Buat Amalan Rohani Untuk Naikkan Sales? Ilmu Yang Salah

Banyak kali kita dengar orang suruh kita banyak buat amal rohani, barulah murah rezeki. Tanpa kita sedar, bahawa kita telahpun menjadikan amalan rohani itu seolah-olah tangkal.
>
Seolah-olahnya, jika nak jika tak buat amal rohani, maka takkan murah rezeki, takkan jadi kaya. Bukan ke tanggapan ini menjadikan kita menganggap amal rohani itu sebagai tangkal?
>
Sedangkan sebenarnya amalan rohani seperti solat-solat sunat, zikir, istighfar, mengaji al-Quran dan sebagainya adalah usaha untuk diri kita membersihkan diri supaya kembali kepada Fitrah.
>
Apa yang dimaksudkan Fitrah itu?
Sebagai contoh, bayi yang baru lahir itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Bersih tanpa dosa. Itulah sebenarnya Fitrah kita sebagai manusia.
>
Namun, kita dibesarkan dan dicorakkan dengan pelbagai jenis warna dan juga acuan. Ibu bapa kita acuannya, persekitaran kita jadi pewarnanya. Sebaik habis tapis sekalipon mesti kita tak terlepas dari titik-titik hitam, dan corak-corak buruk yang sama-sama membentuk peribadi kita bila besar.
>
Hakikatnya,
Apa yang kita nampak,
Apa yang kita dengar,
Apa yang kita baca,
Semua ni akan membentuk diri kita dan peribadi kita.
>
Dalam pembentukan diri ini, tak semuanya baik belaka, tak semuanya positive belaka. Pasti ada benda-benda yang mendatangkan hitam dalam hati kita, sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita mahu atau tidak.
>
Sebagai manusia kita memang takkan terlepas dari perkara-perkara macam ni.
>
Malah, syaitan itu pula sentiasa ada untuk ajar kita, ajak kita dan goda kita. Sebab memang janji dia nak bawak kita sama-sama dengan mereka masuk ke api neraka. Nauzubilllah.
>
Nah, itulah sebab nya kita perlukan amalan rohani. Tapi bukan sebagai tangkal. Amalan rohani sebagai usaha membersihkan diri kita dan hati kita dari tompok-tompok hitam yang mendatang ni.
Amalan rohani ini lah yang akan kembalikan kita manusia ini kepada Fitrah kita. Semakin banyak amalan rohani, insyaAllah semakin kita kembali kepada Fitrah.
>
Amalan rohani haruslah dikerjakan secara konsisten.
Sikit-sikit tetapi konsisten adalah lebih dicintai Allah berbanding buat banyak sampai letih lepas tu terus tak mau buat dah.
>
Apa pula terjadi apabila kita sudah kembali kepada Fitrah?
Bila kita kembali kepada Fitrah, apa je perkara yang kita nak buat, apa je keputusan yang kita nak putuskan, dan apa je tindakan yang kita nak lakukan, insyaAllah kita akan berbalik kepada Allah, bertanya kepada Allah dahulu. InsyaAllah kita akan dijauhkan dari bisikan syaitan dan tuntutan nafsu.
>
Namun, syaitan ini akan terus menerus hasut kita, goda kita, ajak kita supaya kita tak balik kepada Fitrah kita.
Bila kita tak kembali kepada Fitrah, bagaimana kita nak dengar bisikan malaikat? Kerana bila hati kita hitam, apa yang kita dengar hanyalah bisikan syaitan belaka. Bila hati pula penuh dengan bisikan syaitan, sudah tentu kita takkan buat benda-benda baik. Sudah tentu kita takkan ingin perkara-perkara yang mengajak kita kembali kepada Fitrah.
>
Dunia ni juga merupakan cermin akhirat kita. Kita takkan tahu amalan kita yang manakah akan memberi kita ganjaran syurga.
Rasullullah mengajar kita berdoa, Surah Al-Baqarah Ayat 201
Prayer-five2 {focus_keyword} Buat Amalan Rohani Untuk Naikkan Sales? Ilmu Yang Salah Prayer five2
 >
Terjemahan:
Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201).
Elok dunia kita, insyaAllah eloklah akhirat kita.
>
Berbalik kepada tajuk artikel. Benarkah amalan rohani dibuat untuk murah rezeki, dan tarik sales?
Bila kita kembali kepada Fitrah, kita akan buat perkara yang baik-baik belaka. Kita akan bersemangat selalu. Kita akan rasa ingin kuat berusaha. Dan kita akan ditemukan dengan orang-orang yang positive sentiasa.
>
Jadi tidak mustahil ia secara tidak langsung akan meningkatkan sales kita. Sebab kita berusaha, dan jauh dari sikap yang disukai syaitan iaitu bermalas-malasan.
>
Maka, mulai harini ini, betulkan tanggapan bahawa amalan rohani bukanlah untuk tarik sales. Tapi ia untuk bersihkan diri kita untuk kembali kepada Fitrah.
>
DISCLAIMER
#perkongsian ini adalah dari mentor saya, diolah bahasa dan tatabahasa oleh saya sendiri.
Semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Buat Amalan Rohani Untuk Naikkan Sales? Ilmu Yang Salah pixel

You may also like...

1 Response

  1. rika says:

    setuju, kembali kepada fitrah yang Allah inginkan. Amalan ruhi lebih mendidik diri kita adakah kita berusaha menjad hamba bersyukur . Allah dah beri banyak, jadi sebagai hmba apa tanda terima kasih kita kepada Allah? sebab tu kita buat amalan rohani.
    rika recently posted…Awas! Perokok Tegar Sasaran Penyakit BuergerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.