Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat?

Salam,

Minggu cuti Raya Cina adalah minggu yang agak memenatkan, namun membahagiakan. Banyak perjalanan, banyak juga kekeluargaan. Serta persahabatan. Hihi. Khamis kami ke Batu Pahat. Menaiki 2 kereta. Tu, kereta dipandu di hadapan Ayah Iman ialah kereta Atok Iman. Hihi. Tak muat nak masuk semua. Jumaat selepas Solat Jumaat kami bertolak balik ke Shah Alam. Kemudian pagi-pagi Sabtu pula bertolak ke Bagan Serai Perak untuk Walimah sahabat baik Mama Iman, Auntie Jita kepada Cik Iman.

{focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? P1030114 1

Ayah duduk sorang-sorang di hadapan, kesunyian. Hihi. Mama dengan Iman di belakang. Iman tidur sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Susukan Iman sampai kenyang, kemudian pindahkan ke car seat, Walla! Memang selesa Iman tidur.

{focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? P1030118aIkat anak anda ketat-ketat di car seat ok. hehe.

Jikalau anak-anak anda masih bayi, bawakan car seat supaya mereka selesa di dalam perjalanan yang jauh. Alhamdulillah meskipun Mama dan Ayah kepenatan, Iman tetap ceria dan rasanya sangat ceria walaupun dalam perjalanan yang jauh, kerana Iman mendapat rehat yang cukup dan tidur dengan selesa. Jangan sesekali pangku anak anda dan anda sekali tertidur tahu!. Ia amat bahaya ok. Lagi-lagi kalau bawak laju-laju di lebuh raya. Ishk. :cry: {focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? icon cry

{focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? P1030133 1Banjir di sana sini sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Syukur alhamdulillah rumah kami dan rumah Atok di kampung tidak pernah dinaiki air.

Tiada gambar di kampung. Huhu. Lupa.

Ini pula kisah persahabatan. Auntie Jita kenalan saya semasa di USM, antara wanita paling gigih dan tabah pernah saya jumpa. Alhamdulillah, syukur sangat Jita selamat menjadi isteri orang. Macam mana pun memang kena sampai juga ke Bagan Serai, tak perlu ada alasan untuk tidak pergi. Kerana Jita adalah antara orang yang betul2 memberi kesan ke dalam jiwa saya. Selamat maju jaya Jita. Angah doakan Jita bahagia sampai bila-bila. Semoga kita terus bersahabat sampai bila-bila. Amin.

{focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? P1030145

Saya suka bila orang kata saya dah kurus. Hihi!! Tahniah Iqa for 2nd baby yang dikandung. Hihi. Pa’a tnggu Iman 2 tahun dulu.

Perjalanan jauh kali ini membuatkan saya sangat-sangat penat, tapi sedaya upaya saya buat diri saya tersenyum. Hihi. Maklumlah, ada anak, kena lah tunjuk baik sentiasa depan anak. Ngahahaha. Pening kepala saya tak terkira. Macam mahu pecah kepala. Syukur Iman tak banyak meragam dan cuma tidur dengan lenanya di dalam kereta. Ringan sikit beban. Sebabnya saya demam urat. Pertama kali saya mengalami sendiri kesesakan teruk di highway. Selama ini di USM, apabila bercuti, laluan saya sentiasa melawan arus kesesakan musim perayaan. Tatkala orang berpusu-pusu ke Utara, saya pulang ke Ibu Kota. Tatkala cuti perayaan habis dan mahu pulang ke Ibu kota, saya melawan arus ke Utara. Memang bahagia. Tak sangka, hukum alam, saya juga melalui kesesakan jalan raya. Hihi.

Kenduri Jita di Bagan Serai hanya mampu dihadiri selama 30 minit kerana Iman sudah ehem..ehem..maka saya terpaksa balik.  Saya juga tidak mampu makan kerana keadaan badan yang tidak berapa sihat. Mana tahu terperangkap di kesesakan jalan raya selama 7 jam! Uwaaa!! Sakit badan!! :cry: {focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? icon cryBertolak dari Bagai Serai jam 3 petang, sampai ke Shah Alam pukul 10 malam. Terus demam teruk, saya langsung tak lalu makan. Badan terlalu lemah. Dan akhirnya saya tertidur tanpa makan langsung sepanjang hari. Hanya minum air kelapa sekadar alas perut.

Sesampai di rumah, mujur ada Hazeeq, Atok Abah, Atok Ibu, dan Angah melayan Iman. Sebab Iman super duper aktif di kala mamanya demam. Alhamdulillah. Inilah demam kali ke 5 mama, dan Iman kekal sihat.

Ayah Iman cakap, cuti sempena perayaan adalah sebenarnya cuti untuk penat, bukan cuti untuk rehat. Jika mahukan cuti untuk rehat, ambil mana-mana hari bekerja biasa, dan ambillah cuti seminggu melancong. Bebas dari kesesakan lalu-lintas, dan percutian anda akan lebih menyeronokkan. Malangnya ini hanya boleh diaplikasikan oleh ibu bapa yang punyai anak yang kecil sahaja. Haha. Once anak dah ke sekolah, sorry la ye.

Ok abang, mana destinasi honeymoon? :mrgreen: {focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? icon mrgreen

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cuti Untuk Rehat? @ Cuti Untuk Penat? pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.