Dapur IbuCergas : Eggless & Wheatless Cekodok Bilis

Masih ingat lagi yang saya promote product makanan khas ni? Baru try cuba buat untuk Cik Iman. Cekodok bilis. Mudah, cepat dan sedap tau~!!! Tapi memang pelik la egg replacer tu. 1 sudu kecil dibancuh dengan 2 sudu besar akan menjadi sebiji telur. Pelik tapi benar. So, sebungkus itu mengandungi 66 biji telur.

Resepinya….emm..x de. Hehehe. basically main campak2 sahaja. Saya kisar ikan bilis sehingga halus, garam sedikit, 2 biji “telur” dari egg replacer tu, daun sup dan juga self raising flour khas di atas. Sukatan? Erk..main tibai ikut kepekatan disukai. Tekstur adunan sangatlah melekit sebab segala bahan2 di atas menggunakan tepung ubi dan tepung kentang untuk menggantikan tepung gandum. Punyalah susah nak kaut guna tangan untuk jemput2 ke dalam kuali.

Walla…teksturnya lembut di dalam rangup di luar. Cik Iman kata “Sedapnya…..biskut!!!!”. Hish. Semua bende jadi biskut la jawabnya. Semuafinger food Iman panggil biskut. Tak kira lah ialah kerepek pisang ke, pop corn ke. Asalkan finger food, semua dinamakan biskut. Jajan untuk Iman adalah jenis2 kerepek dan pop corn. no biscuit & bread in her diet. Nak bakar roti Iman sendiri, tunggu Ayah Iman belikan bread maker la. Hehe.

Sarapan pagi. Iman alhamdulillah sihat sekali~!! Tapi semalam Iman curi 1 biji red velvet cupcake untuk customer. Saya nak ambil dari dia, punya mengamuk sakan. Tak sampai hati, saya biarkan Iman makan. Hah sudah….malam tergaru2 satu badan tak boleh tidur. Haiyooo…. sedangkan resepi red velvet cake hanya menggunakan 2 biji telur sahaja. Itupun effect die da teruk sangat. Apa lagi, sumbat lah ubat allergik lagi malam tu. Hurmmm…

Apa pun, seronok tengok Iman makan jompot. Memang feveret dia dulu.

>

>

Makanan Pedas dan Bayi?

Dah lama tidak bercerita tentang pemakanan Iman. Iman makan dengan sihatnya sekarang. Pagi-pagi saya dan Ayah Iman dah bersarapan dengannya sebelum menghantarnya ke Taska @ ke rumah Nenek @ Atok Ibunya. Macam saya ni, jenis yang wajib bersarapan. Kalau tak, jangan harap lah nak buat kerja. Perut bernyanyi-nyanyi. Kenapa sarapan tu wajib? Sebab sepanjang malam tidur kan kita dah berpuasa. Maka, perut itu tentulah lapar. Mama dahulu memang masakkan nasi setiap hari untuk kami bersarapan sebelum ke sekolah. barulah boleh belajar dengan bestnya (sebab tu kami pandai-pandai kan mama? Thanks to you. Huehueheu. Puji diri sendiri :lol: kalo tak siapa nak puji. Hihi ). Dan Mama adalah seorang guru yang mengajar pagi. Masuk sekolah pukul 7 pagi, jadi kalau sempat masak nasi, cuba teka pukul berapa mama bangun?

>

430 am!!

Insaf kejap. Terima kasih mama. Sob..sob (mode terharu) :cry:

>

Balik pada topik.

“Terdapat tiada peraturan keras dan rigid tentang perkara ini, tetapi 24 bulan adalah satu penanda aras yang baik,” kata Susan Moores, seorang pakar diet berdaftar di St Paul, Minnesota, dan seorang jurucakap Persatuan Dietetik Amerika. Menjelang ulang tahun kedua, anak-anak akan biasa dengan memakan pelbagai jenis makanan, dan sistem usus akan lebih matang dan lebih bersedia untuk menghadamkan makanan yang pedas. Apabila membuat keputusan sama ada untuk memperkenalkan kari, lada cili, atau lain-lain rasa yang kuat ke dalam diet anak kita, fikirkan tentang bagaimana dia biasanya bertindak balas terhadap makanan yang baru dan eksotik. Mungkin anak-anak kita telah pun menunjukkkan tanda-tanda ketidak toleransi terhadap sesuatu makanan semasa kita masih lagi menyusukan mereka. Ini sebab kesemua makanan yang anda makan juga tertapis melalui susu. Petai? Durian? Kopi? Selagi semua nya mempengaruhi urin kita, secara logik pun kita boleh fikir yang ia sangat mempengaruhi air susu kita. Betul tak? Anda mungkin boleh menawarkan hidangan kecil makanan pedas sebelum dia berusia 24 bulan. Tetapi jangan sesekali memberi makanan pedas selagi umur anak kita belum mencapai setahun. (Saya air masak pun tak beri pada anak sebelum setahun..Hihihi). Lepas doktor kate ok, baru saya beri. Hauaaauahhauaahauh. Sekarang Iman setahun 6 bulan, asyik nak minum air sahaja.

Kanak-kanak di bawah 1 hanya menjadi biasa dengan makanan asas, dan mereka mudah terdedah kepada tindak balas makanan dan sensitiviti. Apabila memperkenalkan makanan yang pedas, mulakan dengan jumlah yang kecil dan menawarkan mereka dalam makanan yang kita anggap sebagai “selamat” untuk anak kita. Dengan cara itu, sekiranya dia mendapat sakit perut, cirit birit atau sebagainya, kita dah bersedia sebab kita dah agak pun. Tapi jika perut anak anda nampak macam terlalu sensitive, jangan paksa pula kerana ia boleh mengganggu system penghadaman anak anda. Tangguhnya untuk seberapa lama.

Yang seronoknya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu ni, anak-anak ni dah lama rasa makanan pedas melalui ibunya. Jadi, kadar perutnya untuk bertoleransi dengan makanan pedas ni mungkinlah lebih cepat. Hihi. :lol:

Iman rilek makanan nasik goreng yang agak pedas. Tidaklah pedas pun. Cuma rasa sedikit-sedikit sahaja. Berlatih supaya tidak cerewet sangat makan. Alhamdulillah, Iman tak meragam, tak merengek sakit perut.

Saya seronok beri anak makan.:D

>

Anda bagaimana?

 >

>

Bubur Berkhasiat – Bayi 9 – 12 bulan

Salam semua,

Saya mahu update. Iman tadi timbang 10.1 kg! Wow. Iman masih makan solid food, homemade food di rumah =). Saya masih memasaknya setiap pagi sebelum ke kerja. Namun, mesti tertanya-tanya kan? Iman masih makan bubur lembik ke? Masih bubur halus ke? Hehe. Tidaklah. Iman makan bubur juga, tapi lain strukturnya. Macam mana nak buat bubur yang simple, mudah dimasak, cepat disiap dan sedap dimakan? Mudah dimasak dan cepat disiap itu tujuannya adalah untuk ibu-ibu yang bekerja seperti saya yang kelam kabut nak siapkan banyak kerja di waktu pagi. Ada tekniknya tau. Sedap dimakan pula adalah suapaya pengasuh yang jaga baby tadi takdelah  pening kepala kenapalah baby ni susah nak telan bubur ni. Hehe. Oh, untuk teknik memasak yang mudah bayi 6 – 9 bulan, leh ulangkaji di sini ye.

Mula-mula saya dah pun buat untuk brokoli. Tiba-tiba baru teringat, tak ambil gambar pula. Uh, poyo kan. Sikit-sikit nak ambik gambar, sikit-sikit nak tepek kat blog. Ada orang kisah? Ada orang baca ke? Tak malu. Aaaaaa……….suka hati laaaaaaaaa…. (buat hati kering jah). Hihi.

Ok, back to story. Inilah hasil brokoli untuk bubur Iman untuk Iman belajar kunyah itu sayur. Hiihihih.

>

Macam kiub ais yang berisi brokoli. Cantik kan? Ianya sebenarnya brokoli rebus yang dipotong halus-halus, direbus dan dituangkan air rebusan bersama untuk membeku bersama. Kita mahu ajar itu budak kunyah ini sayur. Hihi. Selama ni main blend je semua, die tak rasa betul2 la kan.

>

>

Ok, saya demokan pula dengan kobis bunga ye.

>

Potongkan kecil2 kobis bunga. Agak2 macam baby boleh telan dan gigit. Saiz sebesar kuku saya kalian pon ok.

>

Kemudian, jika malas stim seperti saya, sila lah rebus mereka yang telah dipotong kecil2 itu.

>

Sudukan beberapa ketul yang kecil2 itu ke dalam ice tray, kemudian masukkan air rebusan supaya mereka membeku bersama-sama.Maka jadilah ia seperti brokoli di atas (lupa nak snap bila beku). Hish.

>

Cara memasak?

>

Oh, anak sudah besar. Boleh telan nasi sebijik2. Makanya, rebuskan sahaja nasi dengan air yg banyak. Jadilah bubur itu bubur yang kasar. Lantas masukkan lah bahan2 yang telah membeku tadi. Selain brokoli dan kobis bunga, anda boleh juga cuba dengan lobak, labu, kentang. Potongkan dadu kecil2 agak2 boleh telan (sebesar saiz kuku macam tadi juga boleh), ulang langkah di atas. Maka anda juga akan ada banyak set kiub solid food, yang sesuai untuk umur bayi anda yang sudah pandai menggigit dan menguyah.

>

>

Tada.. Bubur Ikan bilis dan Brokoli. Saya mula letak garam (read as: hanya sedikit garam) bila Iman genap setahun 1 minggu. Sebab dia mula pandai makan makanan orang dewasa. dah tahu rasa masin. Hish. Nway, sampai umur erapa ibu ibi yang lain berjaya tak letak garam dalam bubur @ makanan bayi ye? Saya cume berjaya setakat 1 tahun 1 minggu. Ingatkan boleh sampai umur 2 tahun. Hehe. Melampau x?

>

>

Selamat mencuba.

Mama Iman

>

>

Demam, selsema dan picky eater

Assalam semua,

Bila mana Cik Iman sakit, dia ada perangai pelik sikit. Kalau demam, aktifnya bukan sikit2. Iman akan jadi super duper aktif. Memang sangat aktif tak terkata. Terkinja sana sini. Lari sana sini. Semua barang dicampaknya. Nangis tiada. Merengek juga tiada. Happy semacam dan menjerit2 kesukaan semacam. Memang pelik. Pernah suatu malam jam 1 pagi, Iman tersangat aktif sampai tak terkawal. Badannya macam panas. Minum susu punya banyak, tapi tidur tak mahu. Melompat2 atas katil…sehinggalah tiba2 muntah sebaldi!!! Muntah banyak tak terkira. Putih semuanya… (semua susu saya belaka). Habis cadar dan baju dan bantal-bantal semua. Tapi Iman tak nangis pun. Lepas muntah, dia siap gelak2, menyusu kembali dan tidur dengan lenanya. Esoknya, tentu sekali saya ambil emergency leave. Tak demam pun. Cuma muntah.

Genap umurnya setahun, Iman demam buat pertama kalinya, dan sangat lama. Hingus meleleh2. Pun begitu, Cik Iman tetap tidak merengek dan menangis. Cuma menjerit2 bila saya sedut hingusnya., dan bila disuapkan ubat. Alih2, Iman kebah demam, saya pula demam. Saya baik, Ayah Iman pula demam. Ayah Iman kebah demam, Iman demam kembali. Bertali arus, berantai2 demamnya. Hihi. 4 minggu ke hospital mintak ubat sebab ubat asyik habis jek. Sampai bila akhirnya saya penat dah  bagi ubat, demam Iman baik pula. Hish.

Isnin lepas Iman demam. Isnin masih cuti Hari Buruh. Masih belum menunjukkan tanda-tanda demam. Aktif seperti biasa. Malam itu, tiba-tiba hingus meleleh. Aiyo. Kene cari klinik. Alhamdulillah ada klinik 24 jam yang PMCare cover. Jimat~! =p Rutin berjalan seperti biasa. Selasa, giliran Ayah Iman pula demam. Terlantar sahaja tak bermaya. Dan hari ini, giliran saya pula. Kalau boleh saya tak mahu demam. Sebab saya perlu menjaga Iman dan uruskan hal ehwal rumah. Kalau saya demam, alamat semua kerja rumah tak bergerak. Iman mahu makan apa. Jadi saya kena kuat. Saya tak mahu demam. Alhamdulillah, walaupun demam, saya masih manage untuk uruskan Iman seharian. Kena juga menggagahkan diri.

>

Bayi demam dan air masak

Kalau kita orang dewasa batuk-batuk, doktor akan pesan supaya elakkan makan berminyak dan minumlah air masak banyak-banyak. Betul tak? Kalau baby demam? Perlu air masak banyak-banyak? Bila saya tanyakan soalan ini kepada doktor, mereka menyatakan tidak. Hanya perlukan susu ibu, bukannya air masak. Lega hati saya mendengarnya. Bukannya saya obses denagn penyusuan susu ibu. Cuma saya lebih percaya kata doktor berbanding kata-kata orang lain bila masuk bab kesihatan ni. Yelah, kalau kate doktor kita tak percaya, kita lebih percaya kata-kata orang, buat apa jumpa doktor ye tak? Tak payahlah ada doktor kalau macam tu.

Bahkan masih ramai tak percaya bahawa air masak yang berlebihan boleh menyebabkan sawan kepada bayi. Nauzubillah dan Wallahuaa’lam. Allah lebih mengetahui. Tapi tak salah kalau kita mengkaji dan banyakkan membaca kan? Even kalau orang dewasa sekalipun sebenarnya disarankan untuk minum air masak berdasarkan “Drink to Thirst” (boleh klik di sini untuk baca lebih lanjut). Means, badan sendiri akan menghantar signal pada badan supaya kita berasa haus. Haus itu adalah tanda badan memerlukan air, sebelum tanda-tanda terhidrasi. Secara optimumnya, minum air masak 3 liter sehari. Jika terlalu banyak air masak pula, kita boleh terkena Water Intoxication(Klik untuk baca) iaitu keracunan air di mana kepekatan elektrolit dalam badan berubah menjadi tidak seimbang yang mana boleh mengganggu fungsi otak. Saya tak pandai komen lebih-lebih dan tak mahu pula menjadi blog kontroversi. Cumanya memang ada kajian yang menyatakan terlebih beri air masak pada bayi boleh menyebabkan sawan. Alhamdulillah saya tidak memberi Iman air masak sehingga umurnya setahun. Bila cuaca panas, saya berikan susu saya sebanyak mungkin. (Tak pernah saya dengar lagi bayi yang sepenuhnya susu ibu, terkana sawan). Sepenuh susu ibu yang saya maksudkan ialah susu hanya susu ibu, tetapi masih menerima makanan lain untuk memberikan khasiat yang optimum bila bayi berusia 6 bulan ke atas. Bila Iman sudahpun setahun, saya berikan dia air masak, tidak pula menjadikan Iman seorang yang cerewet tak mahu minum air masak. Ok sahaja. Serious saya sangat sedih bila saya melawat seorang ibu yang baru melahirkan bayinya, saya terpandang botol susu yang berisi air masak. Katanya untuk bersihkan perut bayi sebab bayi masih berak kehijauan (Mekonium). Saya tidak cakap lebih-lebih padanya. Siapalah saya untuk menasihati orang lain. Sebenarnya meconium memang berwarna hijau, dan cara terbaik untuk bayi berak dengan sihat adalah dengan memberikan susu ibu semata-mata. Air masak boleh menyebabkan usus bayi terhakis. Sampai bilakah isu ini akan berlanjutan. Saya tak pasti. Entry ditulis untuk luahan hati sendiri.

>

Bila anak sudah pandai memilih makanan

Iman sudah boleh makan macam-macam. Cuma saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buatnya. Saya masih menyediakan homemade bubur nasi kepada Iman untuk dimakan 3 kali sehari. Cuma kadang-kadang Iman memilih sedikit. Semua ini terjadi sebab Iman mula berminat dengan makanan yang kami orang dewasa makan. Semua mahu dimintanya. Paling tak tahan, Iman suka kerepek2 yang keras2. Contoh, kerepek pisang, kerepek tempe. Saya kurang gemar dengan fenomena ini. Saya tak mahu ianya berterusan. Dan akhirnya saya memilih untuk memberikan Iman biskut sebagai kudapannya. Hihi! Tetapi……ada tetapi tau. Semua biskut itu hanya saya akan beri selepas Cik Iman makan kesemua buburnya. Hohohoh. Biskut pula, saya pilihkan yang less sugar, dan penuh dengan bijirin gandum dan oat. Paling Iman suka, Jacobs Weetameal. Oklah, since Iman pun dah berumur setahun sebulan. Asalkan tiada junk food, saya ok sahaja. So, sila jangan hulur junk food pada kami. Hihi.

Oh, berkenaan motor yang selalu bawa roti dan jajan petang2 tu, minta maaf ye, saya takkan beli. Sayangkan anak, jaga pemakanannya dari awal. Seperti bak kata Dr Zubaidi. Boleh baca selanjutnya di blog beliau.

Kadangkala saya gelihati melihat telatah ibubapa. Apabila saya memberitahu bahawa anak mereka harus mengurangkan “ayam goreng” dalam menu hidangan kerana berat badan yang berlebihan, ibubapa akan berpaling ke arah anak mereka dan menyalahkan mereka pula.

“Dengar tu Daniel, lepas ni tak boleh makan KFC lagi..berat badan dah naik.”

“Tu lah Syafiq, mama dah cakap. Tak nak dengar…”

Saya tergamam mendengar reaksi itu. Bukankah ibubapa yang seharusnya mengatur pemakanan anak-anak mereka? Bukankah ibubapa yang membawa anak-anak ke KFC dan McDonald lalu memesan makanan di kaunter restoran itu? Bukankah ibubapa yang mengeluarkan wang?

Bukan saya yang cakap ye. Doktor yang cakap. Semoga saya lebih tabah dalam memberikan makanan yang berkhasiat buat anak-anak saya kelak. InsyaAllah.

>

>

Suka epal. Alhamdulillah.
>

>

Habis dikongkangnya epal tu.

>

>

Makan jagung pulak.

>

>

Macam mana cerita ibu lain pasal makanan anak2? Boleh share?

>

>

>

Salam sayang,

Mama Iman

<

<

Baby Finger Food


Finger food amat sesuai buat bayi 8-12 bulan. Memberi bayi finger food memang cabaran. Kalau notis, saya tak sempat langsung nak cerita pasal finger food ni. Kenapa? Hurm..sebabnya saya terpaksa berperang dengan Cik Iman. Mana sempat nak snap bagai. Aduhai la..Cuma apa yang saya praktikkan adalah dari jenis buah-buahan. Mula-mula konon nak buat la jugak lobak kukus. Memang buat pun. End up die tak nak makan. Tapi bila saya suapkan dalam mulut, ok je pulak dia makan. So, kira kurang berjaya sikitlah sayuran sebagai finger food Cik Iman. So, sayur saya utamakan sebagai makanan di dalam bubur Iman yang mana perlu disuap. Lain pula dengan buah. Iman memang suka makan buah – macam Mamanya. Huehueheuh.

>

>Lobak dan brokoli yang distimkan. Untuk lobak, Iman suka jek pegang, tapi gigit sikit-sikit. Macam tak berkenan sangat. End up saya patah-patahkan sendiri masukkan dalam mulut dia. Telan jek. 2 batang selamat dimakan. Kene selalu cuba baru biasa. Penuh dugaan dan kesabaran. At least dia makan. Ok la jugak. Heheh. Brokoli? Erm, tak sedap rupanya buat stim macam ni. So, alih-alih masuk dalam bubur juga. Ngaahaha.

>

>

Maka, lebih mudah guna buah lah! =p
Buah-buahan pilihan hati saya (menjadi pilihan hati saya sebab saya yang suka..ngahahaah) adalah, pisang, betik, mangga, tembikai susu, dan buah naga!! Kemudian, memcecah umur setahun, CIk Iman suka benar dengan nenas. Untuk hisap-hisap oklah, sebab serat nenas besar-besar.

Saya potong dadu kecil-kecil semuanya. Saiz optimum yang sesuai ialah kurang dari 1 cm. Dan pastikan kesemua finger food ini lembut dan mudah dihancurkan oleh gusi ye. Maaf, memang takde gambar.  cari-cari mana entah menghilang gambar dadu2 buah tu. Letih sikit la beri finger food ni (sebab baby tak duduk diam dek tiada kerusi bayi – hehe). Sebab memang bergelut habis dengan Cik Iman. Mana taknya, suruh masuk mulut, dicampaknya ke kanan ke kiri. Tu tak masuk kalau dia lari sana sini. Maklumlah, duduk menumpang. Tak nak saya sepah-sepahkan rumah nenek2nya. Hihhiihih. Tak pasti berapa biji dadu kecil tu yang masuk mulut. Huhuhu.. Tapi alhamdulillah, dia memang makan semuanya. Cuma leceh menyediakan finger food ni ialah, kene potong-potong on time die nak makan. Tak boleh nak segerakan macam solid food cube dia tu. So, end up weekends je yang boleh buat macam tu.

Yang saya paling tak tahan ialah bila beri dia buah mangga, najisnya nanti punyelah kuning!! Menyala-nyala warnanya. Dah tu esoknya pula saya hidangkan pula buah naga yang isi merah tu. Sudahnya pula merah lah juga warna najisnya! Dengan biji2 buah naga yang kelihatan. Oh, berpinar mata, kata nenek dan atok2nya. Hahahhaa.

Oklah, mari kita tengok tips memberi anak makan finger food.

1. Sediakan tempat duduk bayi yang selesa. Kalau boleh biar bayi fokus pada makanan tu untuk dibuat main. Tutup TV atau cartoon, sebab ia mengganggu konsentrasi bayi. Kalau takde seat baby @ bumboo seat tu, buat bayi yang sudah pandai duduk sendiri, bentang plastik alas meja. Pastikan ianya cukup bersih, sbb nanti bayi anda jatuhkan makanan, kemudian dia kutip balik masuk mulut. Hihihi. (Ni kes Cik Iman la ni – sebab dia tidak punya kerusi makan bayi – ngahahaha). Tapi kalau anak dah start berlari, siap2 dengan mop la ye.

2. Kenalkan makanan satu persatu. Kalau katakan hari Isnin hidangkan buah mangga, try juga buah mangga untuk Selasa juga. Pelan-pelan, supaya bayi dapat menikmatinya dan rasa seronok. Tabahkan hati anda juga sekiranya bayi anda menabur di sana sini seperti ingin menyemai padi ok. Huhuhu. Bila dah rasi, atau bayi dah nampak boring, tukar buah dengan warna lain pula. Kadang kala bayi tertarik dengan apa yang kita makan. So, tak salah kita kunyah dulu depan mata dia. Buat mimik muka yang seronok ok. Tentu dia rasa nak cuba jugak. Best tau!

3. Bila rasa macam dah serasi, bolehlah tukar ke buah lain pula ye. Perlu diingat buah-buahan citrus seperti strawberi, anggur, oren, nenas hanya boleh diberi bila bayi sudah berumur setahun, kerana semuanya berasid kan?. Kalau katakan bayi memilih, jangan putus asa. Lainkali cuba lagi. Lepas seminggu dua, cuba beri lagi.

4. Jangan pula terlebih beri makan finger food pada bayi. Ini boleh menyebabkan bayi kenyang dan reject pula makanan utamanya iaitu bubur. Hihi. Cukup sekadar 5, 6 ketul2 kecil untuk sekali makan (yang masuk dalam mulut mungkin 1 @ 2, its ok). Alah, kita makan buah pun bukan melantak tembikar sebiji kan. 2,3 kiub kecil tembikai mungkin bersamaan dengan sepotong tembikar buat kita.

5. Yang pastinya, sentiasa awasi bayi anda bermain-main dengan makanannya.

Menikmati kismis sambil tengok TV. Aktiviti selepas menikmati adalah aktiviti sepahkan rumah nenek dan atok2nya dengan kismis tersebut.

>

>

Selamat mencuba ye kawan2.

>

>

Salam Sayang

Mama Iman

>

>

Pemakanan Bayi Yang Sihat

Kali ini, mari cerita secara serius tentang pemaknan bayi dan kanak-kanak ye. Makanan pelengkap bayi adalah bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari).  Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap. Walaubagaimanapun, penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun. Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi. Inilah pemakanan bayi sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

>

Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas?

Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:

  • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
  • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
  • Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.

>

Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat ?

  • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
  • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
  • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi  cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur? :lol: ).

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila di pasaran kini wujud pula susu yang kononnya mengandungi semua nutrisi makanan yang lengkap, lalu hanya perlukan susu tersebut tanpa perlu makanan tambahan? Saya betul-betul anti dengan iklan susu itu. Mana mungkin ada susu yang boleh mengandungi kesemua nutrient? Saya teringat kepada cerita cartoon Wall-E. Dalam cerita tersebut, semua manusia (gemok-gemok pula) hanya perlu minum air (entah air apa) sepanjang berada di angkasa lepas dek kerana bumi telah pun punah disebabkan pencemaran. Tak sangka pula susu sebegitu wujud. Hish.

>

Cerita melambangkan masa depan? Gambar dari Google.

Pemakanan yang sihat bermula dari seorang ibu. Ye, ibu la yang bertanggungjawab menyediakan kesemua nutrisi buat anak-anak. Jangan salahkan sesiapa kalau anak anda tidak suka makan sayur @ buah. Jangan salahkan nursery, sebab semuanya bermula dari rumah. Jika anda gagal sebelum ni, jangan putus asa. Anda masih berpeluang perbaiki untuk anakyang seterusnya. Kita belajar dari kesilapan.

Ok, maafkan bebelan saya. Kita teruskan dengan serius ok.

>

>

Bagaimana pula dengan struktur makanan bayi yang patut disediakan? Jadual seperti di bawah ini saya juga praktikkan buat Cik Iman.

Umur Bayi Tekstur Makanan
6 – 8  bulan Puri, dilecek atau makanan separuh pejal
9 – 11 bulan Makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food)seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberikan.
>12 bulan Makanan keluarga

>>

Dalam umur bayi 6 – 8 bulan, bubur Iman dikisar halus. Semakin Iman membesar, kuantiti air yang digunakan untuk mencairkan buburnya dikurangkan. Kenapa? Logiknya dalah untuk mengajar Iman cara untuk menguyah. Nampak simple, yelah takkan itu pun nak ajar. Betul, kena ajar sebab ada bayi yang lambat menguyah tau. Maka, perubahan sstruktur makanan sebenarnya amat penting. Jika 6-8 bulan puree bayi dibuat halus, maka 9-11 bulan, puree bayi juga harus dibuat kasar. Ini bermakna frozen puree juga mempunyai struktur makanan yang lebih besar. InsyaAllah jika ada kelapangan akan saya sertakan entri berkaitan. Tentang finger food pula, ia penting supaya bayi dapat menyua sendiri makanan mereka. Kita tak nak kan bayi kita sehingga umur 4 tahun masih tak pandai makan nasi guna tangan? Hehe. Kentang bakar, brokoli dan lobak rebus adalah pilihan yang baik. Nantikan entri seterusnya untuk penyediaan finger food bayi.

>

>

Panduan Memberi makanan kepada bayi

  • Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk  mengelakkannya daripada tercekik.
  • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk  mengelakkan tercekik.
  • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). Saiz kismis sangat bersesuaian untuk dijadikan finger food.
  • Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.

Walaupun bayi anda masih belum mempunyai gigi, percayalah bahawa gusi bayi sangat kuat dan boleh menghancurkan makanan lembut. Tak percaya? Tanyalah ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Memang sakit walaupun hanya digigit menggunakan gusi.

?

?

Kekerapan Makanan


Umur Sukatan Makanan Setiap Hidangan Kekerapan Makan Sehari Kekerapan snek
0-6 bulan

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi
6—8 bulan ½ cawan bubur nasi 2 – 3 kali 1 – 2 kali
9 –11 bulan ½ cawan bubur nasi pekat 3 – 4 kali 1 – 2 kali
1 – 3 tahun ½ cawan nasi atau 1 keping roti 4 – 5 kali 1 – 2 kali

>

Cik Iman akan merengek-rengek jikalau lapar. Kadangkala sudah pun memberikan susu segala dan bubur sebagai menu utamanya. Tapi mungkin kerana sudah terbiasa makan, jadi Iman suka makan dan lapar. Tak apa memberikan makanan kepada bayi anda. Asalkan ia berkhasiat, sihat, tiada bahan pengawet, dan dalam kuantiti serta kekerapan yang disarankan. Seeloknya makan bersama di kala bayi anda makan. Kenapa? Supaya bila giliran anda makan nanti, tidak pula mereka teringin apa yang anda makan. Sayangkan kesihatan anak, jangan beri semua yang anak nak ok? Bila dah obes, jangan marah anak tu pula ye. Heheh.

>

>

Sukatan Makanan

Kumpulan makanan Kumpulan umur
6-8 bulan

9-11 bulan

1-3 tahun

Bijirin, Sumber bijirin dan ubian 1½ cawan bubur pekat 2 cawan bubur pekat 2 cawan nasi
Sayur-sayuran ¼ cawan sayur masak ½ cawan sayur masak 1 cawan sayur masak
Buah-buahan ¼ betik atau ½ pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g)
Daging, haiwan ternakan, ikan dan kekacang 2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi Ikan ( ¼ ikan saiz sederhana) 2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji Telur ½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur
Susu Susu ibu mengikut kehendak bayi Susu ibu mengikut kehendak bayi Susu ibu mengikut kehendak bayi /3 gelas susu
Lemak, minyak 1 sudu teh minyak 1 ½ sudu teh minyak 1 sudu teh minyak

Pertukaran sukatan:

Sukatan 1 cawan = 200ml

>

Hish..susah nak ikut jadual kat atas ni. Ini sebagai panduan sahaja. Terpulang kepada ibu bapa. Jangan terlalu banyak beri makan, dan jangan paksa bayi anda makan! Ia akan menjadikan makanan adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan. Alhamdulillah, approach yang saya gunakan ke atas Iman menjadikan Iman bukan sahaja gemar makan, malah langsung tidak memilih makanan. Syukur. :-D

Perhatian:

  • Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. Sebabnya ginjal bayi masih belum matang untuk memproses semua tu. Anda juga tak berharap bayi anda sakit awal kan?
  • Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. Ini memudahkan bayi menelan sayur kerana sayur berdaun seperti bayam sukar dilerai sekiranya tiada gigi. Hihi.
  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu, untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
  • Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. Maka, susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
  • Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.
  • Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. Sabar di sini ialah, sabarlah kemas kekotoran di lantai, dan sabarlah mengejar mereka makan. Hoho.
  • Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.
  • Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa.  Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan. Puji mereka, ceria-ceriakan muka. Senyum dan ketawa. Hihi.

Selamat mencuba ye ibu-ibu.

>

>

Sumber Rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia

Cik Iman – 7 bulan dengan buah mangga. Saja Mama Iman suruh Iman suka buah mangga biar Mama Iman dapat join sekaki. Hoho.

>

Bilakah bayi boleh mula minum air putih?

Salam ibu-ibu..

Sebenarnya saya pun dalam dilema untuk soalan di atas. Sebab tu saje-saje tanya yang pakar. Hehe. Seriously saya takut nak beri Iman air masak walaupun umurnya dah hampir setahun. Ada juga beri, tapi tak banyak, dalam 2,3 sudu. Hohoho. Sebab saya rasa susu ibu dah cukup untuk Iman. Lagipun tak pulak doktor suruh beri air masak. Even masa Iman demam pun doktor tak pulak kasi beri air masak bila saya tanya. (Iye, saya tanya okeh). Hurm..so, sila baca di bawah ni. Saya bertanya kepada seorang Pakar Laktasi di Melaka – Puan Azurah.

Saya mendapat pertanyaan melalui ruangan komen di blog saya (http://azurahanuar.my) dari Puan Farha (http://ibucergas.com).

Soalannya begini:

Salam, nak tanya, bila masa yang seswai untuk beri anak air masak. kadar kekerapan pula mcm mane? dengar2 jugak lepas setahun baru ok beri air masak. dengar2 jugak, kalau baby dah makan 3 meals sehari (bubur), dah kene bg air masak, dengar2 jugak, kalau dah ade gigi kene minum air masak (doktor gigi btau) sebab nnti kalo x de air masak, gigi rosak. Dari pandangan pakar laktasi pula bagaimana ye?

Maka jawapannya adalah,

Bayi berusia dibawah enam bulan tidak memerlukan apa-apa selain susu dan sebaiknya susu ibu, menurut para ilmuwan di John Hopkins Children’s Center di Baltimore, Amerika Syarikat,

Air yang banyak dalam badan bayi ini boleh mengakibatkan penyahtoksin atau intoxication.

Menurut Dr. Jennifer Anders, dari John Hopkins Children’s Center, ginjal bayi belum matang. Memberi mereka banyak air akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan natrium akibat kelebihan cairan. Kehilangan natrium akan mempengaruhi aktiviti otak.

Gejala awal dari intoksikasi air adalah merengek-rengek dan tidak selesa, mengantuk, suhu tubuh rendah, edema atau bengkak disekitar wajah, dan kejang.

Bayi boleh mula diberikan air setelah ibu memperkenalkan makanan tambahan pada usia 6 bulan. Itu pun seharusnya tidak banyak.

Bagi soalan minum air masak apabila sudah ada gigi, penjagaan gigi bayi adalah serupa seperti orang dewasa malah lebih lagi kerana penjagaan mulut mereka perlu bermula sedari lahir. Kesihatan mulut dan gigi mereka perlu dijaga kerana ia akan mempengaruhi mereka pabila dewasa kelak.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil bagi menjaga kebersihan dan mulut anak-anak anada, Bersihkan gusi mereka dengan kain kasa yang dilembapkan, jangan biarkan bayi anda tidur sambil mengisap botol (jika menyusu badan, anda tidak perlu risau akan perkara ini kerana sewaktu bayi tidur, tiada susu yang keluar kerana tiada hisapan keluar susu), jangan tambah manisan pada makanan bayi, dan bawalah anak anda ke pemeriksaan gigi di doktor gigi dari masa ke semasa, seawal 6 bulan pertama selepas gigi pertama keluar atau pada usia setahun.

Saya harap jawapan saya yang serba ringkas ini dapat membantu Puan Farha dan menjelaskan beberapa kemusyikan puan.

Mungkin ada rakan-rakan lain yang ingin berkongsi tips dan pendapat? Jangan malu untuk tinggalkan komen ada di entri ini ya.

>

>

Oklah, surrender. Lepas Iman setahun ni tanggal 31/3 ni, saya akan beri Iman air masak. Itupun tak banyak. Maksimum 2 oz, itupun hanya selepas setel makan nasi, setel minum susu. Iman, jom pergi jumpe doktor gigi. Hihi.:D

>

>

Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree


Salam,

Kali ni saya nak kongsikan sedikit kesilapan saya dalam menyediakan puree bayi yang dibekukan. Klik di sini untuk cara-cara penyedian makanan puree bayi. Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati. Saya akui, saya juga banyak membuat kesilapan. Huhu… lepas memaksa diri baca dan baca, barulah sedar kembali, dan betulkan kembali kesalahan itu. Apa dia kesilapan saya?

Kesilapan saya adalah:

  1. Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Oh, ini salah ye kawan-kawan. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
  2. Saya tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
  3. Jangan letak dalam bekas plastik seperti di bawah ni (kesilapan lepas… hehe). Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan.  Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.


Kesilapan saya yang dahulu. Huhu.>

>

Ini juga cara yang salah ye puan-puan. Puree sepatutnya dimasukkan ke dalam bekas ais bertutup.

>

>

Maklumat tambahan untuk penyediaan makanan beku bayi (yang saya tak buat silap, hehe).

  1. Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
  2. Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
  3. Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
  4. Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan? Hehe.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Rujukan:http://www.wholesomebabyfood.com/pureebabyfoodandstore.htm#Storing%20Baby%20Food%20Pur%C3%A9e%20in%20the%20Refrigerator

Salam sayang,

Mama Iman

>


Makanan Bayi Yang Sihat Tanpa Pengawet

Koleksi Makanan Bayi Buat Cik Iman.

Salam semua,

Sudah lama tak update tentang makanan bayi buat Cik Iman. Iman masih makan makanan buatan tangan Mama Iman. Cuma kerana umurnya sudahpun hampir 10 bulan, beliau perlukan lebih dan lebih nutrisi. Ayam juga sudah dimasukkan ke dalam menu Cik Iman. Ayam, daging, dan ikan merupakan sumber zat besi, vitamin B, zink, magnesium dan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan. Pilih daging yang tiada lemak, dan buang bahagian-bahagian yang berlemak seperti kulit dari menu bayi.

Makanan bayi beku atau frozen solid food sangatlah praktikal buat ibu-ibu yang bekerjaya. Cuma luangkan 1 jam waktu hujung minggu anda, untuk menyediakan makanan beku bayi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi setiap pagi sebelum ke pejabat. Proses masa diambil hanyalah 5 minit sahaja. Tidak tahu caranya? Klik sahaja di sini untuk membuat puree kurma dan bagaimana untuk mencampurkan puree ke dalam bubur bayi. Bagaimana ayam disimpan sebagai makanan bayi beku? Prosesnya sama sahaja.

Penyediaan Ayam Beku untuk Makanan Bayi (9 bulan ke atas)

  1. Ambil bahagian daging ayam yang tidak berlemak, buang kulit dan tulang.
  2. Rebus sehingga empuk dan lembut, minimumkan penggunaan air semasa merebus.
  3. Kisar sehingga halus bersama air rebusan.
  4. Masukkan ke dalam bekas acuan ais.
  5. Bekukan semalaman.

Inilah hasilnya.

Ketulan ayam yang sudah dibeku dan diasingkan ke dalam bekas. Sedia  untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi.

Di sini saya kongsikan penyediaan puree epal yang dahulu menjadi alergi kepada kulit Iman. Saya ingin mencuba kembali menu epal ke dalam makanannya, dan perhatikan tindak balas tubuh Iman, muncul ruam kembali di pipi ataupun tidak.

Rebus epal yang telah dikupas kulitnya sehingga lembut. Tidak perlukan air yang banyak.

Puree epal dan puree lobak yang sedia untuk dibekukan (eh..tiba-tiba ada puree lobak pulak – hehe). Masukkan ke dalam tray acuan ais yang bertutup. Sangat praktikal. Acuan ais ini boleh didapati di Giant, berharga RM4 setiap sepasang. Hehe.


Cantik kan? Puree lobak yang telah baru dibekukan, dipindahkan ke dalam bekas bertutup lain supaya bekas ais tadi dapat diguna untuk membuat puree yang lain. Takkan nak beli berdozen-dozen. Tercekik saya.

Puree Epal


Puree Keledek Merah

Puree Brokoli

Menyusun Menu Bayi Anda

Bagaimana? Saya pelbagaikan jenis menu Cik Iman. Kadang-kadang saya campurkan buah-buahan tanpa sebarang ayam. Kadangk-kadang ayam dan sayur semata. Saya buat begini supaya Iman tidak bosan makan benda yang sama setiap hari.   Contoh seperti berikut.

  1. Isnin: Bubur Nasi Putih + Brokoli + Ayam + Lobak Merah
  2. Selasa: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Kobis Bunga
  3. Rabu: Bubur Nasi Putih + Lobak Merah + Ayam + Bayam
  4. Khamis: Bubur Nasi Putih + Epal + Brokoli
  5. Jumaat: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Bayam +Ayam
  6. Sabtu & Ahad: Banyak Kombinasi, sebab berada di rumah, jadi kadangkala beri pisang, betik, yang dijadikan finger food. Nasi juga tak lupa.

Campuran bubur nasi

Garam dan gula tidak dicampurkan sama sekali. Sekiranya bayi anda telah dimulakan pemakanannya dengan bubur segera di pasaran, hampir mustahil untuk bayi anda menerima makanan homemade yang tawar seperti di atas kerana sudah terbiasa dengan perisa tambahan, garam dan gula yang terdapat dalam bubur segera bayi. Oleh itu, mulakan pemakanan sihat bayi anda sedari awal, iaitu jangan mengenalkan langsung garam dan gula pada makanannya. InsyaAllah kerana sudah terbiasa dengan makanan terbabit, sehingga ke besar mereka tidak menyukai makanan terlebih garam dan gula.

Untuk memberi rasa  manis pada bubur, pastikan elemen manis itu datang dari buah-buahan seperti epal, kobis bunga dan juga lobak merah. Boleh juga ditambahkan susu ibu untuk rasa lemak berkrim. Malah, susu ibu juga manis rasanya dan memberikan rasa biasa pada lidah bayi. Jika inginkan rasa masin, cukup hanya dengan menampah serbuk ikan bilis, sedikit sudah memadai. Cik Iman tak berapa suka ikan bilis. Hehe. Tapi masih makan juga lah. Malah, Cik Iman boleh jek terima makan bubur nasi putih, ayam dan bayam begitu sahaja.

Finger food? Saya bukakan baju Iman, bentangkan plastik alas meja di lantai, dan beri Iman betik masak yang ranum untuk dipegang dan dieksplore. Pernah juga buat dengan biji buah mangga yang masih ada isi-isi terakhir. Pastikan anda sentiasa pantau setiap sesi makan supaya insiden seperti tercekik makanan tidak beraku.

Selamat Mencuba.

Salam Sayang,

Mama Iman

>

>

Makanan Bayi :Penyediaan Bubur Nasi dari Frozen Solid Food

Salam, kali ni saya mahu kongsikan bagaimana saya memasak makanan bayi untuk Iman tanpa membazirkan begitu banyak masa. 5 minit sahaja diperlukan untuk memasak bubur Iman. Bubur nasi Iman dimasak menggunakan resipi berikut:

Resipi bubur nasi untuk ibu bekerjaya (bekerja + berjaya? .. =D kekeekek)

  1. Basuh beras (dalam anggaran untuk kegunaan seminggu), kemudian toskan. (boleh juga sangan @ goreng kering dalam kuali tanpa minyak sehingga agak2 keputih kuningan)
  2. Kisar beras tadi sehingga halus.
  3. Masukkan ke dalam bekas kedap udara (Tupperwar ke Tipuware ke…asalkan kedap..ngee)
  4. Simpan di dalam fridge untuk mengekalkan kesegaran.
  5. Setiap pagi, sudukan kuantiti beras kisar tadi ke dalam periuk, dan dicampur air.
  6. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga membentuk bubur seperti gambar di bawah.
Bubur nasi yang siap dimasak
Kemudian pilih buah-buahan dan sayuran pilihan hati


Campurkan ke dalam bubur. Di dalam bubur nasi ini, saya masukkan puree kiub lobak, brokoli dan keledek merah (keledek manis).
Kacau sehingga sebati…siap~!!!

Mudah bukan? kini, tiada alasan lagi untuk tidak memasak. hehehe…oleh kerana Iman dijaga nenek dan toknya, bubur Iman tidak perlu dimasukkan ke dalam flusk. Hanya perlu dipanaskan apabila perlu.

Selamat mencuba~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...