Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 3

Semalam saya sengaja bercuti untuk buat follow up check-up Iman. Sengaja juga buat temujanji dengan dietician. Tak salah pergi jumpa dietician untuk pemakanan. Bukannya seolah2 nak mengaku kita tak pandai masak (memang betul pun) @ tak pandai handle pemakanan ahli keluarga. Sekadar untuk mendapatkan penerangan dari yang lebih pakar. Bukan ke lebih baik? Bukan mahal mana pun. RM30 je kot. Tapi itulah, priority kita berbeza. Ada orang kata RM30 untuk improvekan kesihatan itu mahal berbanding harga tudung yang rm200 tu? Ataupun harga IPONG 5 tu. Hehhee. Saje =p. Alasan tak mampu beli. Hehehehe.

Well, secara kasarnya, seluruh keputusan allergy Iman dah pun keluar. The total cost is RM1,700 (Ops, nasib free). Worth to try. Iyelah, kalau seafood, senang sikit nak detect. Tak perlu allergy test bagai. Sekali makan, terus nampak segala symptom. Susu lembu pun begitu juga. Kacang pun sama. Tapi ada sesetengah yang tak terjangkau dek akal pon boleh allergy, memang test ni berbaloi amatlah kan? Stage kesensitifan allergy (betul ke ayat ni) ni ada 6 tahap. Ia dipanggil sebagai RAST iaitu RAdioimmunoASsay Test atau RadioAllergoSorbent Tests to detect specific IgE antibodies to suspected or known allergens. 0 level bermaksud tidak allergic pada sesuatu allergen itu. 1 paling mild, dan 6 paling teruk. Still, even tahap 0 sekalipun, sekiranya ada bacaan pada skala RAST ni, betterlah dielakkan ye.

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 3 RAST

Walaubagaimanapun, list allergen yang boleh ditest adalah yang biasa atau common dihidapi. Mana tau ada benda lain yang kita allergy dan sangat rare, wallahualam.

Seperti yang saya ceritakan dalam episode eczema Iman yang lalu, berikut adalah senarai common allergen yang menjadi punca2 kepada eczema dan alahan lain seperti lelah dan sebagainya.

  1. Hama @ DustMites
  2. Putih telur
  3. Susu Lembu
  4. Soya
  5. Gandum
  6. Kacang Tanah
  7. Buah-buahan citrus
  8. Biji-bijian atau kekacang
  9. Certain2 Ikan, Ikan bilis
  10. Seafood
  11. Daging Lembu

Untuk Iman, hanya Ikan Bilis dan Soya, dan Susu Lembu mempunyai bacaan IgE level (KU/L) bernilai 0.00 hingga 0.02 dan disahkan selamat dengan RAST rating 0. Gandum mempunyai RAST rating 1 dan Telur mempunyai RAST rating 3. So, its a BIG No-no to both Gandum dan Telur. Yang lain tu meski pun nilai RAST rating adalah sifar, selagi IgE level (KU/L) tidak bernilai sifar, haruslah diminimumkan pengambilannya. Mana tau akumulatifnya juga boleh menyumbang kepada simptom2 alahan tersebut.

Since Gandum dan Telur adalah antara main ingredient hampir kesemua makanan yang ada di supermarket, saya rasa adalah perlu untuk berjumpa dietician untuk mencari substitute kepada makanan-makanan ini, dan makanan-makanan yang harus dijauhi. Lagipun Iman sah mempunyai lelah yang agak teruk bila mengambil makanan-makanan ini. Jadi, memang langkah berjaga-jaga harus diambil.

Oh, please laaa.. tolong jangan suggest pada saya benda2 atau amalan2 yang perlu saya buat untuk hilangkan eczema anak saya. “Orang ini kena eczema, makan sekian2… terus baik tau” “Orang itu kena eczema, buat begian-begian, boleh baik tau, terus baik”. Tolonglah buat research, tolonglah jangan main copy-paste amalan-amalan orang terdahulu tanpa usul periksa. Senang kata, itu bukan amalan orang yang bijak. Eczema ni alahan, ada asbab musababnya. Immune system badan yang bertindak begitu. Eczema saya manakan sama dengan eczema awak. Eczema anak saya manakan sama dengan eczema anak awak. Allergen untuk eczema saya mana sama dengan allergen untuk awak. Jadi, kalau boleh, janganlah guna kata-kata “Tak salah mencuba”. Memang tak salah, tapi saya cuma tak suka amalan yang tak tahu asal puncanya, main ikut sahaja. Amalan khurafat dahulu terjadi sebab kita dok main copy-paste kata-kata orang lah ni. Yang saya maksudkan di sini adalah “amalan”, bukannya “ubatan” atau “prescription” doctor ye.

Product di pasaran saya tau memang ada yang berkesan. Memang bagus pun product2 ni untuk kurangkan eczema dan parut2 segala. Tapi product2 tu biasanya untuk mengubati symptom2 eczema. Maksudnya, bila dah keluar eczema, baru letak. Boleh je guna, dan saya pon sejujurnya guna. Tapi dari segi akar umbinya, kenalah cari apa yang trigger eczema anak kita tu. So, pleaselah, saya sakit dada dan sesak nafas bila disuruh buat amalan begian2 untuk hilangkan eczema anak saya. Kadang-kala ia tidak masuk akal pun.

Sedari Iman mula belajar makan, semua makanan yang masuk ke perutnya adalah homemade food. Tiada segera2 punya. Jadi, untuk menyalahkan saya tak pandai beri makan pada anak juga, amatlah tidak appropriate rasanya. Lepas setahun, Iman ada mild itchiness, gatal tapi tidak begitu ketara (mungkin dari gandum ketika itu sebab Iman lambat makan telur). Hanya setelah pandai makan telur pada umurnya lebih kurang setahun 8 bulan, barulah eczema Iman menjadi2.

Tentang penerimaan saya terhadap apa yang Iman hidapi, mula-mula emosional juga. Rasa siiiaaannnnyaaaaaaa. Tapi lama2 dapat terima dah. Haha. dari segi negatifnya sudah tentu Iman tak dapat makan kek yang saya buat. Muehehehehe. Tapi, ia tidaklah senegative mana pun. Ada je Egg Replacer di pasaran. Cuma belum study sama ada ia halal atau haram. Ada juga tepung untuk menggantikan tepung gandum. Maka, untuk segala bakery product, saya kena menghasilkan nya sendiri. Malah bila difikir-fikir, tang positifnya amat banyak sekali. Saya akan buat lebih banyak homemade food untuk anak-anak saya. Kami sekeluarga akan lebih kerap makan bersama di rumah untuk family bonding kami. Lebih banyak air tangan ibu ini akan masuk ke dalam perut anak-anak saya. Dan yang paling saya harapkan, anak-anak akan sangat hargai masakan saya! (sebab allergic dengan makanan luar). Muahahahahahhaa. Orang luar pun jadi tak berani nak beri anak saya makan. Hee.. minta maaf la ye.

Chaiyo Mama Iman ~!!! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 3 pixel

You may also like...

1 Response

  1. mama rayyan says:

    Saya sengaja google pasal eczema pasal anak sulung saya memang eczema..mulanya2 saya memang dah tekad nak buat allergic test ni tp ada bnyk sgt pendapat yg ckp tak sesuai untuk kanak2 di bawah 2 tahun. Boleh awk share dengan saya pengalaman awk on the test?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.