Cara Saya Mudahkan Proses Memasak

Cerita hujung minggu. Biasanya hujung minggu saya manfaatkan waktu sebaiknya untuk membuat kerja-kerja rumah. Maklumlah, saya bekerja. Jadi, hujung minggu itulah harus sediakan semua bahan memasak, vacuum lantai, mop lantai. Hari-hari biasa hanya mampu buat rutin ringan seperti basuh baju, sidai baju dan apa sahaja associated dengan baju. Hihihi. Memasak memang rutin, jadi, semua rencah harus ada terlebih dahulu supaya saya dapat jimatkan waktu memasak kepada hanya 15 ke 20 minit maximum (termasuk mengemas selepas masak). Sementara Ayah Iman dan Iman masih berdengkur, saya memulakan aktiviti saya.

>

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040827a

Kupas bawang – dilakukan bila ada masa terluang. Kadang malam, kadang siang, tak kira berapa biji, asal ada. Hujung minggu kumpul semua =D

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040820aSaya kisar menggunakan air yang telah dimasak. Supaya bahan kisar ini lebih tahan lama hendaknya.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040824aSeperti menjimatkan ruang freezer utk EBM, plastic sealer juga sangat berguna untuk perkara seperti ini.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040826aSeperti saya melabel EBM untuk dimasukkan ke dalam freezer, saya juga melabel bahan kisar dengan tarikh sekali. Saya percaya bila EBM pun boleh tahan 6 bulan lamanya dalam freezer, apatah pula setakat bahan kisar bawang kan?

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040828aSiap. Bawang kisar. Yang sebelah kiri tu ialah halia yang dikisar bersama serai. Hihi. Saya pemalas kan? Malas nak kupas halia setiap kali nak masak. Maka saya buatlah pes halia dan serai ni =p.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040843aDisebabkan Ayah Iman dan Iman masih berdengkur, saya teruskan pula dengan cili kering.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040844aMula-mula potong ciling kering tu. Tak perlu korek-korek bijinya. Buang masa. Ini kerana proses penguraian biji boleh terjadi sendiri dengan hanya merebus cili kering tersebut. Kenapa perlu rebus? Sebab bagi saya, cili kering yang tak direbus akan berasa pahit. Tak tahu lah ini apply pada orang lain ke tak. Tapi mazhab yang mak saya ajar adalah begitu. Hueheueue.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040889aCili setelah direbus, perlulah ditapis dan dibasuh.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040890aLihat, secara automatik, semua biji-biji cili dah pun keluar dari perut cili kering tadi. Tak perlu korek2 satu-satu. Jimat masa.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040891aCili yang siap dikisar. Walla. Tiada bahan pengawet, Buat sendiri lebih yakin. Hihi.

>

{focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak P1040893aStok bahan kisar untuk sebulan. Hehe…so, saya hanya akan defrost yang beku ni, bila stok di bahagian fridge di bawah sudah pun kehabisan. Jimat masa saya =)

>

>

Selamat mencuba =)

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cara Saya Mudahkan Proses Memasak pixel

You may also like...

6 Responses

  1. ikin sis says:

    walla..same la beb cr kite..cme saya ni jnis kisar buh je dlm bekas bertutup…suke la cr awk mmg “cerewet”. tp puas hati sbb dapat sediakan sndri utk kuarga tersayang kan? 😛

  2. ibu yusuf says:

    sama!!!!!!!!! heheheheh 😀

  3. ikin sis says:

    hehe,nmpak gy sy pon kn guna cr nih..sebabnye peti ais saya pon da kesuntukan ruang hehehe….

  4. gee says:

    pastu kalo nk guna cmne?kalo da bocor nnt xbleh nk letak cmtu..nk baringkn.hmm…sy kalo blender cili kering mesti xtahan.even xguna air mentah.sy pakai air bio aura..ke air bio aura tu pun kena masak jgk ke?hihi..

  5. Mama Iman says:

    Bg saya, selagi air x capai 100 darjah celsius, kuman dan bakteria tetap x mati =). yang frozen tu, kalau nak guna, saya defrostkan cairkan dahulu, kemudian masukkan bekas untuk letak dalam peti ais bawah (bukan freezer). nak guna tggl cedok je =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.