebab Iman mula berminat dengan makanan yang kami orang dewasa makan. Semua mahu dimintanya. Paling tak tahan, Iman suka kerepek2 yang keras2. Contoh, kerepek pisang, kerepek tempe. Saya kurang gemar dengan fenomena ini. Saya tak mahu ianya berterusan. Dan akhirnya saya memilih untuk memberikan Iman biskut sebagai kudapannya. Hihi! Tetapi……ada tetapi tau. Semua biskut itu hanya saya akan beri selepas Cik Iman makan kesemua buburnya. Hohohoh. Biskut pula, saya pilihkan yang less sugar, dan penuh dengan bijirin gandum dan oat. Paling Iman suka, Jacobs Weetameal. Oklah, since Iman pun dah berumur setahun sebulan. Asalkan tiada junk food, saya ok sahaja. So, sila jangan hulur junk food pada kami. Hihi.

Oh, berkenaan motor yang selalu bawa roti dan jajan petang2 tu, minta maaf ye, saya takkan beli. Sayangkan anak, jaga pemakanannya dari awal. Seperti bak kata Dr Zubaidi. Boleh baca selanjutnya di blog beliau.

Kadangkala saya gelihati melihat telatah ibubapa. Apabila saya memberitahu bahawa anak mereka harus mengurangkan “ayam goreng” dalam menu hidangan kerana berat badan yang berlebihan, ibubapa akan berpaling ke arah anak mereka dan menyalahkan mereka pula.

“Dengar tu Daniel, lepas ni tak boleh makan KFC lagi..berat badan dah naik.”

“Tu lah Syafiq, mama dah cakap. Tak nak dengar…”

Saya tergamam mendengar reaksi itu. Bukankah ibubapa yang seharusnya mengatur pemakanan anak-anak mereka? Bukankah ibubapa yang membawa anak-anak ke KFC dan McDonald lalu memesan makanan di kaunter restoran itu? Bukankah ibubapa yang mengeluarkan wang?

Bukan saya yang cakap ye. Doktor yang cakap. Semoga saya lebih tabah dalam memberikan makanan yang berkhasiat buat anak-anak saya kelak. InsyaAllah.

>

>

{focus_keyword} Demam, selsema dan picky eater P1040379aSuka epal. Alhamdulillah.
>

>

{focus_keyword} Demam, selsema dan picky eater P1040381aHabis dikongkangnya epal tu.

>

>

{focus_keyword} Demam, selsema dan picky eater P1040340aMakan jagung pulak.

>

>

Macam mana cerita ibu lain pasal makanan anak2? Boleh share?

>

>

>

Salam sayang,

Mama Iman

<

<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Demam, selsema dan picky eater pixel

You may also like...

10 Responses

  1. Farida says:

    ohh..topik ni mmg kena dgn situasi sy skrg..huhu.pening2..nk ditelan mati mak, nak diluah mati bapak.kena jaga hati orang yg tersayang..kat blog sendiri tak boleh luah, kat blog mama iman sy luahkan..hehe..anak sy ni adalah cucu sulung sebelah hubby..mmg selalu jadi rebutan la..huhu…dan alhamdulillah sudah hampir 9 bulan fully BF…adalah saudara terdekat husband sy tu kalo dtg melawat seboleh2 mau disua sebotol air masak..dikatanye bdk 9 bulan tu dah besar..tak cukup dgn susu aje..nanti dehydrated…pulak tu, baru2 ni anak sy demam..pastu dia ckp..ohh..dah kata..dehydrated la tu..ee geramm….sy tau la dia seorang lecturer..tapi sy ibunye..berusaha buat research macam2 info pasal baby ni.geram.geram..dia jugak mcm susah hati sgt tgk sy BF anak sy..dok tya2 la husband sampai bila nk BF..suggest beli susu2 yg bg anak cerdik la..apa la..sy akui dulu ada buat kesilapan masa awal2 baby lahir bg air zam zam..kalo sikit takpe kan..ni selalu standby sebotol..tapi sy bersyukur, seawal usia seminggu anak sy dah pandai tolak air..dia akan luahkan sampai basah2 baju kalo disuakan air..yg masuk hanya sikit je..lepas sy tau pasal ni..sy mmg tak bg air masak dah..tapi bila dah start mkn mmg bagilah sehirup dua..basuh mulut je..hehe..dia pun tak minum byk..dia suka susu je..lebih2 lagi direct..huhu..tapi semenjak start mkn ni..dia kurang sgt2 minum ebm tu..tu yg risau y dibuatnye..kdg2 pengasuh kata minum 1-3 oz je masa tgal dgn dia..tapi kalo direct takde masalah pulak..nasiblah sy sekarang start mei sudah jd fulltime housewife(sblm ni wat master by research..skrg tgh cari keje..huhu)..so, mmg direct je la skrg.risau pulak bila dpt keja nanti dia dah tanak ebm..huhu..mintak maaf melalut pjg lebar di sini.isu pun tnggang langgang dah.hehe..tumpang meluah perasaan demi menjaga hati insan tersayang..huhuhu..haii..apalah nk dibuat dgn org bijak pandai ni..???huhuhu.. :(

    • Mama Iman says:

      tahniah sbb masih BF. Biarkan sahaja mereka. Saya mmg degil dan jenis keras kepala. mmg saya bidas depan2. Agak kurang aja. Tap say cakap, “alah, gemok ke, kurus ke sihat ke, yg org salahkan tetap maknya jugak”. terdiam diorg. skrg bila ckp psl BF, mmg x de siapa berani lawan saya. Alhamdulillah. anak dah setahun dan siap ada anak susuan. diam itu tanda bijak. nnti diorg tgk, siapa betul siapa salah. masa anak saya 5, 6 bulan, macam2 nak disuapnya kepada anak saya. air sirapla, air oren la..saya cakap “hep hep, jgn memandai okeh~!!!”. Haha..gila kurang aja. tp akhirnya diorg hormati keputusan saya. Kita sebagai emak, kita kene kuat. Kalao x, org pijak kita. lainlah kalau yg ckp tu doktor. ni doktor tak bertauliah yg cakap. kalo ape2 jd kat anak kita, diorg ke yg susah? senang2, ckp jek. doktor x bg! ada kompilasi lain kalo bagi. huahauahu. saya juga teknik tu. mmg berkesan. hihi!.

  2. intan says:

    salam,
    saya pun alamai situasi yg sama…. hihihi..mmg nasib ibu yg cuba fully bf anak ni cmnni lah kot ye..kene tabah and ‘keraskan kepala’ demi bagi yg terbaik buat anak.
    farha, saya nk tnya.. bila kite start bagi solid,let say saya wat bubur nasi kosong + breastmilk je utk starting..berapa jam ye bleh tahan? how about puree buah/sayur + bubur nasi tu..penah tak farha alama situasi food tu basi?
    Thanks in advace for your answer. 😀

    • Mama Iman says:

      berapa jam boleh tahan, hurm…saya hanya campurkan susu tu bila nak suap sahaja. so, means abes die makan @ dia dah kenyang, saya discard sahaja =) x pnh masak terus letak susu ibu dalam bubur. apa yang saya praktiskan ialah, saya hangatkan bubur, dan campurkan sahaja ebm yg dalam peti ais tu. so, otomatik bubur dan susu sedang2 sahaja suhunya =)

      pasal puree buah + sayur tu, semuanya pun saya campur dalam bubur nasi dan ditambah dgn susu ibu =D
      situasi food basi? belum pnh ade..hihi..utk mkn malam (7 mlm), pagi2 tu saya dah asingkan bubur anak saya, masukkan dalam peti ais. ptg tu saya masukkan warmer dgn susu ibu sekali =p

      sampai anak 8 bulan, makanannya semua campur susu ibu…hihi

  3. ikin sis says:

    saya BF anak jugak,tp br2 ni berat anak penah la cecah merah (obes) tp ank sy xmkn lain..FULLY BF!! akk ipar siap ckp ikin bnyak mkn bergula kot,susu jd bergula..sy xtaw ape pasaan saya bile dikata gtu..erm..cm terpinga2 lak….ni nk kata aku salah ke ape nih??(@.@)

    • Mama Iman says:

      hish….tidaklah gtu…senyum jek…jgn risau baby tembam sgt sbb BF…nanti bila die da start jalan, lari, slim jadinya tau…=) yng penting sihat.. =)

  4. tutyrahiza says:

    Salam Mama Iman,

    Baru mahu anta email tup2 tgk ade jawapan kat comment sini..Ari ni 1st day bagi Amni solid food..baru masuk 6 bulan..sy buat plain porridge..blend n tapis lagi..

    bila suapkan amni wat muka pelik..kompem la kan sbb takde perasa langsung..boleh yea letak terus EBM tu masa 1st meal ni..

    lepas tu kan, sequent makan tu mcm mane yea..kiranya patut df dulu baru bagi makan atau makan baru df..sy ade bagi 1-2 sudu kecik air masak tapi tu pun dikuarkan balik..

    minta nasihat k..mungkin akan anta email etc..thanks..

  5. Mama Iman says:

    Salam,
    Kenapa ye beri dulu air masak sebelum beri bubur?

    Saya bg je iman menyusu kenyang dulu… sebab 1st meal kn..baru nak rasa2 jek.
    Mula2 beri iman bubur nasi cair + ebm..mmg buat muka pelik gak..tp terima gak 2,3 sudu..
    Pastu saya cuba letak kurma + ebm + nasik…suka..bersudu2..sbb rasa manis.. hahaha

    So, mmg kurma antara yang wajib setiap hari sebelum saya tambah bayam, brokoli, dan sebagainya =)
    Makanan iman berwarna warni setiap hari lain2 =D

  6. tutyrahiza says:

    salam,

    tq utk jawapan..

    sy tak bagi amni air masak dulu b4 bubur..lepas 1-2 sudu bubur, bagi la 1 sudu air masak..

    k, malam ni nak try letak EBM sikit..

    kurma tu mmg ada banyak gak lebihan ramadhan tu..boleh cuba gak.,.

    btw, sy tak dapat tgk gambar kat entry kesalahan semasa sediakan puree..

  7. Mama Iman says:

    uhuh…tq very much for the feedback tutyrahiza..
    dah betulkan dah…ade la error mase editing entry dulu tu.. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.