Cerita tentang Eczema dan Tips Penting

Salam,

Dah tiba masanya saya bercerita tentang Eczema yang dialami oleh Cik Iman setelah berminggu-minggu mencari punca dan penyebab yang menjadikan punca penyakit ini pada Iman.

Pada asalnya, selama Iman berumur sebulan sehinggalah setahun, Iman mempunyai kulit yang gebu dan licin sebagaimana bayi-bayi lain. Umur setahun, saya mula perhatikan yang Iman suka menggaru badannya tanpa sebab. Bila saya belek-belek, bukannya ada gigitan nyamuk pun. Bukannya ada sengatan serannga pun. Even bukannya ada kesan merah ruam sekalipun. Nothing. Pelik (Saya mula garu pala sendiri).

Hari demi hari, saya mula nampak pelepat antara siku Iman mula memerah seakan ruam. Eczema ada banyak jenis. Tak larat nak google. Ni nak cerita jenis eczema yang Iman alami. Eczema yang ada pada Iman adalah macam ruam-ruam kecil dan kadangkala ada berisi cecair berwarna kuning di dalamnya. Ia lebih seakan ruam. Syukur tak seteruk eczema yang saya google2. Alhamdulillah..syukur sangat. Be as positive as I can. Huhu.

>

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting DSC00199   {focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting DSC00198

Bila umurnya menjangkau setahun 6 bulan, ia bertambah teruk. Saya perhatikan Iman menggaru sampai calar-balar muka, kaki dan tangan. Siapa cakap saya tak sedih. Siapa cakap saya tak risau. Orang suka sangat bagi nasihat yang bukan-bukan suruh itu ini buat itu ini.

So, kalau nak nasihat yang panjang lebar tu, selalunya saya dengar sambil senyum je. Sebab ada kebarangkalian hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hehe. Kalau yang berlandaskan Hadis dan Quran, insyaAllah saya terima dengan lapang dada. Tapi kalau ada unsur2 khurafat dan tahyul tah dari mana datangnya, main cedok orang sana sini, saya minta maaf ya. Selain dari ubat yang Allah bagi melalui hadis dan Quran, saya lebih percaya pada doktor. Kalau tak percaya doktor, lainkali jangan jumpa doktor, dan jangan percaya doktor. Research dah banyak doktor2 ni buat, so, kalau tak percaya, silalah jadi doktor tak bertauliah untuk diri sendiri okey. Hehe.

Ada juga yang macam nak kata saya tak pandai jaga anak. Sigh. Sedih hati mendengar kata-kata seperti itu. Siapa kita nak kondem orang kan. Takut terpatah balik ke diri sendiri. Siapa kat sini berani angkat tangan cakap diri dah jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak? Wooo…saya tak berani. Takkan berani. Tapi saya masih berusaha nak jadi ibu yang terbaik.

Bila jumpa pediatric, saya tanya soalan bertalu2 pasal eczema Iman ni. Huh. Dapat jawapan yang saya langsung tak expect. Nampak sangat tak banyak baca. Haha. Ok, ada faktor keturunan juga yang mempengaruhi kewujudan eczema. Dan saya sendiri rupanya ada eczema. Nenek Cik Iman ada eczema. Dan Adik saya ada lelah. Tak kurang juga Atok Abah kepada Cik Iman..pun punya eczema. Haha!!!Keturunan  ok, keturunan! It just unfortunate for us to have this kind of disease. Terdapat benda @ perkara-perkara yang boleh trigger eczema dan lelah ni. Antaranya ialah makanan yang gatal-gatal, habuk dan debu, alahan pada binatang, alahan pada bunga, dan sebagainya. Apa-apa pun, syukurlah kerana ia hanya minor eczema dan bukannya penyakit lain yang teruk dan mengancam nyawa. Alhamdulillah.

Eczema Mama Iman Saya mula gatal2 merenyam satu badan ketika umur saya 21 tahun. Masa tu tahun akhir di universiti. Tak tahu macam mana, gatal yang saya alami sangat kritikal sampai saya langsung tak boleh tidur dan rasa nak jerit sekuat hati je masa tu. Bila baring sahaja, saya dapat rasakan yang rasa merenyam tu naik dari kaki sampai ke atas. Badan bulak tumbuh macam gelgata besar2 punya. Scientific name die adalah Urticaria @ Hives. Merah menyala2, dan teramatlah gatal. Rasa macam nak gesel2 kat pintu pon ada. Ahahahaha. Mujur ia tak tinggal kesan pada kulit. Lepas baik, kulit jadi seperti sedia kala. Syukur.

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting Hives

Sumber: http://www.medicinenet.com/hives/article.htm

>

Pergh…memang kuat ujian Allah bagi waktu tu. Roomate junior saya sampai kata “Kulit akak second-had”. Cis sungguh. Sedangkan saya ni jenis yang basuh baju setiap hari. Sewaktu di universiti dahulu, menyental baju pakai tangan setiap hari tau! Comforter dan cadar setiap minggu hantar dobi. Dek kerana tak tahan, saya akhirnya rendam cadar dan baju2 saya menggunakan air panas, dan kemudian jemur directly bawah cahaya matahari. Sekali gatal merenyam saya baik daaaa.. Sah, saya tak boleh kotor, saya tak boleh ada habuk, dan saya terpaksa jadi seorang yang super hygienic. Haha. Dan sah, ada asbab musabab dalam bilik tu yang menjadikan badan saya tak tahan lagi pada environmentnya. Hee..biarlah rahsia kerana tak baik buka pekung dada orang =D. Tapi itulah, selepas saya ditrigger dan menghidap eczema ni, saya menjadi lebih perbersih, terutamanya yang melibatkan apa2 bentuk pemakaian di atas tubuh, seperti cadar, selimut, kusyen, baju dan tuala. Takde can nak pakai re-cycle baju. Well, still can have the positive effect right? Heee. Tak boleh malas2.

Sekali rupanya after deep investigation, apa yang sama alami sebijik sama dengan apa yang mak saya alami sewaktu zaman anak dara dulu. Nak tau ubatnya? Kahwin. Hahaha. Ye, lepas kahwin eczema saya kurang sikit. Masih ada, cuma kurang sikit. Sebab dah kurang “gatei”nya =p.

Alahan yang dialami adik saya Acop, memang allergik sungguh lah pada makanan laut seperti udang, ketam dan sesetengah jenis ikan. So, kalau katakan saya buat jompot2 tepung tu, mesti ade at least 2 version. Versi tanpa udang dan versi ada udang. Cerewet sikit dalam penyediaan makanannya. Apakan daya. Kalau dilanggar, kejap lagi ada mulut orang tu jadi menjuir besar dan overdose seksi. Lebih teruk dan mengancam nyawa ialah, saluran pernafasan Acop akan menyempit dan menyebabkannya sukar bernafas. Dan lelah yang acop alami juga agak serius. So, sampai sekarang adik saya itu takkan suka makan di luar kerana khauatir mati di tangan tukang masak yang amik remeh-temeh tang hal allergik ni. Haha.

Eczema Iman Eczema Iman lebih kurang macam saya punya. Cuma Iman tak tumbuh gelgata atau hives. Iman bukan setakat tak boleh habuk @ cadar, @ selimut lama, malah Iman tak boleh berpeluh!. Bila berpeluh, kuman muncul, Iman akan garu2 dan kuman akan masuk dalam kesan-kesan calar yang Iman buat. Iman juga tak boleh mandi pakai sabun biasa. Sabun Iman adalah Sebamed. Iman tumbuh ruam siap ada nanah @ cecair dalam ruam tu. Cecair @ nanah tu muncul bilamana rashes yang digaru tadi dimasuki kuman. Kalau sampai dah masuk kuman, no choice, memang kena pakai ubat yang steroid based (ye, saya tau tak elok). Tapi kita juga tak nak anak menderita sakit. So, pakai ikut yang doktor sarankan ya. . Contoh macam Fucicort, H-cort dan -cort2 yang lain. Ianya digunakan 2 atau 3 kali sehari untuk meredakan bengkak di mana bakteria dah pun wujud pada kulit yang kena eczema tadi.

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting 2Q

Kalau katakan ruam Iman terlampau teruk sehingga ke tangan dan kaki, doktor akan berikan Antihistamine. Antihistamine ni akan bertindak untuk mengawal sistem immune badan yang keluarkan histamine apabila badan kita ditrigger oleh agent allergik tadi. Senang kata, antihistamine ni akan kurangkan penghasilan histamine dalam badan kita. Contoh antihistamine yang selalu saya perolehi untuk Iman ialah Atarax (hydroxyzine), Claritin (loratadine), dan Zyrtec (certirizine).

Tips untuk mengurangkan Eczema @ Allergik.

  1. Cari punca yang trigger eczema @ allergik anda. Bila dah jumpa, elakkan untuk bergaul dengannya. Kalau allergik habuk, rajin2 lah basuh cadar, selimut, towel & etc.
  2. Gunalah sabun yang khas untuk orang yang allergik. Jangan guna sabun basuh baju yang brbuih banyak. Ia bukan sahaja tak elok untuk alam sekitar (non-degradable), malah boleh merengsakan kulit. Contoh sabun adalah jenama Pureen yang amat sesuai untuk bayi dan anda.

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting images q tbn ANd9GcQlrlSXdjYnbjhal39aFankizdaB7WpXFc7ml5vg9UJ8ULzA9a1

  1. Minimumkan mandi. Kalau mandi, jangan guna sabun yang banyak buih. Sebab kulit akan jadi lebih kering. Bila kering, kulit akan rasa gatal selalu. So, kita akan tend untuk garu. Bila garu, kuman pun masuk. Jadi, pakailah sabun yang khas untuk kulit yang sensitive. Biasanya mahal sikitlah. Nak buat macam mana kan.
  2. Kalau mandi tu, biarlah dengan air suam. Bukannya air sejuk atau air super duper panas. Saya suka mandi air panas, rupanya hive saya akan bertambah teruk bila kena air panas. Kalau boleh rendam lah lama sikit dalam bathtub sampai kulit tu macam kecut2 sikit. Tujuannya nak air masuk sikit dalam kulit. Bila  kulit lembab, ia tak kering, dan tak prone untuk gatal.
  3. Lepas mandi, jangan gosok kuat2 dengan towel. Sebaiknya dab2 sahaja pelan2 atas tubuh. Sebab kita tak nak kehilangan air dari kulit tadi. Kemudian terus sapukan dengan Aqueous- based krim. Tujuannya ialah untuk memerangkap kelembapan dalam kulit tadi.  Dalam blog Dr Zubaidi ada terangkan pasal cream ni. Boleh refer sini. http://drzubaidi.com/blog/?p=2119
  4. Alternative lain kepada Aqueous-based krim adalah minyak zaitun sebagaimana yang diterangkan oleh Dr Zubaidi ya.

Semoga membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting pixel

You may also like...

11 Responses

  1. ida.z says:

    Alolo..kesian Iman..bagusla dah tau ape yagn trigger eczema tu. Anak akak yg Nazif pun masa umur2 Iman lah teruk kena eczema..mmg krim/bath shower macam2 jenis kitorang try. Mcm Nazif more to food dan peluh..dan plg sadis tak leh makan telur, seafood dan kacang..tapi Alhamdulilah bila makin besar ni dah kurangla..maybe sbb system immune dah mkn baik..So, hopefully Iman nanti akan get better.

  2. deq sue says:

    alhamdullilah… dapat ilmu yg brmanafaat. boleh mambantu masalah ruam anak saya. kena jadi csi kat umah petang kang.. thanks 😀

  3. mamaujie says:

    terima kasih banyak2 pd mama iman…info yang sgt2 membantu. terima kasih…

  4. sha myheart says:

    terima kasih kongsi cerita dan tips bguna.
    Sha pn bru tau ada eczema. Igtkn kena ring worm. Mmg sedap bl dpt garu tp gatal balik. Geram kat gatal tu, sb tu garu. Tp bl garu, makin teruk la. Haha.

    Dlu sha pnah dpt eczema gatal2 ni. Petuanya sha xgaru tp gosok shj. Kdg2 lepas geram kat bantal. Garu bantal. Lama2 ok la.

  5. Hadi Hashim says:

    Pulihkan Eczema Anda Dalam Tempoh 14 Hari!!! Untuk maklumat lanjut, sila ke blogspot kami….Sharing is Caring..

  6. mby says:

    As salam,

    amcam baby iman sekarang? masih teruk eczemanya?
    mintak maaf, tapi boleh email saya di “yunosmb@gmail.com” or call saya di 0123111047.

    isteri saya ada eczema + kulit sensitif cepat gatal n alahan spanjang umur dia sampaikan cap jari pun macam xde.. buat ic .. passport… lesen.. asb.. bermasalah, everytime kena masuk jumpa pegawai. until nearly 2 years ago.. trima kasih pd kawan saya, + dgn izin maha Esa .. masalah eczema dia hilang sampai la ni.

    saya share dgn kawan ofis, anak dia alahan eczema di setiap pelipat kaki / tangan.. dari baby sampai darjah 2 tak baik2, mula2 sceptic.. tapi lepas 1 bulan .. alhamdulillah sekarang dia tak bergantung pada ubat doktor lagi (ever).. pakai baju berpeluh pun dah tak gatal2.

    mudah2an boleh tolong baby iman n eczema sufferers semua. alhamdullillah saya senang hati bila boleh solvekan masalah orang. .. yg paling buat saya happy bila saya pegang tgn wife saya takde kesan parut kasar / allergy … 😀 😀 😀

  7. hanna han says:

    Sy pown tgh mengalaminya skrg..smpai trpaksa pkai sbun khas dr klinik..
    Alhamdulillah skrg dh x struk dlu..tp x ble pkai sbun biasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.