Cara Mama Iman Kumpul Stok

[Bacaan Ibu-ibu sahaja]

Alhamdulillah, lagi 2 bulan untuk menggenapkan penyusuan 2 tahun Cik Iman. Syukur alhamdulillah. Saya pun tak sangka sehingga ke tempoh ini saya dah dapat bertahan. Ramai yang emel saya bertanya macam mana saya kumpulkan stok susu ibu. Mungkin sudah masanya saya cerita, memandangkan ramai yang berjaya kumpul stok susu dengan cara ni.

Sekiranya hari cuti panjang, dinasihatkan supaya jangan skip pump langsung. Sebolehnya kekalkan jadual anda. Saya sudah cuba mengumpul stok sedari minggu ke tiga pantang lagi.

>

>

Untuk hari Cuti

Katakan pump 4 kali sehari…(hari pertama)
830 pagi  (pump kiri sahaja….bg baby kanan sahaja sepanjang siang)
230 ptg (pump kiri sahaja….bg baby kanan sahaja sepanjang siang)
830 mlm (pump kanan sahaja….bg baby kiri sahaja sepanjang malam)
230 mlm (pump kanan sahaja….bg baby kiri sahaja sepanjang malam)

Hari kedua, adalah terbalik dgn hari pertama
830 pagi  (pump kanan sahaja….bg baby kiri sahaja sepanjang siang)
230 ptg (pump kanan sahaja….bg baby kiri sahaja sepanjang siang)
830 mlm (pump kiri sahaja….bg baby kanan sahaja sepanjang malam)
230 mlm (pump kiri an sahaja….bg baby kanan sahaja sepanjang malam)

Adilkan pembahagian susu ni? So, breast sama adil berehat, sama adil dapat distimulatekan. Ini cara saya kompol stok…mula2 mmg sikit..lama2 banyak~!!! =) ramai kawan mencuba, dan ia berhasil !!! yang penting rajin jek.

>
>

Untuk hari bekerja, 

Katakan pump 4 kali sehari…(hari pertama)
830 pagi (sesampainya ke office) …..double pumping
230 ptg ……..double pumping
830 mlm …..(pump kanan sahaja….bg baby kiri sahaja sepanjang malam)
230 mlm …..(pump kanan sahaja….bg baby kiri sahaja sepanjang malam)

Katakan pump 4 kali sehari…(hari kedua)
830 pagi (sesampainya ke office) …..double pumping
230 ptg ……..double pumping
830 mlm …..(pump kiri sahaja….bg baby kanan sahaja sepanjang malam)
230 mlm …..(pump kiri sahaja….bg baby kanan sahaja sepanjang malam)

Faham kan? Kesimpulannya, sehari hanya sebelah breast dipam, tapi diselang selikan dengan esok hari. Jadi, dapatlah kedua2 belah breast sama adil dan saksama bekerja, dan berehat. Hehe. Macam kerja shift gitu~!

Malangnya teknik ni langsung dah tak berkesan bagi saya. Terutama jika Iman ada bersama saya. Saya tidak dapat kekalkan Iman hanya pada sebelah breast, dan mengharap sebelah lagi dapat dikumpul buat stok. Ini kerana Iman sudah cukup besar, celoteh bukan main banyak. Bila cukup lama menyusu sebelah, boleh pula dia kata sambil sendiri pusingkan badan pindah tempat baring menghadap breast satu lagi, “Abes. Ma, sini yaaa” (Translate: Susu dah habis, sinilah pulak)”. Haih…tak dapat dah nak kumpul stok. Hehe.

>

Selamat mencuba ya?

InsyaAllah berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Cara Mama Iman Kumpul Stok pixel

You may also like...

4 Responses

  1. elin says:

    salam.
    tqvm ats infonya,

    elin dah 11 bulan bf amani.
    so far alhamdulillah..
    tp stock amani x der lah melimpah ruah. elin akan pam setiap hari, tp 3 kali jer waktu bekerja. itu pun dalam 15-20oz jer.lepas bekerja mmg x pam sebb kkdg amani mcm x puas minum.

    elin akan cuba lah cara yg kamu bagi nih.

  2. azi says:

    comelnya dia ckp susu abis mintak yg sblah lagi…

  1. October 19, 2012

    […] Saya pernah ceritakan mengenai jadual saya mengepam susu ibu DI SINI. […]

  2. March 5, 2013

    […] Jadual Pam Susu Ibu Untuk Ibu Bekerjaya (KLIK SINI) […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.