Berurut dan tukang-tukang urut

Sempena ambil MC demam semalam, mama saya mengambil tukang urut kampung sebab masing-masing teringin nak berurut, saya mahu, mama mahu, kakak juga mahu. Wah…kaya tukang urut tu..RM50 seorang tau. Saya kebetulannya terasa macam B ni perlu diurut sekali sekala, lancarkan kembali saluran-saluran susu yang mungkin tersumbat.

Sebelum urut tu, mama sumbat Iman dgn EBM dan saya perah ala kadar B saya. Yelah, nak tunggu Iman melekat, lama la pulak nanti..tensi pulak kang si tukang urut. hehe.Ok, memang dia urut best. Overall memang sedaplah! Tetapi….yang tak syoknya ialah

1) Tukang urut tu mengkondem tukang urut yang saya upah selepas saya bersalin. Beliau berkata tukang urut saya dulu tu tak pandai urut ke..kenapa begitu, begini rahim saya..bla..bla..bla…aiyo..(mungkin ini teknik mencari customer juga..muehehee). Rahim saya dan perut saya banyak sangat angin. Sampai terasa letupan-letupan kecil angin dari dalam apabila tulang urut tu urut-urut rahim saya. Ngeri kan?

2) Tukang urut tu kata, rahim saya bengkak. Saya tanya kenapa ye? Dia cakap, apa yang awak makan? aiyooo…saya memang tibai jek makan semua. Ingatkan lepas bersalin, lepas habis pantang apa-apa je makanan boleh sumbat. Tak boleh rupenya ye? Antara makanan yang sangatlah tidak digalakkan oleh perempuan untuk makan ialah:

  • Makanan berangin seperti Labu dan Ubi – tapi..saya sangat suka Pengat Labu, Labu masak Lemak, Ubi Manis Rebus.
  • Sayur-sayur sejuk seperti Kangkung dan Pucuk Manis – tapi saya sangat suka Kangkung Tumis, atau Kangkung dicelur, dijadikan ulam bersama Nasi lemak. Pucuk Manis masak lemak sedapnya~!!
  • Makanan berbisa seperti Kobis dan kacang panjang – tapi…saya memang sangat-sangat suka kacang panjang!
  • AIS! atau air sejuk! Sila lah jangan makan..kurangkan sekurang yang boleh – tapi..saya terlalu lah suka AIS! anything yg sejuk, aiskrim, ice blende, SEMUA!

3) Tukang urut tu kata, mandilah dengan air panas @ hangat. Jangan mandi air sejuk. Nanti masuk angin. Aiyo….kalo siang-siang, udara kering, balik pula dar shopping @ kerja sambil kepenatan, best betul bersiram di bawah air sejuk, kemudian tidur. huhuhuuh….

4) Tukang urut tu kata jangan pulak pakai baju sikit-sikit ye puan-puan sekalian…nanti masuk angin. Adoi…kan best pakai sikit-sikit pas mandi pastu berkipas! Memang nikmat…

5) Tukang urut tu kata, lepas berurut, rehat satu hari suntuk..jangan buat kerja langsung. Rehat jek. Sebab badan baru diurut, nanti jadi sakit-sakit kalau terus buat kerja.

Lepas tukang urut balik…perkara-perkara yang saya buat ialah…

  1. Tibai Air Cendul yang dibekukan (dibeli oleh kakak dari Pak Li untuk berbuka semalamnya) – Oh ye…saya tidak berpuasa kerana demam dan menyusukan dan amat terhidrasi.
  2. Mandi dengan syoknya air sejuk…siap mandi dengan Iman lagi..
  3. Berkemban ke sana ke mari.
  4. Sapu lantai, mop lantai, berus bilik air, sidai baju.

Saya amat degil kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Berurut dan tukang-tukang urut pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.