Category: Stok EBM

Cara Mama Iman Kumpul Stok 4

Cara Mama Iman Kumpul Stok

[Bacaan Ibu-ibu sahaja] Alhamdulillah, lagi 2 bulan untuk menggenapkan penyusuan 2 tahun Cik Iman. Syukur alhamdulillah. Saya pun tak sangka sehingga ke tempoh ini saya dah dapat bertahan. Ramai yang emel saya bertanya macam mana saya kumpulkan stok susu ibu. Mungkin sudah masanya saya cerita, memandangkan ramai yang berjaya kumpul stok susu dengan cara ni. Sekiranya hari cuti panjang, dinasihatkan supaya jangan skip pump langsung. Sebolehnya kekalkan jadual anda. Saya sudah cuba mengumpul stok sedari minggu ke tiga pantang lagi. >...

Iman 1 tahun 3 bulan, dan Stok EBMnya 9

Iman 1 tahun 3 bulan, dan Stok EBMnya

Toleh kiri..toleh kanan…alhamdulillah…redha dah issue “Tayang EBM Riak” ni. Heheehehhe…bolehlah update kot? =D Nak buat kenangan di masa akan datang. Iman genap 1 tahun 3 bulan harini. Woh…tggl 9 bulan lagi sebelum tempoh optimum penyusuan Iman selama 2 tahun. Lepas 2 tahun? Tak tahu lagi. Mungkin teruskan kalau ada lagi susu, atau mungkin berhenti sendiri untuk ada adik Iman. Kikikikki =D Yelah, mana tahu kan? Sebenarnya risau juga kalau-kalau Iman tak nak susu formula. Tapi saya akan cuba sedaya upaya berikan...

Tayang EBM untuk RIAK? 31

Tayang EBM untuk RIAK?

Salam semua, Terpanggil tiba-tiba untuk tulis entry ni. Mungkin ke saya terasa? Em..mungkin juga. Logik saya terasa. Sebab saya antara ibu-ibu BF yang menunjukkan EBM saya di blog yang merupakan public, tempat awam. Pertama sekali, saya mintak maaf pada ibu-ibu lain yang terasa sekiranya tindakan kami blogger untuk menayang susu itu menyakitkan hati kalian. Tapi percayalah, bukan niat kami begitu. Saya percaya banyak ibu lain yang menyokong saya. Pertamanya, saya juga bermula dengan sifar, zero, tiada langsung stok susu. Jadi, saya...

Expired EBM – 5th Batch 0

Expired EBM – 5th Batch

Assalam, Selamat hujung minggu ye ibu-ibu. Saya dan Ayah Iman sampai dah konfius adakah kami mempunyai hujung minggu. Hehe. Setiap hari sabtu, kami akan berkemas untuk bertukat alamat. Kekek. Jadi, macam seolah-olah Sabtu dah pun hilang dalam kalendar kami. Semalam Sabtu, saya dapati susu di freezer Shah Alam dah pun mendominasi ruang makanan. Hoho. So, saya harus memindahkan ke Meru supaya susu-susu dapat dikumpulkan bersama saudara sesusu mereka. Keke. Yang bestnya, Tok Abah kepada Iman hadiahkan cooler bag ni, untuk bawa...

Kemas Kini EBM 0

Kemas Kini EBM

As-salam ibu-ibu, Hujung bulan semakin menghampiri. Jadi, dah sampai masa untuk kemas kinikan frezeer dan muatan-muatan freezer, iaitu EBM (Expressed BreastMilk). Syukur, saya masih dianugerahkan susu yang masih banyak tatkala umur Cik Iman 11 bulan ni. Alhamdulillah. Sesi pengepaman di pejabat masih kekal 3 kali minimum. 8.30 pagi = ~ min 8 oz, max 10 oz 1.00 ptg = ~ min  6 oz, max 8 oz 5.30 ptg = ~ min 3 oz, max 6 oz Jumlah hasil perahan harian =...

Eksiden di Petang Ahad 0

Eksiden di Petang Ahad

Assalamualaikum.. Petang Ahad nan indah ini jam 330ptg, saya memulakan sesi perahan susu ibu kali ke dua untuk hari ini. Kali pertama ialah sewaktu bangun tidur pukul 730 pgi tadi (iye, saya tidur balik selepas subuh ). Selepas mengeyangkan Cik Iman dengan bubur nasi+ayam+bayam beliau, selepas memberi beliau minum-lepas-makan (direct feeding), saya pun memulakan aktiviti pengepaman. Saya bajet boleh dapat dalam 6 oz, since Cik Iman dari pukul 11 pagi tadi hisap sebelah jek.   Kenapa? Erk..sebab saya tidur siang, dan...

Expired EBM – 4th Batch 11

Expired EBM – 4th Batch

Salam Isnin, Semalam saya memulakan operasi mengemas kinikan peti ais kecilku. Kerana mereka berdua sudah amat padat. Kemas punya kemas, mahu menitik air mata ini melihat ada banyak baki EBM bulan 10 yang tidak dapat diminum @ sudah tamat tempoh @ expired tak kiralah apa namanya sekalipun. Saya tak tahan. Saya mahukan deep freezer. Saya sayang semua susu-susu ini. Namun, tidak pula diperkenankan untuk meberi susu ini kepada orang. Ya Allah, kakak cepatlah kawen dan dapat anak. Boleh wawa susukan anak...

Cabaran Saya Dalam Penyusuan Susu Ibu 4

Cabaran Saya Dalam Penyusuan Susu Ibu

Salam, Kebelakangan ini saya banyak ditanya bagaimana saya dapat menghasilkan susu sehingga lebih kurang 20 oz sehari. Sebab rata-rata ibu-ibu muda ni dapati, eh eh, aku rasa anak aku macam kenyang je bila direct breastfeed. Tapi kenapa bila aku pump, sikit je susu yang keluar. Korang rasa saya dulu pump-pump terus dapat 20 oz ke? Salah ye puan-puan. Cuba tengok gambar di bawah. Inilah sahaja stok EBM yang Mama Iman ada bila dah masuk bekerja. Iaitu selepas 2 bulan bercuti bersalin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.