CSF – Cerebrospinal Fluid

12th September 2013, jam 730 malam.

Bermula lah aktiviti soal menyoal dan interview dari doktor. Bermula dengan doktor pelatih, kemudian doktor senior. Dan akhir sekali, doktor pakar kanak2 serbu saya. Dengan doktor pakar tu memang kena ceramah la macam-macam. Saya terasa macam kena VIVA la pulak dengan soalan bertubi2. Time tu jugaklah saya sign surat kebenaran untuk prosedur LP untuk cek CSF (Cerebrospinal fluid – air tulang belakang) Hannan. Esoknya pukul 11 pagi. Lagi cepat lagi bagus supaya dapat tahu apa rawatan paling sesuai buat Hannan.

20130920-155028.jpg {focus_keyword} CSF - Cerebrospinal Fluid 20130920 155028

Saya juga diterangkan jelas mengapa prosedur itu diperlukan. Dan saya memang bersedia. Kalau tak, memang takkan tahu apa punca sawan Hannan. Simple prosedur jek sebenarnya. Tapi menjadi taboo dalam masyarakat kita, kunonnya kalau ambil air tulang belakang, nanti kite akan lumpuh. Heheeeheheh.

13th September 2013, jam 1130 pagi

Hannan diambil untuk prosedurn LP. Ala, masukkan jarum dan ambil keluar air dari tulang belakang tu je. Simple. Tapi opkos la hanya doktor pakar yang buat. Heehehehhehe. Haa, yang paling syok, sample tu kawan saya di Jabatan Patology yang akan testkan. So senang la nak paham sikit nanti bila kawan terangkan. Ngeee.. Maklumlah, biologi saya dulu teruk. Kalau tere, lama dah jadi doktor. Hehe.

So alhamdulillah petang tu keputusan pun keluar. Kandungan glucose agak rendah, tapi bacaan untuk kehadiran virus atau bakteria, adalah negative. Syukur alhamdulillah. Tapi doktor kata bacaan glucose tu rendah sebab pernah adanya kehadiran bakteria dalam CSF tadi. Tapi sebab dah 4 hari treatment dengan antibiotik di KPJ, mungkin dah berkesan dan treated. Apa pun, memang Hannan improves a lot. No more fever, no more fits. Kalau tak, memang constant jek 38 Celcius demamnya. Syukur alhamdulillah.

Tapi masih menunggu keputusan blood culture pulak. Kat KPJ pon ada buat. Kat sini pon ada buat. So tunggu jek la sambil Hannan diberi antibiotik. Memang lama antibiotik tu, 10 – 14 hari. Tapi takpe, asalkan semuanya sihat, insyaAllah.

Dari tingkat 8c wad peadiatrik, kami turun ke wad 7a pula. Maksudnya kes dah tak kritikal. Tinggal monitoring jek. Sekali tiba2 masuk bayi 3 bulan pon kena kes yang sama – meningitis! Sawan juga sampai lembik katanya. Seriau betul bila bayi kecil sawan. Tapi ibu ini tak nak duduk hospital, sebab dia bukan warganegara dan bayaran hospital akan jadi sangat mahal. Gadoh punya gadoh dengan doktor, akhirnya dia pun keluar hospital dan tanda tangan surat yang menyatakan pihak hospital takkan bertanggungjawab jika apa-apa terjadi kepada anak nya.

Lepaklah kami di wad sambil rehat2. Cuti bersalin pun dah habis. Sambunglah cuti tahunan. Kami lihat pesakit keluar masuk. Sampai la ada kanak-kanak ni batuk, selsema dan lelah, Hannan terjangkit pulak. Haih. Akhirnya doktor kuarantin kan kami dalam bilik seorang.

Ok, Hannan dah tiada apa-apa dah. No more series of fits. No more series of fever. Just for the sake of completing her antibiotics.

20130920-155345.jpg {focus_keyword} CSF - Cerebrospinal Fluid 20130920 155345

Ops.. Ini sekadar cerita perkongsian dan pengalaman saya menghadapi anak sawan dan kebarangkalian yang mungkin terjadi bila rawatan lanjut tidak diperolehi. Jangan main dengar cakap2 orang sahaja bila anak kita masuk kes-kes macam ni.

Jangan kata “Ala, anak kawan tu sawan lepas tu ok jek tak jadi apa-apa”

Jangan kata “Ala, abangnya umur 3 tahun sawan jugak tapi ok ajek”

Anak saya newborn, anak awak 3 bulan. Anak orang lain 3,4 tahun. Umur berbeza, simpton berbeza.

Anda tak tahu apa yang menyerang anak kawan anda, dan apa pula yang menyerang anak anda. Bakteria pon maybe tak sama, virus juga mungkin tak sama.

Scare tactics?

Jika scare tactics itu menyelamatkan nyawa anak saya, apa salahnya.

Jika scare tactics itu menyelamatkan anak saya dari brain damage, brain retardation, apa salahnya.

Jangan main2 dengan sawan. It can be anything that cause it.

Saya tak sanggup tak dapatkan rawatan bila mana anak saya dah sawan sebegitu rupa.

Saya juga tak sanggup menanggung penyesalan jika saya buat tak tahu sahaja dan biarkan Hannan begitu tanpa rawatan.

Ini pilihan saya, dan alhamdulillah Hannan sihat. Terima kasih atas doa kalian. Pengalaman ini mengajar saya banyak perkara. Dan yang paling penting, bersangka baik dengan Allah :) {focus_keyword} CSF - Cerebrospinal Fluid simple smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} CSF - Cerebrospinal Fluid pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.