Cara Memujuk Diri

{focus_keyword} Cara Memujuk Diri  images

Kritikan, kutukan, umpatan, semua tu adalah normal human behaviour. Pantang ada yang tak kena di mata kita, tentu si polan bin si polan terkena bahana ketakpuasan hati kita. Tak kira sejauh mana kita berusaha, tentu sahaja ada silapnya di mata mereka. Berusahalah sampai ke titisan darah terakhir sekali pun, jaga yang ini, yang itu tercicir. Jaga yang itu, yang ini terpinggir. Kita takkan dapat puas kan hati semua orang. Kita juga begitu, ada sahaja perkara tentang orang lain yang kita pulak rasa tak kena. Nobody is perfect. Jangan kata kita sahaja bagus orang lain semua tak bagus. Setiap orang berpendapat apa yang mereka buat adalah yang terbest, perfect dan bombastic. So, apa perlu buat bila hadapi situasi orang tak puas hati dengan kita ni? Nak mengadu kang, nanti orang kata kita kaki ngadu domba, mengumpat, buat dosa kering dan selesai ke masalah? Puas hati ke? Ini akan memburukkan lagi keadaan, lagi-lagi kalau cerita tu tersebar merata ceruk. Again, normal human behavior. Cerita panas, mestilah mahu menjadi topik perbualan:D {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon biggrin.

“Eh you nak tahu tak, si polan bin si polan begitu begini…bukan nak mengumpat, cuma nak jadikan iktibar”. yela tu kan? tu ayat penyedap hati je. Sebenarnya memang nak ngumpat pon. Hehe:lol: {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon lol. Isk…banyak nak perbetulkan diri ni:roll: {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon rolleyes.

Nak simpan je dalam hati? Weh…sekali dua takpe weh. Kalau lama-lama, makin bertimbun, kang tak pasal-pasal darah tinggi naik sebab terlalu fikirkan. Kang tak pasal-pasal rumah tangga berantakan (if apply to marriage problem). Semua penyakit bermula dari otak. Semakin negatif kita fikir, semakin banyak penyakit nanti datang. So, macam mana nak atasinya? Macam mana nak handle bila ada orang tak puas hati dengan kita? Let’s check out.

  • Jangan menjadi terlalu sensitif. Senyum! Buat tak tahu. Jangan la terlalu sensitif tak bertempat. Kalau terasa tu, cepat-cepat lah istighfar. Yelah, mana tahu orang tu tak ada niat langsung pon nak kecilkan hati kita. Tak langsung terfikir pun. Buat apa lah nak fikir dalam-dalam. Buat kita sakit hati sorang-sorang, sedangkan orang tu tak bersalah pun, and hidup happily je. Tak pasal-pasal kita dah mengata dia. Sah dapat dosa kering dah. Kita ni, angel ke? Tak pernah sakitkan hati orang ke. Well, whats come around go around. At the first place, jangan sakitkan hati orang lain, maka dengan itu orang pon takde pasal la nak sakitkan hati kita kan? Tapi kalau dah nature kita ni jenis yang over sensitif sangat, tu masalah dalaman dah tu. Kene pergi kaunselor for self management. Hehe. (Baru balik dari self management training ni ni sebenarnya). Ngahahaa:lol: {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon lol.
  • Berfikiran terbuka lah. We are adult after all. Kenapalah nak berperangai macam budak-budak sikit2 nak terasa itu ini. Sikit-sikit nak compare itu ini. Berfikirlah secara dewasa dan matang. Mungkin ada sebabnya si polan tu buat begitu begini. Kalau katakan berkaitan dengan kesejahteraan diri kita, tanya. Bukan main serkap jarang.
  • Be empathy. Put ourself in their shoes. Cubakan jadikan diri kita di tempat mereka. Fikir apa yang kita rasa kalau kita mengalami situasi seperti mereka. Dengan itu kita akan lebih dapat memahami mereka. Tapi kadangkala  ia tak berkesan. Sebab naturally, kita selalu fikirkan lebih tentang diri kita sebelum fikir tentang orang lain. Again, normal human behaviour.
  • Sibukkan diri dengan kerja lain. Haa..ni terapi paling bagus. Jangan fikirkan sangat masalah tu. Baik buat kerja lain. Tulis blog ke, basuh tandas ke sampai licin kilat, tanam pokok bunga ke, mengaji ke, masak ke. Apa-apa kerjalah. Jangan pulak duduk sorang-sorang nangis tak tentu pasal, fikirkan sangat. Ini akan membuatkan badan kita semakin menjadi negative. Tengok pulak cerita-cerita sedih manjang kat TV. Haih, mana nak setel problem, lagi terfikir adalah. Bila kita tak fikirkan sangat, InsyaAllah hati kita akan pulih sendiri dan dapat terima keadaan tu. Jaga diri sendiri dan jangan terlalu harap orang jagakan diri kita8) {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon cool. Eh, jangan pulak sibukkan diri dengan makan banyak ok. Petua terbaik, makan coklat (love it! :lol: {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon lol). Ia mengandungi hormon Phenylethamine yang boleh ransang kegembiraan anda. Jangan overdose, sebab nanti overweight pula. Ngehehe.
  • Be tough inside. Kuatkan semangat. At first mungkin susah untuk kita terima semua ni. Lama-lama bila dah terbiasa sangat, kita dah ok. (erk..adakah bermaksud hati menjadi semakin kering? Hehe). Its ok asalkan hormon gembira sentiasa ada dalam badan. Terima nasihat orang dengan baik, dan jangan pulak terus nafikan. Terima, dan analisis kenapa orang cakap macam tu. Kalau kita bertenang, tentu dapat terima dengan baik.
  • Fikir perkara yang baik tentang dirinya. Tentu sahaja ada yang baik tentang dirinya kan? So, fikirkan dan kenangkan kembali. Buat apa lah aku nak tak puas hati sangat. Banyak dah orang ni tolong aku. Banyak dah orang ni berkorban untuk aku. Bukan aku tak nampak, banyak dah orang ni berusaha. Terima mereka seadanya, InsyaAllah mereka akan terima kita seadanya.
  • Patience is important, things will be better in time. Sabarlah. Kalau kita sabar sentiasa, lama-lama orang pun dah malas nak buat hal dengan kita. Dah malas nak tak puas hati dengan kita. Yelah, buat macam mana pun kita dok rileks je tak terkesan apa-apa, tentu orang tu fed up kan? Heheh. Best tak cara ni? :lol: {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon lol
  • Do not short temper and loss control. Haa, yang ni. Janganlah tiba-tiba nak melenting tak tentu pasal. Tiba-tiba serang. Tak tanya apa-apa pun tiba-tiba dah buat muka monyok, nangis, marah-marah. Terpinga-pinga lah orang lain tak ketahuan apa yang terjadi sebenarnya. Sekali sekala mungkin orang akan concern dan cuba untuk jaga supaya benda macam ni tak jadi lagi. Tapi kalau banyak kali? Mahu orang naik menyampah tak? Yelah, asyik-asyik nak jaga hati you, hati I siapa nak jaga?  :evil: {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  icon evil
  • Pray to Allah. Last but not least, doalah. Moga-moga kita sama-sama dapat hidup harmoni. Doakan diri kita supaya menjadi yang terbaik, doakan mereka supaya mereka juga melakukan yang terbaik. Sama-sama berusaha.

Kesimpulannya, salinglah bermaafan antara satu sama lain. Kita sama-sama manusia. Kita sama-sama buat silap. Pengalaman kita berbeza. Mungkin kita rasa hidup kita paling sengsara. Fikir lagi, fikir 10 kali, 100 kali. Banyak lagi kehidupan manusia lain yang lebih tragis dari kita. Fikirkan ia secara positive. Sekurang-kurangnya, dengan itu kita akan lebih bersyukur. Manusia, tak pernah rasa cukup. Pernah saya dengar cerita dari Ustaz Shamsuri di Kedah (miss his ceramah), lupa hadith yang mana satu, tapi isinya lebih kurang macam ni.

“Luas api neraka itu macam mana? Luasnya adalah seluas nafsu manusia”


Maksudnya? Tak terhingga. Infiniti. Manusia tak pernah puas. Diberi betis mahu peha, diberi peha mahu badan. Dapat rumah kecil, mahu rumah besar, dapat rumah besar, mahu banglo, kemudian istana. Mana pernah cukup. Jeles sungguh bila orang lain ada lebih dari kita. Nafsu lah punca kita tak pernah puas hati dengan orang. Semoga kita mendapat iktibar dan menjadi lebih dewasa.

>

Salam sayang

Mama Iman

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cara Memujuk Diri  pixel

You may also like...

2 Responses

  1. Sue Lunatots says:

    Farha,
    Terima kasih kerana menulis artikel ini. Amat bermakna dan buleh dimanfaatkan insyaAllah.
    Biasanya acik Sue menggunakan taktik ‘tidak mendengar’
    Kekeke..taktik ini agak berkesan untuk menghilangkan rasa tidak best.
    Seperti “eh, awak ada cakap apa apa eh?” hihihi

    Kita hanya manusia biasa..

  2. Mama Iman says:

    Entri ni ditulis sebab nak pujuk diri sendiri la ni..hehehe..lepas tulis, saya bace ulang kali, baru terubat hati..hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.