Category: Parenting

Susu Berkualiti 7

Susu Berkualiti

Salam, Boleh kalian nampak apa yang saya nak tunjukkan? Boleh tak? Paham tak agaknya? Itu bukan susu basi ok. Hooo… itulah foremilk dan hindmilk. Yang mana? Sila tengok gambar di atas. Yang lapisan bawah cair-cair agak-agak jernih itulah foremilk, dan yang pekat, kental, putih mulus lemak berkrim di bahagian atas itulah hindmilk. Alah, yang orang-orang tua kata foremilk tu air, hindmilk tu nasi la. Aduhai…janganlah dok kata lagi breast kanan tu nasi, breast kiri tu air. Dah banyak kali sangat cakap...

Jalan-jalan Sambil Menyusukan? 0

Jalan-jalan Sambil Menyusukan?

Salam… Kakak saya mempunyai seorang kawan yang baru sahaja habis pantang dan ingin membawa bayi kecilnya berjalan-jalan. Ada bermacam-macam sling dan baby pouch. Ada yang jenis wrap, ade yang jenis ring sling. Ada juga baby carrier yang modern. Saya pengguna setia ring sling dan baby carrier modern. Bagi saya, ring sling amat sesuai untuk menyusukan terutama ketika bayi berusia 0-4 bulan pertama, dan baby carrier pula sangat sesuai bila bayi anda sudah besar sedikit (apabila kepalanya sudah kuat). Saya tidak berani...

Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu 0

Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu

ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ. Cukur jambul amalan bidaah orang MelayuSusunan : Bawang Goreng pada 1/28/2009 12:27:00 PM AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad SAW. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi...

Alasan saya tidak memberi anak saya air masak sehingga anak saya berumur setahun? 5

Alasan saya tidak memberi anak saya air masak sehingga anak saya berumur setahun?

Susu ibu adalah 88% peratus air Komposisi air di dalam susu ibu yang diambil oleh bayi yang menyusu secara ekslusif memenuhi keperluan bayi dan membekalkan khasiat yang secukupnya. Walaupun bayi yang baru lahir hanya menerima air yang sedikit disebabkan kandungan kolustrom yang pekat di dalam susu ibu, air masak tambahan juga tidak diperlukan (malah mungkin berbahaya jika diberikan kepada bayi). Apabila anak saya sudah terasa kenyang dengan air, mungkin dia sudah tidak mahu menerima lagi air susu ibu. Ini akan membantutkan...

Awas puting bayi! 0

Awas puting bayi!

PENGGUNAAN puting bayi perlu dielakkan sejak peringkat awal lagi. Boleh baca direct dari KOSMO Online di link di bawah ini. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan. Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak. Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.