Bubur Berkhasiat – Bayi 9 – 12 bulan

Salam semua,

Saya mahu update. Iman tadi timbang 10.1 kg! Wow. Iman masih makan solid food, homemade food di rumah =). Saya masih memasaknya setiap pagi sebelum ke kerja. Namun, mesti tertanya-tanya kan? Iman masih makan bubur lembik ke? Masih bubur halus ke? Hehe. Tidaklah. Iman makan bubur juga, tapi lain strukturnya. Macam mana nak buat bubur yang simple, mudah dimasak, cepat disiap dan sedap dimakan? Mudah dimasak dan cepat disiap itu tujuannya adalah untuk ibu-ibu yang bekerja seperti saya yang kelam kabut nak siapkan banyak kerja di waktu pagi. Ada tekniknya tau. Sedap dimakan pula adalah suapaya pengasuh yang jaga baby tadi takdelah  pening kepala kenapalah baby ni susah nak telan bubur ni. Hehe. Oh, untuk teknik memasak yang mudah bayi 6 – 9 bulan, leh ulangkaji di sini ye.

Mula-mula saya dah pun buat untuk brokoli. Tiba-tiba baru teringat, tak ambil gambar pula. Uh, poyo kan. Sikit-sikit nak ambik gambar, sikit-sikit nak tepek kat blog. Ada orang kisah? Ada orang baca ke? Tak malu. Aaaaaa……….suka hati laaaaaaaaa…. (buat hati kering jah). Hihi.

Ok, back to story. Inilah hasil brokoli untuk bubur Iman untuk Iman belajar kunyah itu sayur. Hiihihih.

>

{focus_keyword} Bubur Berkhasiat - Bayi 9 - 12 bulan P1030906aMacam kiub ais yang berisi brokoli. Cantik kan? Ianya sebenarnya brokoli rebus yang dipotong halus-halus, direbus dan dituangkan air rebusan bersama untuk membeku bersama. Kita mahu ajar itu budak kunyah ini sayur. Hihi. Selama ni main blend je semua, die tak rasa betul2 la kan.

>

>

Ok, saya demokan pula dengan kobis bunga ye.

>

{focus_keyword} Bubur Berkhasiat - Bayi 9 - 12 bulan P1030911aPotongkan kecil2 kobis bunga. Agak2 macam baby boleh telan dan gigit. Saiz sebesar kuku saya kalian pon ok.

>

{focus_keyword} Bubur Berkhasiat - Bayi 9 - 12 bulan P1030919aKemudian, jika malas stim seperti saya, sila lah rebus mereka yang telah dipotong kecil2 itu.

>

{focus_keyword} Bubur Berkhasiat - Bayi 9 - 12 bulan P1030933aSudukan beberapa ketul yang kecil2 itu ke dalam ice tray, kemudian masukkan air rebusan supaya mereka membeku bersama-sama.Maka jadilah ia seperti brokoli di atas (lupa nak snap bila beku). Hish.

>

Cara memasak?

>

Oh, anak sudah besar. Boleh telan nasi sebijik2. Makanya, rebuskan sahaja nasi dengan air yg banyak. Jadilah bubur itu bubur yang kasar. Lantas masukkan lah bahan2 yang telah membeku tadi. Selain brokoli dan kobis bunga, anda boleh juga cuba dengan lobak, labu, kentang. Potongkan dadu kecil2 agak2 boleh telan (sebesar saiz kuku macam tadi juga boleh), ulang langkah di atas. Maka anda juga akan ada banyak set kiub solid food, yang sesuai untuk umur bayi anda yang sudah pandai menggigit dan menguyah.

>

>

{focus_keyword} Bubur Berkhasiat - Bayi 9 - 12 bulan P1040484aTada.. Bubur Ikan bilis dan Brokoli. Saya mula letak garam (read as: hanya sedikit garam) bila Iman genap setahun 1 minggu. Sebab dia mula pandai makan makanan orang dewasa. dah tahu rasa masin. Hish. Nway, sampai umur erapa ibu ibi yang lain berjaya tak letak garam dalam bubur @ makanan bayi ye? Saya cume berjaya setakat 1 tahun 1 minggu. Ingatkan boleh sampai umur 2 tahun. Hehe. Melampau x?

>

>

Selamat mencuba.

Mama Iman

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bubur Berkhasiat - Bayi 9 - 12 bulan pixel

You may also like...

4 Responses

  1. myrule says:

    Seronoknyer buat babyfood.. 😛

    My ammar x mau makan lagi. Bagi je la aper saje, semua dia tampar. Tak pun kalau cuba bagi gak..dia akan menangis macam kena dera or…merengek2..huhuhu

    • Mama Iman says:

      oh, ade fobia ape2 kot…hehehhee..try bg yg sedap2..letak jek depan die..baby-led-weaning…kalo die sendiri amik, die sendiri masuk mulut..mgkin die ok kot.die x nak org suakan..=p

  2. Marina says:

    bgus resepi ni..ank saya dh berselera untuk mkn hepi sgt..sblm ni setiap mknan yg sy bg mesti dia akn sembur kt muka sy balik..now sy tak perlu risau lg…

  3. ain naim says:

    comelnya brokoli dlm ais…mcm agar2 brokoli plak..hehe…nt k.ain nak buat utk ammar bila ammar dh masuk 9 bln lbh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.