Bila IbuCergas Demam

Seharusnya tidak boleh pegang title IbuCergas lagi lah kan? Haha. Saya terjangkit dari Cik Iman. Demam Cik Iman kebah dah, alhamdulillah. Saya tak mahu demam (semua orang tak mahu..hehe). Sebab kalau saya demam, rumah saya nanti tak berkemudi. Sebab sang kapten dah jatuh sakit.

Tapi saya sekali lagi silap. Ayah Cik Iman terus ambil alih tugas-tugas saya sebagai kapten. Maklumlah, kali pertama saya demam di rumah sendiri. Jika dahulu, boleh nak tuang-tuang kerja sebab duduk dengan parents. Hihi.

Terima kasih Ayah Iman sebab layan saya bak puteri raja tatkala saya demam (status akan bertukar jadi bibik kembali bila sihat). Muahahahaha. Gurau je.

Back to the story, saya tak larat nak masak seperti biasa pagi-pagi. Malam juga begitu. Tapi malang juga lah kan, sebab bila Ayah Iman buka freezer konon-konon nak sajikan saya sesuatu, tiada frozen food langsung, kecuali Roti Canai. Haha. Saya memang tak benarkan frozen food macam nugget, fries dalam freezer saya. Yang ada cuma EBM dan sedikit ikan dalam tupperware tu. Hihi.

{focus_keyword} Bila IbuCergas Demam P1060551a

>

End up Ayah Iman gorengkan lah juga roti canai tu sebab saya perlu makan sesuatu untuk makan ubat.

Tetapi……….

>

{focus_keyword} Bila IbuCergas Demam P1060546a

 Lihatlah roti canai di masaknya. Hangus!!!! Hahaha! Kali kedua masak baru ok. Dan Ayah Iman sudi makan yang hangus itu, berikan yang cantik kepada saya. Dahlah dia punya hangus, dalamnya tak masak, berminyak pula!

>

<

Saya tanya dia, “Sayang bini tak?”

Dia jawab, “Sayang!!!” sambil berdoa barangkali supaya “bibik” ni cepat sembuh. Hihihi!!

Terima kasih lagi Abang buat sekian kalinya.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bila IbuCergas Demam pixel

You may also like...

2 Responses

  1. umi nadia says:

    hye paan!~just search psl group kumpulan ibu mengandung..tgk2..mcm knal jer bdk ney..ehehe!lupe yer x school :)

  2. Awin says:

    hahaha lawak lahh korang ni 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.