Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot

Salam semua,

Untuk pengguna blogspot, memang biasanya akan rasa annoying bila mana nak post ke Facebook, sekali yang keluar bukan image yang kita nak. Ada pulak yang keluar tu, gambar header blog la pulak. Jadinya, ia tak berapa kena dengan tajuk post entry yang kita nak sampaikan pada orang. Untuk pengguna WordPress, agak mudah sikit sebab ada plugin dan built in “Featured Image” widget dah. Tapi untuk blogspot, memang kena kreatif sikit.

Ini contohnya. Saya nak share artikel ini berkenaan kayap. Tapi yang keluar gambar testimonial la pulak. Tak syok di situ.

featured image untuk blogspot featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot Screenshot 2017 06 01 03

Sedangkan saya nak keluarkan gambar ini. Barulah mengancam sedikit kan gambar tu (geli pon ada.. yak). Hahaha.

featured image untuk blogspot featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot lau

Kenapa Penting Letak Featured Image? 

Ia penting sebab ia merupakan 1st impression pada link blog yang kita share di Facebook. Untuk kebanyakan blogger, memang kalau tak keluar gambar yang mereka nak, memang sangat stressfull. Hehehe. Cuba tengok kebanyakan blog yang famous dan popular, gamba bila mana link dishare tu, amat-amat penting.

Jadi Bagaimana Cara Meletakkan Featured Image ?

Sebelum masuk ke bahagian coding, molek lah dulu kita carik gambor yang cantik untuk dimasukkan ke dalam entry. Dan setkan gambar tu supaya menepati saiz yang dikehendaki oleh Facebook. Ok, ada beberapa perkara perlu dipatuhi, iaitu;

  1. Gambar kenalah bersesuaian dengan tajuk. Yelah, takkan cerita pasal kayap tapi letak gambar orang mengandung pulak kan.
  2. Saiz gambar, haruslah lebih daripada 50kb, 100kb dan ke atas lebih bagus. Sebab bila kecil sangat, Facebook akan ambil gambar header blog sebagai Featured Image.
  3. Dimensi gambar pula, WAJIB lebar 470 x 246 tinggi. Ini memang akan menjadikan gambar tu ngam-ngam jadi poster pada post di Facebook.

featured image untuk blogspot di facebook featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot PhotoScape 1

Cara Nak Design Gambar dan Set Saiz

Saya download dan guna aplikasi Photoscape yang FREE ni je. Pilih gambar dan pilih option “Editor” dan seterusnya “Crop”. Akan ada pilihan saiz. Maka sila pilih “Assign Ratio”. Akan keluar popup seperti ini. Maka setkan Width supaya 460 dan Height sebagai 246. Klik “OK”.

 

Screenshot 2017-06-01 03.20.14 featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot Screenshot 2017 06 01 03

Cara Nak Letak Tulisan Atas Gambar Supaya Jadi Seolah Poster

Mudah sahaja. Klik pada “Object” seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah, dan klik “T” untuk text. Maka editlah apa-apa ayat yang catchy!

Screenshot 2017-06-01 03.21.01 featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot Screenshot 2017 06 01 03

Cara Masukkan Gambar ke Dalam Entry Blogspot

Yang ni macam biasa kita masukkan gambar yang kta dah edit tadi. Tapi kemudian pergi ke bahagian HTML, dan kita akan nampak coding gambar yang diupload ke dalam entry tersebut. Kita perlukan URL gambar tersebut. Ia bermula dengan http:… dan berakhir dengan .jpg.

Berikut adalah coding gambar yang kita upload ke dalam entry kita tadi.

Screenshot 2017-06-01 03.23.24 featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot Screenshot 2017 06 01 03

Ok, sekarang kita nak jadikan image tadi tu, image yang akan keluar di Facebook.

  1. Copy coding berikut ni <img src=”image-here” /></center>, dan letakkan ia di bahagian atas sekali ruangan menulis anda di HTML.
  2. Gantikan image-here dengan URL image yang kita dapat tadi setelah masukkan gambar.
  3. Klik update untuk save kan semua yang kita dah ubah ni.
  4. Pergi balik ke “Compose” dan kita akan dapat tengok, dua image yang sama. Kita tak nak dua image sama, maka delete image yang URL pertama tadi. Hanya tinggalkan coding image yang ada <img src=”image-here” /></center> ni. Jangan sampai tersalah delete image ya. 
  5. Klik update untuk save kan semua yang kita dah ubah ni, sekali lagi.
Screenshot 2017-06-01 03.24.07 featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot Screenshot 2017 06 01 03

Lihat, hanya ada satu coding untul URL image. Yang panjang asalnya tu buang.

Guna Debugger Tool by Facebook

Untuk cek gambar apa yang keluar, pergi ke link ini >> https://developers.facebook.com/tools/debug/og/object/ dan masukkan link entry yang kita edit tadi. Maka akan keluar gambar seperti ini.

Jika tak berjaya, cek dan ulang debugger.

 

Screenshot 2017-06-01 03.24.56 featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot Screenshot 2017 06 01 03

Ini pula gambar bila saya cuba share link entry tadi ke Facebook. Lihat, memang keluar cantik mengikut saiz yang diaturkan, dan tulisan juga ngam-ngam di dalam gambar tanpa terpotong.

Screenshot 2017-06-01 03.25.23 featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot Screenshot 2017 06 01 03

Macam mana? Mudah kan? Jangan lupa syarat utama.

  1. Gambar mesti agak besar
  2. Gambar mesti saiz 470 x 246
  3. Paste coding yang betul
  4. Delete gambar yang tak perlu
  5. Debug menggunakan Facebook Debug

Selamat mencuba!!

Komen jika anda dah berjaya. Mana tau saya ada silap di mana-mana, maka boleh daya betulkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... featured image Cara Meletakkan Featured Image di Facebook Untuk Pengguna Blogspot pixel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.