Berazam Rajin Semula

Updated 11 Jan 2012: Medela Freestyle Ready stock ada 4 biji. Siapa cepat dia dapat.

[Bacaan Ibu-ibu sahaja]

Terharu. Serius. Setelah sekian lama (dekat 1 bulan) Cik Iman hanya memperoleh susu segar 5 oz cuma. Harini, saya dapat kembali memperoleh 9 oz buat Iman. Maka esok pagi Iman tak perlukan susu frozen. Hampir saya menangis tadi. Umur anak sudah 1 tahun 9 bulan, serius saya katakan, ada bibit2 kemalasan dan letih lelah dalam diri saya untuk menjadi pengepam tegar. Mungkin juga saya terlalu yakin yang Iman akan dapat susu ibu sehingga 2 tahun. Pemikiran negative saya telah membawa padah bila mana susu yang saya perah merudum teruk, dari puluhan, ke belasan dan akhirnya kepada sebotol cuma. Mujur masih punya stok susu berkat kerajinan zaman silam.

>

{focus_keyword} Berazam Rajin Semula P1070499a

Selingan: Budak mengantuk disorongkan belon :lol: {focus_keyword} Berazam Rajin Semula icon lol

>

Dari mengepam 8 kali sehari, merudum kepada hanya sekali sehari, betul2 membawa padah. Saya kadang sendiri tak percaya kenapa dahulu saya boleh segigih itu. Kenapa tak sekarang. Bila susu tinggal sedikit, setiap titik menjadi sangat2 berharga. Tiba-tiba lebih banyak pula yang tumpah ke baju berbanding masuk ke botol. Memang sangat sedih. Medela freestyle saya versi yang masih menggunakan breastshield Soft Fit. Medela freestyle versi terbaru didatangkan dengan breast shield Personal Fit sebanyak 2 pasang.

Saya pernah ada Pumpin Pal Super Shield Plus dan menggunakannya bersama Spectra 3 (klik sini)  Mahal nya membeli. Tapi sangat berbaloi menggunakannya sebab membantu mengeluarkan susu dengan sangat efision (sehingga titisan terakhir) mengosongkan breast. Bila saya mula menggunakan Medela Freestyle (Oh, sudah setahun 1 bulan lamanya), saya terlupa dah pasal Pumpin Pal Super Shield Plus ni. Hanya menggunakan SoftFit sahaja. Asyik bocor sahaja. Selalu tumpah ke baju.

Kelmarin, saya pasang kembali pump dengan Pumpin Pal Super Shield Plus, kali ni dengan saiz L pula (alignment dah lari kot, kena tambah saiz – muahahaha). Ada rasa “Wah” kembali dalam diri saya. Sebab tiada lagi susu bocor keluar melalui breastshield ke baju. Ditambah pula dengan saya cuba mempraktikkan kembali Power Pumping. Saya pam selama sejam, berhenti setiap 15 minit. Hari kedua saya berpower pumping menggunakan Pumpin Pal Super Shield Plus ni, hasil tuaian menjadi 7 oz. Hari ketiga iaitu harini, saya dapat 9 oz!

<

{focus_keyword} Berazam Rajin Semula P1070715a

Medela breastshield setup with Pumpin Pal Super Shield Plus

>

Ayah Iman bising juga pada mulanya, dek kemahalan Pumpin Pal Super Shield Plus ni. Overpriced! RM84 sepasang! Original supplier dari US tak pula ada shipment ke Malaysia. Mereka jual lagi murah. Kalau campur shipping pun, masih reasonable. Tapi shipment mereka yang terdekat hanya di Singapore, dan mana tak banyak pon beza dengan retail price di Malaysia. Saya pula dah kira terdesak amat mahukan penambahan size Pumpin Pal Super Shield Plus ni.

Hai.. tambah gadjet IT habis beratus, beribu, bini biasanya tak banyak bising. Tapi bila tang keperluan bini nak beri susu terbaik buat anak, ada sahaja komplennya. Maka, dengan rasminya Mama Iman pon membebel pada Ayah Iman.

“Abg nak kita bayar RM84 sekali ni ke, atau abg nak bayar RM84 setiap minggu untuk susu tepung?”

Ahak.. soalan cepu cemas yang mematikan kekomplenan Ayah Iman. Muahahahahah!

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Berazam Rajin Semula pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.