Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 4 (Pengganti kepada Gandum & Telur)

Disebabkan Iman sah allergy kepada Gandum dan Telur, saya perlu mencari alternatif untuk kedua-dua bahan ini memandangkan mereke berdua ni merupakan antara main ingredient dalam kebanyakan makanan yang kita makan. So, barulah belajar dari encik Google tentang kewujudan makanan khas ini. Kebiasaannya dijual di kedai2 organic dan juga kedai2 vegetarian. Vegetarian @ Vegan tidak makan telur, dan mereka memilih Egg Replacer untuk makanan bakery mereka. Cold Storage dan cawangan Jaya Grocers juga ada menjual barangan organic dan Gluten Free. Malangnya saya cuma jumpa 2 jenis je, iaitu Rice Pasta dan Corn Pasta di Cold Storage Alamanda Putrajaya. Terpaksa cari kedai lain untuk mencari tepung. Buat masa ni saya berminat dengan jenama Orgran Gluiten Free dan Bob’s Red Mill Gluten Free product. Berikut adalah alamat-alamaat kedai organic di Malaysia yang ada menjual makanan khas untuk orang yang allergy.

Body Basics (M) Sdn Bhd
Body Basics (M) Sdn Bhd (Bangsar)
Lot G5, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre, 285 Jalan Maroof
Bukit Bandaraya Bangsar
59000
Bangsar
Klang Valley
Malaysia
Phone1: 03-2093-1039
Fax: 03-2093-1039
>
Village Grocer Sdn Bhd
Village Grocer (Bangsar Village)
No 1, Bangsar Village, Jalan Telawi
59100
Bangsar
Klang Valley
Malaysia
Phone1: 03-2282-0633
Fax: 03-2284-5633

>
Ampang Grocers,
No 40-44, Persiaran Ampang 6km (Near Ampang Point)
Off Jalan Ampang
55000
Ampang
Klang Valley
Malaysia
>
Hock Choon Supermarket
No 241 2, Bangunan Hock Choon, Batu 2 Jalan Ampang
50450
Kuala Lumpur
Klang Valley
Malaysia
Phone1: 03-2142-0792
Fax: 03-2141-4275

>
Caremark Sdn Bhd
2438, Jalan Bandar 13
Taman Melawati
53100
Melawati
Klang Valley
Malaysia
Contact: Mrs Yap
Phone1: 03-4107-8741
Fax: 03-4105-1814
http://www.caremark.com.my/

>
Caremark Sdn Bhd
Caremark (Petaling Jaya, HQ)
No 6, Lorong Tandang B, Seksyen 51
46050
Petaling Jaya
Klang Valley
Malaysia
Contact: Yee Kit Har
Phone1: 03-7785-6288
Fax: 03-7785-6288
http://www.caremark.com.my/

>
Fine Organic Gallery
Fine Organic Gallery (Organic House)
103 Jalan Aminuddin Baki
60000
Taman Tun dr Ismail
Klang Valley
Malaysia
Contact: Mr. Ng / Jing
Phone1: 03-772-76-044
Fax: 03-7727-6044

>
Jaya Grocers,
Lot LG-01, Lower Ground Shopping Centre,
Empire Gallery Shopping Centre,
SS16/1,
47500, Subang Jaya,
Selangor.

Untuk product lain yang organic, boleh lihat alamat2 kedai berkaitan di page http://www.betterdietislam.com/orgshop1.html

Basically apa yang saya beli adalah, pasta, Egg Replacer dan Tepung. Iman teramatlah suka jenis2 mee dan pasta. Kalau makan mesti habis sepinggan orang dewasa. Memang suka sangat. Sama juga dengan roti dan biskut. Sebab tu saya perlu beli kesemua benda ni untuk memudahkan saya menyediakan makanan untuk Iman. Takkan tiap2 hari nak nasi dengan sup sayur je kot kan.

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 4 (Pengganti kepada Gandum & Telur) Pastas

 

Saya beli kesemua ini sebab Iman tersangat sukakan pasta dan spaggetti. Harga memang boleh tahan mahal. Untuk 375 gram sebungkus seperti di atas, harganya adalah RM8.50. Tapi since Iman dah tak boleh makan roti, biskut dan sebagainya, budget boleh dilarikan ke sini. So, taklah terasa sangat pun sebenarnya. Jajan2 dan frozen food lagi mahal kan? Hehehhee. Basically saya beli kat Caremart je (alamat dan website ada di atas). Beli online, tak perlu merempuh jam bagai. Terus akan dipos ke rumah. Memang customer friendly betullah.

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 4 (Pengganti kepada Gandum & Telur) IMG 0088 horz

Haaaa,.. bagus kan? ada jugak product tepung-tepung ni. So, boleh juga Iman merasa biskut, roti dan kek segala. All products are Gluten Free, Wheat Free, Dairy Free, Egg free, Yeast Free, GMO Free and Vegan!! So, memang sesuai sangat untuk orang yang allergik. Kalau tepung gandum biasa harga RM1.65 sekilo, yang ni sekilo RM30. Hoohohhhohohoo!!!! Gila bapak mahal!!! Tapi demi tak kempunan, tak salah beli sekali sekala untuk makan. Sekadar melepas gian pada biskut, roti atau kek la katakan. Saya dah beli All Purpose Plain Flour, Self Raising Flour. Saya nak buat lempeng, pancake, cekodok pisang untuk Iman. Mesti Iman rindu nak makan semua tu.

Dan tak lupa juga,

{focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 4 (Pengganti kepada Gandum & Telur) IMG 0092

Egg Replacer~!!

Hahaha, satu sudu bersamaan dengan sebiji telur. Tapi kalau resepi kek yang lebih dari 3 biji telur, tak boleh dah guna Egg Replacer ni. Tak jadi kek tu nanti =D. InsyaAllah semua ni halal. Kalau baca ingredient dia, tak de apa2 pun yang syubhah. Malah ia juga untuk vegetarian. So, tiada sebarang unsur haiwan di sini.

Jadi, secara positivenya, penyakit allergy ni taklah kena pantang gila2 pun. Masih ada alternatif yang boleh dicari. So, enjoy your life ya Iman~!! I’ll try my best to cook best food ever for you~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cerita tentang Eczema dan Tips Penting – Part 4 (Pengganti kepada Gandum & Telur) pixel

You may also like...

7 Responses

  1. Ummu Khaulah says:

    Assalamualaikum.

    Wah, banyak ilmu baru dapat hari ini. .Terima kasih Mama Iman. Anak saya juga eczema tapi saya masih tak tahu puncanya. Yang saya agak pasti sekarang, anak saya tak boleh ada habuk. 2-3 hari sekali saya tukar cadarnya baru terkawal sedikit menggaru-garu.

    Saya juga biasa masak sendiri untuk anak. Tapi dia duduk dengan pengasuh bila saya pergi kerja, kadang-kadang kita tak dapat nak kawal semua. Tapi mujurlah pengasuh memahami. Chaiyok! 😆

  2. umizara says:

    slm. mama iman, ni out of topic skit.ank sy allergy to peanut shj tp cerewet sgt mkn.sy dh xtau nk try msk ape lg.memandangkan iman sgt suka mkn, nk taula cth menu makanan harian iman yg mama iman sediakan utk pg, tghari n mlm. nk cuba, mana tau ada yg ank suka.kalo blh nk mntak cth utk 1 minggu. hopefully nnt die suka mkn mcm iman jgk :) tqvm

    • Mama Iman says:

      Salam..

      ye ke anak picky?
      Dulu sebenarnyer saya pernah susah hati yang Iman x nak makan. Serius..berat turun 2 kilo. byk tu. So, saya biarkan saja die main dengan makanan die.. masa makan tu kene famili same2…even die x nak makan pon, die nampak kita makan dah cukup bagus.. dan jadual makan mesti ada.. tiap kali pon kene makan same…di mana dia main dengan makanan die.. kadang2 tu curi2 sumbat dlm mulut ala2 kapal terbang..x pun saya suapkan ayahnya…die nampak, so kapal terbang masuk mulut ayahnya…pastu kapal terbang masuk mulut die pulak.. dapat sesudu dua pon jadi.

      lepas tu, bila tiap kali makan pon nampak die main, makin hari makin banyak yg masuk..bila kita guna sudi, dia pun nak guna sudu..biarkan die main…die akan ikut cara kita.. akan cuba guna sudu untuk kaut makanan juga…biasanya kita akan fail bagi makan kalo kita suap die sorg2..mmg fail..dan lambat ajar makan jadinya..

      bila die dah tahu yang die kene makan, setkan jadual betul2…pagi, tgh hari, malam…so, rutin ni wajib ikut… sebab budak yang ada jadual, segala aktiviti die lebih teratur…Iman akan jerit nak makan sarapan tiap kali lepas mandi dan pakai baju…seriusly die tau itu waktu die makan..kalo lambat, die nangis nak makan,..balik dari taska pon begitu…die akan ke dapur tanya “mana makan?”.. huh..kelam kabut maknya mcm robot memasak.

      saya simpulkan ya
      1) step pertama – beri anak main makanan sewaktu kita sama2 makan dengannya
      2) step kedua – interactive cara nak makan – gurau dengan ayahnya, atau dengan anak kecik yang lain.. – main roket biasa saya buat
      3) step 3 – puji2 masa makan – sedapnya, pandainya, cantiknya makan (saya selalu kata makanan tu cantuk, makanan tu sedap)
      4) step 4 – pelbagaikan menu dengan warna2 menarik (iman selalu cakap juga .. cantiknya makan)

      menu makanan mingguan iman ialah:
      1) sarapan – jompot2 bilis/ udang/ kentang (lepas iman allergik, saya x guna udang, dan guna tepung khas)
      2) homemade pancake
      3) meehun goreng
      4) nasi goreng
      5) nasi lemak (sesekali)
      6) spaggeti/ pasta (semua jenis2 mee dan pasta iman sangat2 suke…sure habis semangkuk) sama ada masak cream atau goreng biasa

      makan tgh hari (nasi berlauk)
      1) Ayam masak kicap
      2) Ikan masak kicap
      3) Ikan masak kuning kunyit
      4) Ayam masak kuning kunyit
      5) Sayur bayam masak air
      6) Keledek erah masak lemak
      7) Labu masak lemak
      8) Sup Ikan, Sup Ayam
      9) Sup sayur, (cincang halus semua sayur mcm brokoli, kentang, kobis) lobak Iman suka, so, saya biarkan sebatang2 jejarian)

      malam biasanya makan yg tengah hari punya,…panaskan saja…hahahaaha (pemalas).. iman bawak makanan ke taska… basically mmg 3 menu @ 2 menu berbeza.. contoh, sarapan- nasi goreng, tgh hari -nasi dgn sup dan petang-spaggeti dengan sup… hahaha.. (2 menu jek tu…sup dicombine dgn nasi dan spaggeti =D)..

      malam, saya akan suap dan melantak sama2 yogurt almost everyday~! mlm juga kadang2 iman ulang makan lagi.. tp die masih underweight.. 2 tahun baru 10 kilo. makan byk..berak pon byk..

      ni jumaat ni akan jumpa dietician sbb nak carikan replacement utk telur dan gandum,.gantikan utk roti dan biskut2..

  3. Azura Adnan says:

    Assalamualaikum mama iman,

    Saja nk kongsi cerita dan nak bertanya, dua org ank lelaki saya juga allergy tepung gandum. Sya pernah cuba tepung free gluten tetapi ank sya masih allergy. Kesan allergy agak teruk bukan setakat gatal2 dan bengkak sekata satu badan tetapi juga asma. Cuma nak tahu di mana iman buat allergy test dan bagaimana test tu dibuat. TQ.

    • Mama Iman says:

      Salam azura…

      allergy test tu saya buat di hospital DEMC, seksyen 14 Shah Alam. Sampai kena warded, sebab tu buat allergik test. Basically ambil darah jek. ujian dalam seminggu baru dapat. asalnya ingat gandum sahaja. rupanya allergi pada telur pada anak saya lebih teruk. kalau gandum tahap 1 dari 6 tahap, telur pula tahap 3. sekiranya allergik tu pada tahap 5, atau 6, memang kene terlalu strict pada pemakanan mereka ni. kos allergy test dalam seribu lebey. yang lebey tu saya x pasti berapa sebab saya main tibai claim insurans je =D… basically try elakkan langsung

      1) Telur,
      2) gandum
      3) ikan bilis,
      4) ayam
      5) ikan2 gatal
      6) kekacang
      7) susu lembu
      8) makanan laut
      9) debu, hama, peluh.

  4. SITI FAUZIAH says:

    Salam mama iman..
    sy ibu kepada aakif irfan 2 yrs now.. tq kongsikan entry ni.. sy baru terbaca.. aakif irfan pon alergic tepung gandum..very high alergic… sy nk bertanya, puan da try ke all product kat atas 2.. ok ke anak puan makan?? just nk thu coz teringin nk cuba kat aakif..kesian kat dia da x nak mkn nasi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.