Business Paling Kurang Risiko dan Paling Banyak Merubah Hidup Saya

Selingan dari Bapa Cergas membuatkan saya terpanggil untuk berceloteh balik dalam blog yang semakin bersawang ini. Saja lah si Bapa Cergas tu nak trigger saya tu. Haish.

Alhamdulillah benarlah apa yang dikata si Bapa Cergas, saya terlalu fokus pada blog Vitamin Ibu Cergas. Tak apa, setelah berpenat lelah di sana, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya sepanjang saya berada dalam business network Shaklee saya ni.

Saya Belajar bangun, berdiri, jatuh dan bangun lagi, tanpa RUGI.

Saya dalam business Shaklee ni, walau pun baru setahun lebih, namun terlalu banyak emosi yang saya curahkan dan terlalu banyak pembelajaran yang saya terima. Dalam business ini, kita “dimaafkan” jika terbuat salah. Cuma perlu bangkit kembali dan do it all over again, TANPA RUGI sedikit pon. Malah bangunnya kita dari setiap kejatuhan itu menjadi satu lagi petanda kejayaan kita InsyaAllah.

Inilah business yang paling low risk yang setakat ini boleh saya jumpa. So sekiranya anda adalah jenis orang yang memang tak pernah berniaga, tak tahu langsung selok belok perniagaan, takut nak cuba-cuba berniaga, saya sangat syorkan anda cuba dahulu Shaklee.

Mentor ku juga berkata, jika anda nak cuba business lain di luar sana, “GOOD LUCK” diucapkan. Ini kerana JATUH anda akan lebih SAKIT dan BANGUN anda akan lebih PERIT.

Kenapa saya suka business Shaklee ni? Ok meh saya senaraikan sedikit sebanyak.

<

1) Business paling low risk yang pernah saya jumpa.
Shaklee adalah well established company. Dah lebih 50 tahun worldwide dan lebih 20 tahun di Malaysia. Andai kata sistem Shaklee ini salah, tentu sekali lama dah “meninggey” atau KO. Dah tentu banyak tentangan dari pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat. Tapi ternyata, setelah sekian lama bertapak di Malaysia, Shaklee semakin kukuh dan semakin banyak membantu dalam meningkatkan kesihatan sebilangan besar masyarakat Malaysia khususnya. Malah saya berani menyatakan, majoriti yang celik IT sekurang-kurangnya memang pernah terdengar perkataan SHAKLEE ini.

<

2) Great educational program in developing self-confidence.
Percaya atau tidak, business ini sangat merubah diri saya dari seorang yang sangat low self-esteem, kepada seorang yang lebih berkeyakinan tinggi. Self confidence, bila mana ia berjaya dikuasai, insyaAllah akan merubah diri kita me jadi seorang yang jauh lebih baik, dan ia akan memberi kesan sepanjang hayat kita. Contoh paling mudah tentulah saya sendiri.

Saya pernah dikategorikan sebagai pemalu terlampau, sampai suami saya kata saya ni “takde hidung”. Teringat zaman sekolah rendah saya, akibat terlampau malu, sehinggakan bila cikgu suruh saya ke depan menulis, saya menangis-nangis di tempat sendiri (walhal menangis tu lagilaaaahh tarik perhatian orang dan membiarkan diri diperkatakan orang sebagai pengecut). Ape daaa (-___-“”)

Kata suami,”Apesal-malu-sangat? Adakah kerana tak punyai hidung sebagaimana orang lain?” (-___-”’)

Nah, Shaklee gave me this opportunity untuk “adakan” hidung saya ni. Haha…. Sekarang suami saya sendiri menjadi pening, saya ni dah kalah salesgirl kat emporium nuuu…

ibucergas {focus_keyword} Business Paling Kurang Risiko dan Paling Banyak Merubah Hidup Saya ibucergas

 Saya yang kini ada hidung (^_________^). Senyum jek cik abe kat belakang tu tengok bini dah ade hidung. Haha.

<

3) Business yang melatih fizikal dan juga teknikal.
Dek kerana saya yang “takde hidung”, memang jenuh la suami saya nak tingkatkan self-confidence saya. So apa yang suami saya ajar saya secara tak langsung ialah melalui latihan fizikal ini. Iaitu suami saya buatkan blog IBUCERGAS ni untuk saya di mana pada ketika itu suami hanya menyuruh saya update pasal anak. Anak jek pon. Biasalah ibu muda (masa tu ler kan) teruja apa pon pasal anak dia nak update as if macam anak dialah paling comel giler kat dunia. Anak dia lah paling adorable dan anak dia lah berak paling wangi.:mrgreen: {focus_keyword} Business Paling Kurang Risiko dan Paling Banyak Merubah Hidup Saya icon mrgreen

So secara tak langsung apa-apa yang nak disampaikan dari hati, semua terluah bagai. Hah! Memang bagus betul laa latihan ini diberikan kepada sesiapa yang pendiam sangat tu. Dengan ini, blog IBUCERGAS pon jadilah berusia 3 tahun dan blog VITAMIN IBU CERGAS pula setahun lebih. Di blog Vitamin itulah asahan dan lebih banyak latihan fizikal dilakukan demi meningkatkan lebih banyak ilmu tentang vitamin. Malah setidak-tidaknya apa yang difikirkan, dikarangkan dan diluahkan kembali ke kanvas blog itu menjadikan saya lebih berkeyakinan tinggi untuk consult customer. Itu dari segi penulisan. Bila konon-dah-pandai-menulis, saya nampak appearance dan design blog tak cantik, mulalah nak godek-godek blog tu tanpa menyedari diriku sebenarnya tidak punya ilmu IT lansung. Hah, bagaikan tikus membetulkan labu, habis KO blogku, terpaksa suruh orang betulkan. Ahahhahhah.. Eh educational jugak la tu. Belajar dari kesilapan. Kan? Kan?:lol: {focus_keyword} Business Paling Kurang Risiko dan Paling Banyak Merubah Hidup Saya icon lol

So sesiapa yang “takde hidung” macam saya, boleh lah mula membentuk peribadi baru anda yang “ada hidung mancung” hanya dengan berblog. Setuju?

>

4) Membina jiwa yang lebih kental, bersemangat dan sentiasa positive, spiritually positive.
Kat sini saya banyak belajar membuang sifat negative. Sekali lagi, saya banyak belajar dari Shaklee tentang impian. Saya dahulu jarang berimpian. Apatah lagi yang macam-tak-masuk-akal-punya-impian. Haha.:roll: {focus_keyword} Business Paling Kurang Risiko dan Paling Banyak Merubah Hidup Saya icon rolleyes Suami saya suka berimpian. Saya pulak pandang impian tu sebagai sesuatu yang agak mustahil. Oh negative sungguh saya dahulu. Tapi di Shaklee, memang kami diajar tentang visualization dan affirmation. Mula-mula memang tak percaya, tapi saya mula nampak kesan visualization ni. Saya juga mula belajar, Allah jua penentu segala. Jika kita kuat berusaha sehabis daya pon, being a human, kudrat kita memang limited. Yang unlimited cuma kuasa Allah jua. Spiritually, pulang kepada Allah, dan jagalah hubungan dengan Allah. InsyaAllah Allah akan bantu segala urusan kita dengan manusia, dan dengan apa jua pon yang kita deal dalam dunia ni.
<

4) Bantu orang.
Kat sini jugak, saya rasa seronok sangat-sangat dapat bantu orang. Mula-mula dahulu, masa saya tak serious berShaklee, bila ada orang tanya saya cara untuk dapatkan supplement, saya akan referkan pada kawan-kawan saya yang tegar jual Shaklee ni. Tapi lama-lama, alhamdulilllah terbuka jua hati saya untuk turut sama membantu orang dalam Shaklee. Bukan sekadar kongsikan kebaikan Shaklee itu sendiri, malah boleh pulak tolong orang jana income. Well, mungkin ade orang akan cakap, “Pandai si polan ni gebang lebih pasal Shaklee ni sebab jual sama la tew”. Ops, sebelum terlalu membencikan sesuatu, cuba dahulu. Mana tahu, ia memang boleh membantu. Allah pon tak larang kita cari pemakanan lain yang baik. Asalkan ianya halal, siapa kita untuk menidakkan. Betul tak?

Apatah lagi bila mana ada saudara-saudara kita yang terpaksa kehilangan kerja dan menjadikan Shaklee sebagai alternatif rezeki yang boleh dijana untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin pada kita extra RM50 sebulan tu macam tahik gigi jek. Tapi untuk sesetengah golongan, RM50 tu cukup untuk beli seberapa barang keperluan, tambah sana sini apa yang tak cukup.  Kalau diikutkan dan diperhatikan serta diamat-amati, ramai gile antara kita ni memang mencari-carik part time job yang boleh tambah pendapatan keluarga. Jika tidak, masakan terlalu banyak lambakan iklan di sana sini dan merata-rata jual itu dan ini kan?

>

5) Tiada paksaan dalam berbusiness.
Di Shaklee, we differentiate ahli Shaklee sama ada yang memnag untuk makan sendiri ataupun nak jana pendapatan. Yang makan sendiri, memang kami layan hanya sebagai customer. Sebab memang mereka suka makan Shaklee. Dan insyaAllah memang mereka akan repeat order sebab kesan positif yang mereka alami dengan Shaklee ni. Manakala sekiranya customer tu tadi declare untuk jana pendapatan dengan Shaklee, kami dengan berlapang dada dan dengan sepenuh jiwa menyambut dengan mesra untuk sama-sama join kelas dan group ekslusif kami. Sebab itu lah saya pilih Shaklee berbanding banyak-banyak peluang perniagaan yang lain.

Saya pernah masuk 1 membership XXX ni, bayar membership sekian-sekian untuk dapatkan harga member produknya. Masa tu saya nak tingkatkan immune sistem anak saya. Sekali bila dah register, orang yang daftarkan tu pulak asyik kol jek bila nak jumpa untuk coaching  (-___-”’) woaaahhh naik menyampah saya and end up memang saya takkan jawab kol dari beliau langsung. Tobat mak jemah oii.

Berbading Shaklee, saya register ahli-makan-sendiri sejak 2010 tau. Tapi hanya pada 2012, saya tiba-tiba sahaja mahu serious berbusiness dengan Shaklee ni. Walhal saya memang langsung tak nampak ahli Shaklee ni bawak kereta besar-besar tayang rata-rata. Saya juga tak nampak mereka tayang handbag mahal-mahal ke mana-mana. (Hurmm.. saya pon tak suka handbag rasanya.. sebab tu la kot). Cuma saya nampak, ia boleh jana duit. Haha.

Sekiranya anda dipaksa dalam Shaklee, sila lah angkat kaki ya carik mentor lain. Heheh.

>

Kesimpulan
Secara overall, alhamdulillah banyak yang merubah dan membentuk jiwa saya dengan business Shaklee ni. Malah ia adalah pembelajaran seumur hidup yang memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada kesihatan saya, malah kepada cara saya berfikir, social interaction saya dengan orang lain, dan juga hubungan saya sekeluarga dengan Allah. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Business Paling Kurang Risiko dan Paling Banyak Merubah Hidup Saya pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.