Bila lahirnya “Collector” Tegar

Saya seorang collector. Ye, collector Susu Ibu. Muahahaahhaahah!!! Tapi hari ini saya mahu bercerita tentang seorang lagi collector dalam  rumah kami. Dialah Hero kami…Ayah Iman~!!! Ayah Iman seorang yang sangat meminati kereta. Meskipun beliau tahu hampir 100% (exaggerate sungguh) jenis kereta yang wujud di dunia ini, kami tidaklah punyai kereta idamannya pun. Hihi.  Ukur baju di badan sendiri beb =p. Tanyalah model kereta apapun, tanyalah tahun keluarannya bila pun, insyaAllah Ayah Iman boleh jawab within seconds!! Walla~!! Pernah berimpian kerja di bidang permotoran, supaya skill dan knowledge nya tentang kereta boleh digunapakai, namun sampai sekarang nampaknya belum boleh menjadi kenyataan. Demi mengenangkan hobinya terhadap kereta, Ayah Iman bukan sahaja melanggan majalah-majalah kereta (yang bertaburan di rumah…sigh), malah, beliau juga sentiasa mengambil kesempatan untuk bermain Initial D di Arked Supermarket. Kalau orang lain pening kepala bila anak lelaki mereka merengek mahu ke Arked, saya pula pening dok menggendong Iman sementara Ayah Iman menghabiskan perlumbaan nya di Arked. Layankan sahaja, dah itu minat dia. Hihi.

>

{focus_keyword} Bila lahirnya "Collector" Tegar P1040880 1Antara majalah kereta yang seringkali bersepah di lantai sebelum Mama Iman jadi Hulk Hogan suruh susun balik sambil ugut nak buang. Kikiki.

>

{focus_keyword} Bila lahirnya "Collector" Tegar P1040881 1Kotak paling besar. Pandangan atas.

>

{focus_keyword} Bila lahirnya "Collector" Tegar P1040882 1Kotak paling besar. Pandangan sisi. Penuh tau, hanya dengan HW.

>

{focus_keyword} Bila lahirnya "Collector" Tegar P1040886dan berkotak-kotak lagi HW semata-mata. Mahu patah pinggang pindah rumah dok angkut bende ni sahaja. Adeh. Teka bilangannya? Hampir seribu tau. So, siapa2 ada toddler yang mmg sukakan HW, boleh lah bertandang ke rumah kami, dan berlakon nangis-nangis tau supaya dapat bekalan HW untuk dibawa pulang. Huahauahuaau.

>

>

Lahirnya seorang collector  hebat ini dimulakan dengan adik kepada Ayah Iman yang kini berusia 11 tahun, Pak Cu Hazeeq!! Ayah Iman pada mulanya hanya minat biasa-biasa sahaja tentang HW ni. Sampailah masa PakCu Hazeeq suka benar membelinya, tapi tidak pula pandai menjaganya. Maka Ayah Iman pun mula kumpul kesemuanya untuk dijadikan koleksi. Rupanya ramai sungguh peminat HW ni di seluruh dunia. Malah, ada di antara koleksinya yang bernilah ratusan ringgit. (Mama Iman rambang mata – kalau jual, kaya neh). Huahauahuahau.

Saya sebenarnya berbangga dengan collection Ayah Iman ni. Malah menyokong beliau sebagaimana beliau menyokong saya menjadi collector susu ibu. Hihi. Dahulu sebelum kelahiran Iman, saya dengan suka hati menyokong Ayah Iman berkumpul bersama collector2 tegar HW di bangunan Amcorp Mall. Memang dari pelbagai peringkat golongan menjadi peminat HW, dan sanggup berabis ratusan dan ribuan ringgit untuk HW.

Malah kami berimpian untuk buat HW custom-made cabinet seperti di bawah ni.

{focus_keyword} Bila lahirnya "Collector" Tegar hotwheels325Sumber

{focus_keyword} Bila lahirnya "Collector" Tegar HotWheelsorMatchboxforcarsinretailboxesWSumber

>

>

Menjadi seorang collector sebenarnya mengajar kita menghargai sesuatu barang. Seperti mana saya menghargai EBM saya. Kiki (hish…mesti ke asyik kaitkan dengan EBM =p).

>

>

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Alyrds

>

>>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bila lahirnya "Collector" Tegar pixel

You may also like...

2 Responses

  1. alyrds says:

    lahir yang berlainan 😛

  2. NUR says:

    TAK SANGKA YE AYAH IMAN NI.. PEMINAT KERETA NI YE..HEHE..

    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/kelahiran-pilihan-hati.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.