Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman

Salam,

Kali ni sya nak sembang macam mana pulak saya tangani masalah susu merudum. Saya akui memang susu formula pernah masuk ke perut Iman tatkala Iman di NICU (Neonatal Intensive Care Unit). Total hari, 6. Tetapi diselang selikan dengan EBM saya dimana Ayah Iman membawa susu-susu tersebut setiap pagi hari, bila mana EBM seperti tidak cukup, pihak hospital topup dengan susu formula:evil: {focus_keyword} Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman icon evil. Purata dalam 14 oz EBM dibekalkan kepada hospital. Serius saya tak tahu yang hospital tu tak berapa Rakan Bayi. Jika di Hospital Sungai Buloh, setiap bayi yang dimasukkan ke NICU akan rooming-in dengan ibu masing-masing supaya susu ibu tetap dapat diberikan secara on-demand. Iman dan saya di Hospital Sg Buloh selama 1 minggu.

Melalut panjang pulak.

Apa yang nak saya sampaikan ialah, perut Iman telah disogok dengan susu yang sangat banyak untuk sekali kenyang. Bayangkan la baru sehari umurnya, susu diberi sebanyak 2 oz! Maka, setelah keluar dari hospital, demand Iman sangat tinggi!. Mungkinlah itu penyebabnya. Bottle feeding mungkin menjadi sebab kenapa anak minum banyak. Untuk menampung keperluan Iman, saya terpaksa menghasilkan sehingga minimum 30 oz sehari! Sebab pernah ada hari yang Iman minum sampai 28 oz! Dan tidak muntah pun. Yelah, kalau muntah, kita tahulah yang dia terlebih minum. Huhuhu..jadi, macam mana saya nak pastikan badan saya hasilkan susu sebanyak tu? Mari saya recall balik.

  • Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter. Saya memang rasa kering sentiasa, jadi memang saya minum dengan sangat banyak. Oh, tentulah ke tandas dengan banyak juga.
  • Makan lobak putih. Serius, sepanjang pantang, setiap hidangan saya ada lobak putih. Saya suruh mama masakkan jangan bening (sayur kuah air). Tips memasak lobak putih adalah potong nipis-nips dan masak sehingga lembut. Jika tidak, ia akan berasa pahit dan agak berbau maung. {focus_keyword} Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman lobak putih
  • Makan halba (Fenugreek). Saya tak lalu untuk merendam halba dalam air suam dan minum airnya. Serius tak lalu. Jadi, saya ambil pil fenugreek je. Hehe. Dasar malas. Tips memakannya pula, ambil 2 @ 3 biji setiap kali sebelum makan. Tetapi ada kawan nasihatkan ambil selepas makan. Sebabnya fenugreek boleh sebabkan pedih perut kalau ambil masa perut kosong, dan ianya merupakan nasihat dari ahli farmasi. So, better follow the expert la kan? Dan air mesti diambil banyak. Kemudian, perhatikan 2, 3 hari. Kalau tiada perubahan, tambahkan dos sebiji lagi. Purata harian ialah 10 biji. Sehingga anda merasakan bau badan anda sama dengan bau fenugreek dari dalam botol tu, maknanya dah cukuplah tu dos nya. Alhamdulillah, selepas makan fenugreek, supply saya menjadi sehingga 40 oz sehari, 8 jam sesi perahan, 2 @ 3 jam selang. Selepas supply susu banyak, boleh berhenti memakannya, dan boleh consume kembali bila susu merudum. Wah…can tailor how much quantity of breastnilk you need with fenugreek. Hehe. Tetapi produk ini tidak boleh diambil pesakit asthma dan angin ye.                                         {focus_keyword} Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman DSC01094 Boleh dibeli di sini.
  • Breast Feeding Trial Set Shaklee. Haa, yang ni bila dah susu banyak makan fenugreek, saya tambahkan pula kualiti susu saya. Jadi lemak berkrim dan disukai Iman. Dengan adanya produk ni pula, instead of 28oz, Iman hanya perlukan 16oz sehari sebab dia jadi terlebih kenyang. Tak perlu susu banyak-banyak. Apa jadi pada supply saya yang banyak-banyak sampai 40 oz sehari tadi?? Hoho..tentulah jadi stok!! Itulah sebabnyak stok susu Iman banyak sekali masa umurnya 4, 5 bulan. Sebab supply is more than demand. Hehe. Alhamdulillah. Boleh baca cerita tentang susu berkualiti saya di sini. Disertakan juga di mana mahu membelinya:mrgreen: {focus_keyword} Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman icon mrgreen. {focus_keyword} Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman P1020628a
  • Doa dan sentiasa berfikiran positif. Ini yang paling penting. Sentiasa ucap alhamdulillah tak kira berapa banyak susu yang keluar. Tipulah kalau tak rasa frust kalau susu keluar sikit. Tetapi ia seolah terapi minda. Alhamdulillah, bila kita amalkan, kita akan rasa berlapang dada. Percayalah.:D {focus_keyword} Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman icon biggrin

Sekian sahaja untuk kali ni,

Selamat mencuba,

Mama Iman

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cara Tangani Susu Merudum Versi Mama Iman pixel

You may also like...

14 Responses

  1. nurul says:

    salam.. sy ada baby umur 5 bln. dr awal lahir, baby dah diberikan susu formula (sbb puting sy pendek, baby kuat nangis, jd mak sy bg baby minum susu formula. katenye baby tak elok nangis lame2 n baby tak kenyang minum susu badan).
    sampai skrg baby menyusu badan dan minum susu formula. tp skrg baby dah jarang menyusu dan tak berapa nak menyusu badan. tambahan pulak, susu saya dah makin kurang.
    macam mn nak bg susu sy byk semula. dan mcm mn nak bg baby sy nak menyusu balik..? skrg ni, die menyusu, lps 3 ke 4 kali hisap, die lepas. kalau mood taknak menyusu die dtg, bile sy letak puting kat mulut die, die pusing muka ke tempat lain (walaupun die tgh lapar). sedih rasenye…tp bile bg susu formula, laju je minum.
    harap mama iman dapat membantu… tq..

    • Mama Iman says:

      Nurul, memang susah bila baby dah start reject. Kawan saya selepas 2 bulan berusaha, barulah baby nak kembali puting maknya. Itupun selepas berjumpe doktor dan juga pakar laktasi…menghadiri kelas laktasi kembali secara personal. Maafkan saya. Saya bukan pakar laktasi. Sy cuma cuba berkongsi penglaman menyusukan. Nurul boleh jumpe Kak Farah dari Sarakids ye. Jika nurul di luar kawasan KL, boleh rujuk terus, better telefon terus ye pakar2 laktasi ni. Dan jumpe bersemuka. Lebih cepat lebih baik. kerana bila dah makin lama, baby akan terus tolak breast, dan risau die x mahu lagi.

      rujuk sini
      http://duniasusuibu.com/

      dan senarai pakar laktasi di sini..
      http://duniasusuibu.com/bantuan-dalam-penyusuan/hubungi-kami/

      cepat2 ye?

      • Mama Iman says:

        buat pengetahuan nurul, dulu saya punya puting yang pendek sebelah. jadi saya pump dan pump sehingga puting terkeluar, baru baby saya terima. sepanjang puting pendek, baby hisap sebelah saje. Saya paham mmg stressful bila baby x kenyang dan asik nangis. tapi saya biarkan die melekap sepanjang masa, 24/7. mmg saya hanya gerak ke tandas dan mkn sja. selebihnya memamng baby gayut. baby nurul sudah kompius puting, dan perlukan terapi secepat mungkin. saya doa sgt2 nurul dapat atasinya ye? =)

  2. nurul says:

    terima kasih byk2.. sy akan berusaha..

  3. Mummy DaSy says:

    Saya nak tny, anak saya skang 6bulan, susu agak merudum, saya mmg amalkan shaklee kalau nak makan pil fenugreek tu kna stop shaklee dulu ke camne? Hope u can assist me? TIA

  4. Mama Iman says:

    Mummy dasy…
    saya mkn shaklee setiap malam x pernah miss..BF set..fenugreek pulak, saya consume 3 kali sehari…3 biji setiap kali selepas makan..cuba makan selama sebulan…saya berjaya tingkatkan dr 16 oz kepada 24 oz sehari =)

  5. Mama Iman says:

    mummy dasy, saya consume shaklee dan fenugreek serentak..tp fenugreek hnye sebulan…shklee mmg teruskn smpi bila2 =)

  6. syanis says:

    salam sis,

    search dalam internet pasal cara tangani susu merudum & terjumpa blog sis ni…

    just nak tanya disamping makan semua benda kat atas tu sis ada buat power pumping tak untuk increase susu…

    neway selamat berkenalan…. 😀 😀 😀

  7. munmun says:

    salam sis,
    sy bru nk mula pam susu utk buat stok. tp skali pam dpt 1oz ke 2oz ja. lg 1 sy x dpt nk agak jarak utk pam susu dgn waktu lpas ank menyusu( nak jarak 2@3 jam sbb ank mesti jg masa nk mula pam atau bbrp minit lpas pam..tolong sy dlm kebuntuan

  8. Anis Amila says:

    Salam mummy iman..sy ada masalah penyusuan.sy ada amik set 3m shaklee.masalah saya skrg ni nipple crack.kulit di kawasan areola dah jd nipia.sy dah x tahu nak bt apa dah.klinik pn dah pg tp dr.just bg ubat sapu je.dah macam2 sy bt tp still xdw perubahan.now dah 3 bln dah.ada x apa2 petua tuk sembuhkan luka tu.

  1. October 24, 2012

    […] Saya pernah ceritakan macam mana saya tangani masalah penyusuan susu ibu saya DI SINI. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.