Bila Ayah Cergas ke Dapur


Assalamualaikum semua,

Hari minggu memang kami cuba maksimumkan masa bersama ahli keluarga. Ye, kami malas jalan-jalan. Sebab jalan-jalan adalah asbab musabab poket kering. Hoho. Yelah, nak jalan, minyak petrol lagi, makannya lagi (masak sendiri lagi baik), penatnya lagi. Mungkin bagi family lain, jalan-jalan adalah masa terapi yang sesuai setelah 5 hari bekerja. Em, bagi saya dan Ayah Iman, hari minggu tu lah kami main-main di sekitar rumah, menonton TV bersama. Tak tahulah Iman macam mana bila dewasa nanti. Terpulang kepada Iman dan gunakan hujung minggu nya.

Antara projek hujung minggu saya ialah, sediakan stok bekalan frozeen solid food buat Iman, stok bawang merah dan bawang putih, stok cili kering yang dikisar bersama bawang segala, stok halia dan serai.  Semua ini dapat memastikan proses memasak di pagi-pagi buta setiap hari bekerja dapat berjalan dengan cepat dan pantas. Hehe. Tidak lupa kepada baju-baju yang harus digosok. (kadang-kadang gosok pagi-pagi juga – bila malas datang). Hehe.

Minggu kali ini, Ayah Iman mengacau pula di dapur. Mahu goreng tempe sendiri katanya. Mahu goreng rangup-rangup sendiri (bajet terelah). Memang tempe adalah kegemaran Ayah Iman. Even sebelum kahwin lagi, bila berdating (ye, kami berdating di rumah nenek Iman dikawal rapi oleh nenek Iman – haha), saya wajib menggorengkan Ayah Iman tempe. Huahauahua. Kire macam ujian sebelum jadi bini pulak. Ahak. Layankan je la Ayah Iman menggoreng tempe tu.

{focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur P1030333 11
Potong tempe sambil tengok TV. Bila iklan, barulah khusyuk. Erm..berejam la jawabnya nak siap cik abg.

>

{focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur P1030334 1Gaul tempe bersama rempah-rempah.

>

{focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur P1030338a1Seperti biasa, pinjam dapur Ibu. Heheh. Tukang sepahkan dapur memang kerja kami berdua :P {focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur icon razz

>

{focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur P1030341aTempe siap digoreng. Enak dimakan begitu sahaja, atau campur sahaja dengan nasi ke, mee ke. Makan dengan roti pon sodap. Cubalah.

>

Inilah suami mithali saya, dan ayah mithali buat Iman. :D {focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur icon biggrin

{focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur P1020679a>

>

>

>

>

>

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bila Ayah Cergas ke Dapur pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.