Bertindak Lebih Dari Orang Lain

Kami sedang berkira-kira untuk membeli rumah lagi. Since rumah sekarang ni atas langit. Dinding jiran sebelah punya, lantai orang bawah punya dan atap pula orang atas punya. Eh..bukan bermaksud kami banyak duit. Hakikatnya sebab tiada duitlah kami kena bertindak sekarang. Bukan nanti-nanti. Kalau sekarang anda masih bujang, dan masih berlenggang kangkung tak beli-beli rumah lagi, peeehliiiis lah bertindak sekarang sebelum menyesal. Harga pasaran rumah sekarang dijangkakan takkan naik mendadak dalam masa setahun dua ni (sukahati buat spekulasi sendiri nih…ahak). Untuk turun adalah amat tipis sekalilah. Selagi bank tak longgarkan syarat pembelian rumah, baik kita bertindak beli rumah. Saya fikirla kan (ni saya fikir, pendapat saya, jangan percaya bulat2..hihi) Bila bank longgarkan syarat pembelian, percayalah bahawa harga rumah akan lagi melonjak tinggi disebabkan permintaan yang banyak (sebab tiba2 jadi senang nak apply loan).

>

{focus_keyword} Bertindak Lebih Dari Orang Lain images

>

So, since sekarang ni macam tak berapa nak naik, (tipis nak turun ni), baik kejar cepat2 sebelum ia naik! Fulamak rumah di Shah Alam 2 tahun lepas corner lot dalam RM450K (masa tu rasa tersangat laaaa mahal gilos sungguh aih tak mampu nak beli nyer).. tapi kini 2012, corner lot RM730k tu kira murah??? Tercekik badak saya dibuatnya. Malah di Seksyen 23 Shah Alam ni ada orang nak jual corner lot RM1.35 juta!!! Agak-agak la wei. Macam mana? masih nak tunggu?

Ada sesetengah orang jenis yag just ikut flow. Ada yang dah start gear nak accelerate untuk cari rezeki lebih. Malang sekali kalau ada yang tarik gear reverse. Harap tidak lah ye. Bukan kami nak kejar harta dunia sangat. Mati pun bukan boleh bawa harta tu masuk kubur pun. Tapi saya suami isteri cuma berharap, agar nanti kami punya rumah yang mana senang untuk kami jaga orang tua kami kelak. Kalaulah dok terperuk jugak rumah atas langit ni, kesian pula pada orang-orang tua kami nak turun naik pula nanti.

>

Cari kerja lain yang lebih terjamin

Yang ni majoriti orang buat. Lompat dari company ni, pergi ke company lain. Ok, adalah naik paling-paling kurang RM500. Paling tinggi, hurm … depends pada expertise kita jugalah kan. RM1K? RM2K? Boleh tahan. Ok, ambil nilai paling banyak RM2K tu.. nak kumpul downpayment untuk beli rumah RM500K (contoh laa…since ni harga rumah teres 2 tingkat paling murah  kat Shah Alam nih). Downpayment je nak RM50K. Tak masuk upah peguam, valuator, etc2. Paling2 mahu mesti ada at least cash in hand RM70K – RM80K dengan bayaran bulanan dekat RM2K. Anda rasa cukup dengan hanya lompat dari satu company ke company yang lain?

{focus_keyword} Bertindak Lebih Dari Orang Lain images 2

>

Cari kerja part time

Yang ni ramai orang buat. Tapi pemilihan kenalah bijak. Boleh nak cari kerja part time, tapi mestilah bukan kerja yang 24 hours around the clock. Mana nak letak masa tidur? Mana nak letak masa jaga anak? Mana nak letak masa dengan suami dan keluarga? Takkan siang dah kerja office, malam nak kerja 7 Eleven pula kan? End up berapa banyak gaji cuma yang dapat kita tambahkan? Tak berbaloi dengan masa yang telah kita korbankan.

>

Carilah kerja part time dengan bijak.

Sambil sembang-sembang dengan Ayah Iman, dia berkata “Berusaha menjadi kaya dengan mengerah tenaga tubuh adalah amat terbatas. Patah tulang empat sekalipun, alamatlah takkan jadi kaya. Tapi berusaha menjadi kaya dengan mengerah kebijaksaan otak adalah unlimited”. Terasa indah pulak quotes ni (muehehehe). So, dengan otak kita yang berkemampuan inilah kita kena carik duit dengan bijak. Carilah part time anda yang mana anda masih sempat lagi untuk berfamily dengan hebatnya. Tanpa jeopardize kan masa dengan keluarga, masa dengan Allah, dan tidak meletihkan tulang empat kerat anda.

Alhamdulillah. Saya kini mengorak langkah ke dunia baru, dengan semangat yang lebih berkobar2. Daripada saya mengeluh duit sentiasa tak cukup untuk beli itu ini, mengeluh kenapa company begitu dan begini, adalah lebih baik kita bertindak dulu lebih ke hadapan dari orang lain yang tak buat apa2 lagi. Selepas habis berusaha, kita serahkan bulat2 semuanya pada Allah. Ingat, usaha kita bukan penentu kejayaan kita. Allah jualah yang beri keputusan untuk segala rezeki kita. Mungkin kita dah berusaha kuat, tapi Allah kata masih belum masa lagi nak beri kita kejayaan. Maka, sabar dan redha sahaja lah senjata yang kita ada. InsyaAllah, Allah akan ada.

{focus_keyword} Bertindak Lebih Dari Orang Lain images 1

>

Jom maximise kan keupayaan otak kita =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bertindak Lebih Dari Orang Lain pixel

You may also like...

1 Response

  1. nazirah says:

    saya pun sedang mencari rezeki sampingan memandangkan berniat untuk berhenti kerja suatu hari nanti. tapi masih tercari2 side income yg sesuai as suri rumah bersama anak2..buntu juga kdg2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.