Cupcake Pertama Setelah Bergelar Ibu

Salam semua,

Ceritera hujung minggu.. baking. Requested by Cik Aan kepada Iman. Huu….sponsored by her also =D. So, saya tukang buat dan tukang makan. Cik Aan mintak cuppies dan cheesecake. untuk buat cheesecake, senang sahaja, resepi dah revealed kat sini. Untuk resepi cupcake, belum revealed lagi. Huuu…sesiapa yang menantikan ke’reveal’an nya, sabar ye. Belum berkesempatan.

Tak sangka, setelah bergelar ibu, membuat kek yang dahulukan pantas dan cekap, kini mengambil masa 2 kali ganda lebih lama. Yelah kan, tiba-tiba nak sediakan bahan-bahan, Iman merengek nak cik nen. Tengah bakar-bakar kek, tiba-tiba Iman buat ‘kuih’ dan nak mandi sekali. Tengah nak sapu kek dengan krim, Iman dok tolong sapu krim kat lantai, muka, baju. Fuh…memang cabaran.

Satu lagi, sebelum memulakan aktiviti membuat kek, tengok bahan-bahan stok yang telah sekian lama ditinggalkan. Omak aih, banyak gila yang dah expired. Hahahahaa.. Kenelah buang semua. Takkan nak guna. Haru je. Tulah, hangat-hangat tahi ayam nak buat bisnes kek konon. Sila merujuk di sini (yang hanya tinggal kenangan). Maklumlah, kami tinggal pindah randah, seminggu Meru, seminggu Shah Alam. Makanya, selagi tidak duduk di rumah sendiri, menyepi sahajalah dari aktiviti membuat kek ni. Lawyer kata 6 bulan lagi baru dapat pindah. Haiyo…owner asal tak buat betul-betul urusan dengan PKNS. Lembab betul proses pindah milik rumah. Geram!

Oh, melalut. berbalik kepada aktiviti membuat kek tadi, layankan hasilnya =) Cuma buat seringkas yang boleh, dek kerana ada si budak kecil itu. Huhuhu……

{focus_keyword} Cupcake Pertama Setelah Bergelar Ibu P1020545aInside the cheesecake =)
{focus_keyword} Cupcake Pertama Setelah Bergelar Ibu P1020544aSepotong cheesecake penuh kasih sayang buat Ayah Iman. Siap dengan sebiji ceri lagi. Kekekek…
{focus_keyword} Cupcake Pertama Setelah Bergelar Ibu P1020563aTada…..cuppies, setelah sekian lama menyepi.


{focus_keyword} Cupcake Pertama Setelah Bergelar Ibu P1020560aSaya sangat suka paper cup gigi-gigi ni. Tak uska jenis paper cup shuffle.
{focus_keyword} Cupcake Pertama Setelah Bergelar Ibu P1020583aYang ni versi malas. Tepek krim putih tebal2, malas nak ratakan, pastu letak bunga. Siap.
Bagaimana hari minggu anda? =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cupcake Pertama Setelah Bergelar Ibu pixel

You may also like...

4 Responses

  1. Cery says:

    cutenye kek..nakk

  2. Pa'a Wawa says:

    heee…nnti kalo sy da dok umah sendiri, jemputla dtg umah..sy watkan kek =)

  3. nurul says:

    comelnye bunge.. blh tak bg resepi buat krim ats cupcake tu… cantik, berkilat2.. teringin nak buat. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.