Button Merah Itu

{focus_keyword} Button Merah Itu Untitled

Tajuk saya memang tiada kena mengena untuk diSEOkan. Hehe.

Semalam saya telah dibebeli oleh Ayah Iman kerana buat “Order Now” Button bewarna hijau seperti rajah di atas. Hahahahah. Konon nak sama tema lah dengan warna hijau blog baru saya. Apa kata korang jengok dulu blog baru saya. Mana tahu ada yang berkenan di hati kalian. Hehe.

http://vitamin.ibucergas.com/

Sambung balik.

{focus_keyword} Button Merah Itu btnBuyNow

Ayah Iman kata ada sebabnya kenapa “Order Now” button tu berwarna merah, atau ber’font’kan fancy-type punya font. Cuba korang sendiri banding dua jenis button di atas. Rasa-rasanya mana satu button yang teringin sangat nak ditekan? Hehe. Merah kan? Bukan Hijau kan?

Warna dan Psikologi

Kita sebenarnya perlu menjadi bijak untuk mempertimbangkan psikologi warna apabila merekabentuk bahan-bahan dalamn teknik pemasaran kita. Bukan macam saya (Ayah Iman kata!):mrgreen: {focus_keyword} Button Merah Itu icon mrgreen. Sama ada kad perniagaan, risalah atau flyers, laman web, poster atau bahan-bahan lain, pemilihan warna adalah penting. Warna bukan sahaja meningkatkan penampilan item – malah warna juga mempengaruhi tingkah laku kita.

Contoh paling mudah lah kan, perasan tak kalau kita tengok kedai-kedai restoran segera terkemuka macam McDonald, KFC dan Pizza Hut mesti berwarna merah dan terang? Ramai dah lama perasan dah. Ramai dah tau teknik marketing ni. Sebenarnya tak lapar pun sebelum nampak restoran makanan segera ni. Tapi dek kerana warnanya yang menyerlah itu, masing-masing rasa macam teringin walaupun tahu dah makanan tu tak berapa sihat pun!! :lol: {focus_keyword} Button Merah Itu icon lol Maka, tercapailah tujuan restoran tersebut untuk pelanggan rasa nak makan cepat-cepat dan lepastu blah cepat-cepat. Dengan itu lagi lah ramai pelanggan masuk dan beli. Awat lah mamak tak buat warna merah. Tu yang beli kopi secawan, dan lepak berjam-jam. Kekekekek!:mrgreen: {focus_keyword} Button Merah Itu icon mrgreen

Contoh lain, perasan tak buku budak-budak dan video kanak-kanak biasanya mempunyai warna-warna yang terang dan mempunyai font yang besar-besar? Sebab secara psikologinya mereka akan lebih tertarik dengan warna sebegitu berbanding dengan warna-warna yang kelam dan tulisan kecil-kecil yang bercampur aduk.

So, bila kita rasa macam nak target market kita kepada golongan tertentu, mainlah dengan warna. Tentu sahaja kalau nak jual benda mahal-mahal kepada golongan mak-mak datin, warna yang sesuai ialah warna yang lebih berprestij dan anggun. Bukan warna happly go lucky buat kanak-kanak. Untuk target pasaran barang mainan pula, memang lah warna warni terang seperti merah, biru dan kuning sesuai untuk kanak-kanak, tapi kita juga mensasarkan atuk dan neneknya yang keluar duit untuk beli barang-barang mainan tersebut. Manalah budak kecik ada duit kan? So, in term of bahan-bahan pemasaran seperti brochure, laman web, mesrlah warna-warna yang boleh mempengaruhi atuk dan nenek-nenek. Hahaha!!:twisted: {focus_keyword} Button Merah Itu icon twisted So, warna yang sesuai adalah biru (amanah, kebolehpercayaan), pink (memupuk, manis, dan keselamatan) dan kuning (gembira, suka bermain).

Saya ringkaskan warna-warna tersebut seperti di bawah ya.

Merah – keseronokan, kekuatan, seks, keghairahan, kelajuan, bahaya.
Blue – (disenaraikan sebagai warna yang paling popular) amanah, kebolehpercayaan, yang dipunyai, kesejukan.
Kuning – kehangatan, cahaya matahari, bersorak, kebahagiaan
Orange – gurauan, kemesraan, bertenaga
Hijau – alam semula jadi, segar, sejuk, pertumbuhan, banyak
Ungu – diraja, kerohanian, maruah
Pink – lembut, manis, memupuk, keselamatan
Putih – tulen, suci, bersih, muda, ringan.
Black – kecanggihan, elegan, menggoda, misteri
Gold – prestij, mahal
Perak – prestij, sejuk, saintifik

Kalau cerita pasal marketing ni dengan Ayah Iman, aduh…mah berjam-jam jawabnya. Ayah Iman nih nampak jek pendiam. Tapi kalau kena topik dan gayanya, ya ampun…memang kalau memandu dari Selangor ke Johor pun beliau masih lagi bercakap. Hihi. Itulah kelebihan Ayah Iman. Malang sekali, bila disuruh menulis ke dalam blog setiap cerita tentang IM (Internet Marketing) nya, mahunya berjam-jam hanya untuk mereka 2 baris ayat. Boleh rujuk blik entry beliau bertajuk “Belanja RM5000 Sekali Untuk RM5000 Berulang Kali (BHG.1)“. Entah bila entah beliau nak karang entry BAH.2 nya! Hahaha.

Sebenarnya dah ada dalam draft post pun, cuma bila Ayah Iman karang, dia sendiri rasa pening dengan apa yang ditulisnya. Hehehhe. So, susahlah kiranya kalau Ayah Iman ingin berkongsi ilmu di alam maya ni. Niat itu ada, tapi kebolehan itu tiada. So, Ayah Iman cadangkan saya yang translatekan ke dalam bentuk tulisan. Dia hanya boleh bercakap..bercakap dan bercakap. Hehehe. So, beruntunglah siapa yang pandai tanya dengan Ayah Iman. InsyaAllah beliau akan membantu, verbally ya :lol: {focus_keyword} Button Merah Itu icon lol

Selamat bermarketing ya semua.

Apa kata jenguk-jenguk blog marketing saya pula. Mana tahu, teknik marketing saya berkesan. Hahah!!!:lol: {focus_keyword} Button Merah Itu icon lol

http://vitamin.ibucergas.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Button Merah Itu pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.