Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 2

Sunyi lagi blog ni sebab Mama Iman busy sangat-sangat nak investigate apa yang buat Cik Iman allergik. Huh. Jumaat lepas saya merasakan yang eczema Iman dah masuk tahap serius dah. Kulit dan mula berkuping dan merah keras. Terutama bahagian pelepat badan dan kepala yang mudah berpeluh. Apa lagi, kelam kabut jumpa doktor kat DEMC. Sekali kene refer pada Doktor Dermatologist pulak dah. So, doktor bagi Reference Letter untuk jumpe Dermatologist keesokan harinya, Sabtu. Since tak buat appointment, berjanggut lah menunggu kes Cik Iman ni. Tak kisahlah, asal sakit Iman boleh baik.

Tunggu punya tunggu, bertegur sapalah dengan parents yang dok sebangku. Maklumlah, mulut ramah tamah. Huehueheu. Saja meramahkan mulut sebab perasan mereka jumpa doktor yang sama. So, nak tau apa yang berlaku pada anak parents tu. Sama kes dengan Iman. Eczema. Ramai juga kanak2 yang kene eczema ni rupanya. Ada yang sampai berkudis2 macam kudis buta. Kasihan sangat. Kalau orang luar yang tak tahu, pasti takkan nak dekat dengan kanak2 ni. Pasti takkan biar anak mereka dekat dengan kanak2 ini, risau jangkit kononnya. Saya pegang kanak-kanak ni. Kasihan. Risau physiology mereka sebenarnya. Risau ramai orang tunjuk muka geli dan sebagainya. Sebab tak ramai yang paham.

Hanya orang yang eczema paham perasaan orang yang dijangkiti eczema;
Hanya orang yang gemok paham perasaan orang yang gemok;
Hanya orang yang ada jerawat paham perasaan orang yang ada jerawat;
Hanya orang yang jongan paham perasaan orang yang jongan;
Orang yang tak paham selalu buat muka geli, buat muka sinis, buat kondem, buat ejek;
Kan?
Kasihan mereka2 ni. Physiology mereka selalu cedera.

Haih, masa tunggu ambil nombor pulak, Iman tidur. Nurse tak perasan dah beri nombor. Dipanggilnya nama Iman, terpaksalah gotong Iman yang menyusu dan tidur pergi ke depan. Tanya dah dapat nombor rupanya, nurse minta maaf. Suh duduk balik. 30 minit lepas tu, panggil lagi, saya ingatkan apa. Gotong lagi Iman bersusah payah (yang menyusu sambil tidur), rupanya ingat lum bagi nombor lagi. Ahhh… penat daku dibuatnya. Dah lah ramai orang, nak dokong budak 10 kg yg tidur menyusu semata2 untuk kesilapan nurse, sangatlah menjengkelkan tau. Sabar jek laa.

Bila masuk giliran Iman, Dr. Noraziah cek, terus kata kene warded. Ternganga terlopong jap maknya. Dr. Noraziah kata, kalau tak warded, agak susah nak baik. Sebab memang tengah naik sangat2 allergik Iman ni. Kalau bau badan Iman pon, agak berbau sebab dah dijangkiti kuman. Pergh. Tak sangkalah seteruk tu. What a bad mom I am. Woooooooo.. dan Dr. Noraziah akan buatkan Allergy Test untuk tengok allergik Iman pada apa. Alhamdulillahlah, insurans cover. Kalau tak mati nak bayar Allergy Test tu, ~ 1K tau. Uhuk (tersedak). Tapi sekurang2nya sangat berbaloi untuk mengetahui asbab musabab eczema ni.

Jadi, adalah penting ya kalau ada baby untuk at least ada medical card. Beruntunglah sesiapa yang company cover kan. Huuu… Semasa berjumpa Dr. Noraziah, beliau ada menyatakan bahawa budak-budak yang kena eczema ni dah dikaji bahawa mereka ni antara yang dianugerahkan otak yang pintar. Sebab tu diberikan kekurangan dari segi lain. Menurut Dr. Noraziah, ianya telah pun dikaji dalam bidang perubatan. Oklah, ia sikit melegakan saya. Tak tahulah Dr. nak amik hati atau nak sedapkan hati parents ni ke apa. Tapi apa pun it helps a lot dalam meredakan emosi saya. Muehehehe =D. Cuma kadangkala disebabkan eczema yang tak terkawal, dan kegatalan melampau, tidur kanak2 eczema ni selalu terganggu. Bila terganggu, asyik menggaru sahaja, otak tak dapat rehat sepenuhnya pada waktu malam. Ini menyebabkan prestasi kanak-kanak ini akan merosot bila sekolah nanti. So, jangan pandang rendah pada eczema. Jangan ambil tak peduli dan mengharapkan sistem immune improve dengan sendiri. Dapatkanlah rawatan. Kasihan mereka ni.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:

kitar_eczema1 {focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting - Part 2 kitar eczema1

 

 

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
1) Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
2) Mengubati keradangan.

Langkah-langkah Pengawalan Harian
1) Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
2) Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal (ubat steroid).

>
Penjagaan Kulit Sensitif & Eczema

eczema {focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting - Part 2 eczema

 

 

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting - Part 2 P1080519

 

Iman pakai mask untuk cantikkan kulit muka. Muahauahuau. Punyalah susah nak pakai. Kena setengah jam pulak. Mana taknya, muka dah teruk dah menggerutu. Kena pulak pakai 3 kali sehari. Setiap hari. Haih.

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting - Part 2 P1080526

 

Dapat pulak hadiah kucing sebesar badan Iman. Malangnya, terpaksa disorok sebab kena marah dengan doktor. Woo… maafkan kami.

 

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting - Part 2 P1080533

 

Kalau dilihat dari jauh, memang seakan tiada apa2 pada kulit Iman. Hakikatnya ia penuh dengan kulit yang kasar dan berbelang2 bekas luka garu dan gatal.

Iman di wad? Hurm…budak seaktif dia, memang meragam lah kalau asyik dalam bilik jek. Ada waktu2nya Iman melalak2 mahu keluar dar bilik dan beraksi di sekitar wad. Wajib  singgah wad kanak-kanak sebab sana ada bilik permainan. Kes Iman pun bukan kes Pediatric. Kes Iman adalah kes Dermatologist. Sebab tu masuk wad biasa. Makan? Hurm.. nasi 4 kali sehari. Asal bukak mata, tanya “Makan?!”. Pening jugak. Risau memboolaat pulak. Dalam wad 3 hari, nampak makin tembam pulak. Seriau saya dibuatnya.

Antara sebab yang boleh jadian allergik dari segi pemakanan adalah seperti berikut.

  1. Hama @ DustMites
  2. Putih telur
  3. Susu Lembu
  4. Soya
  5. Gandum
  6. Kacang Tanah
  7. Buah-buahan citrus
  8. Biji-bijian atau kekacang
  9. Certain2 Ikan
  10. Seafood
  11. Daging Lembu

Hari ke 4 di wad, keputusan allergic diperolehi. Terkejut badak saya dibuatnya bila mana Iman sebenarnya allergic pada gandum. Huh?? ada jugak sikit2 pada kekacang, dan telur. Basically semua di atas harus diperhatikan. Tapi pada gandum memang sangat tinggi. Bacaan 0 menandakan negative, manakala lebih dari 0 adalah positive. Bacaan Iman pada gandum adalah 31! (unit saya tak ingat, akan diupload kemudian). Huhuhu..

No wonder lah kegatalan Iman bermula bila Iman dan setahun lebih, bila dah tiada pantang larang makan. Bila semua dah boleh sumbat masuk.

No wonder lah kegatalan Iman menjadi2 kebelakangan ni sebab Ayah Iman nak puasa nasi. Jadi, saya banyak masak spaggeti, pasta, pancake, lempeng, jompot2, roti untuk makanan kami sekeluarga.

No wonder lah kegatalan Iman makin teruk kebelakangan ni sebab saya galak nak cuba resepi kek, dan bagi juga Iman rasa sikit2 bila dia mahu.

No wonderlaaaaaaaaaaaaaaa……………

Sumber Rujukan:

1) http://primedicare.com/index.php/sumber/13-eczema

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting - Part 2 pixel

You may also like...

9 Responses

  1. Suzila Abdullah says:

    Ala…la..la…cian nye Iman… cian jugak kat mamanye… bebbyk sbar ye.. tpi yg paling akak suka ayat…”Hanya orang yang gemok paham perasaan orang yang gemok” hehehehe (sebab akak pon gemok la jugak…)

    • Mama Iman says:

      Yang pernah bayk jerawat tu saya sbnrnyer…dulu mmg teruk bebenor….mueheheheh..
      yang gemok tu husband…hehehehhe..
      so, kami ni paham sgt2 la perasaan org lain.. x kan wat gtu kat org =p

  2. Awin says:

    heheheh comel la iman!! Asal bukak mata, tanya “Makan?!” 8)

    semoga cepat sembuh ye iman!

  3. kak long says:

    semoga iman cepat sembuh.. 😀

  4. Haii kak, Saya Personal wellness coach sedang mencari seseorang yang serius ingin MEMPERBAIKI TAHAP KESIHATAN / TURUN BERAT /TAMBAH BERAT/PELUANG BISNESS. Jika akak SERIUS dan ingin baiki tahap kesihatan boleh reply saya. Saya ingin berkongsi sesuatu dgn org ramai tentang pemakanan yang seimbang dan sihat. Response drp entry akk:-

    Antara sebab yang boleh jadian allergik dari segi pemakanan adalah seperti berikut.

    1. Hama @ DustMites
    2. Putih telur
    3. Susu Lembu
    4. Soya
    5. Gandum
    6. Kacang Tanah
    7. Buah-buahan citrus
    8. Biji-bijian atau kekacang
    9. Certain2 Ikan
    10. Seafood
    11. Daging Lembu

  5. wani says:

    assalam..sy rs anak sy pun ade prob eczema..leher n celah pelipat dia smua dah luka2 kena garu..nak tanye, iman wat allergy test tu insuran cover ye?iman insuran ape?panel cover tak test tu?sblm pegi demc tu kena ade reference letter ke?iman dpt ref letter dr mane?maaf ye byk plak soalannye..thanks in advance ye mama iman =)

    • Mama Iman says:

      Leher dan pelepat? mungkin tak boleh berpeluh kot..
      allergy test Iman, insurans company cover…sebab die kene warded…eczema yang serious. anything bila warded, biasanya insurans cover. mula2 mmg refer klinik biasa (klinik bawah demc tu)…kemudian dapatkan reference letter untuk jumpe doktor pakar kulit (tingkat atas pula)…atas suggestion doktor pakar, baru kene warded, dan terus dapatkan allergy test =)

      • wani says:

        oo cenggitu ye..br sy paham..tula sy xtau ape yg wat die rashes teruk sgt esp kat leher..injection mmr patut 23/4 ni..takut plak nk amik sbb bile bg telur lagi teruk naiknye..

  6. Mummy Hezry says:

    Hai mama iman…yang allergy test tu boleh ke buat untuk budak yang berumur 3 tahun? dat time anak awak wat kat nmn ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.