Bengkak Susu Lagi??!!!

Salam…2 hari lepas (erm..lama jugak tak update blog) saya mengalami bengkak susu (lagi!)… Sakitnyer Allah saja yang tahu…kali ini, sakitnya luar biasa sekali…

Ceritanya begini, bila pukul 4 pagi nak masak (panaskan lauk) untuk sahur, rase sakit sangat dekat B kiri…selalu kalau tak pump malam pon tak pe…sbb Iman banayak minum malam…tapi kali tu, Iman minum banyak juga, dan tetap berlaku kebengkakan itu…tak tahu la kenapa B terover stimulate sampai macam tu sekali… oleh sebab takut tak sempat siap-siapkan lauk untuk bersahur, saya pun tangguhkan dulu sesi pengepaman (which is silap besar). Bersahur pukul 5 pagi…siap2 kemas lepas sahur, sampai la pukul 545 pagi…baru lah mengepam…sekali pump punya pump…bengkak tak nak surut..walaupon dapat 7 oz (dua-dua B), tapi belah kiri tu macam ada penyumbatan…sakit bukan kepalang…apa yang saya ikhtiarkan adalah..

  1. Mandi air shower panas (sepanas yang boleh)…
  2. Tuam guna Tungku Moden (selama yang boleh)…klik sini untuk beli..
  3. Urut pelbagai jenis urutan…(walaupun tak pandai)…

Tapi..bengkak tak jugak surut…

Akhirnya…semalam semasa solat Zuhur….sewaktu sujud…saya rasa ada yang tak kena pada B kiri tersebut…terasa bengkak tu berada di bawah B, betul-betul antara lipatan dengan tulang rusuk.. Selepas selesai solat,saya cuba picit dan terkejut..sebabnya ada bonjol-bonjol ketulan di situ…yang amat sakit apabila ditekan…mahu menitik air mata saya…kat B kanan tak de pulak bonjolan macam tu..bentuk bonjolan itu adalah seolah-olah ketulan daging yang terhasil akibat pemakaian bra yang tidak betul…macam mana nak kata ye..bayangkan seperti bra kecil yang tidak muat untuk menampung cik B yang besar, tentu ada bahagian daging yang terkeluar bukan? Mungkin susu terkumpul di bahagian tersebut, terkumpul hingga membengkak….Tanpa buang masa terus saya pasangkan Tungku Moden saya, dan tuam bahagian bonjolan tu…huh, dalam hati ni dah takut semacam dah…dah siap google (sambil bertuam) pasal breast cancer lagi!!! Nauzubillah….

Sepanjang malam tu saya teruskan tuam lagi…sambil google lagi rawatan-rawatan untuk cancer…siap pergi laman web Oncologi Malaysia tau…

Bukan itu saja….saya suruh Iman direct tak henti2…lepas sejam, saya akan paksa suruh dia minum lagi…sebab baby’s suckling is the best pump ever…

Akhirnya…pagi ni di opis…bengkak dan bonjolan B kiri saya semakin kecil!!!

Dan hasilan pump pagi pukul 8 pagi ini ialah…~ 8.25oz… syukur Alhamdulillah…

{focus_keyword} Bengkak Susu Lagi??!!! 30 8 2010 18 pagi ini ialah…~ 8.25oz


Lihat ya kuantiti susu di bahagian B yang bengkak…sikit kan? Sedangkan pagi tadi pukul 6 saya direct feeding Iman pada susu sebelah kanan…still dapat 5 oz…

{focus_keyword} Bengkak Susu Lagi??!!! 30 8 2010 2

11 pagi ini ialah…~ 5.25 oz

Moral of the story….

  1. Sila jangan pakai bra yang terlalu ketat….
  2. Sila jangan pakai bra yang terlalu kecil…
  3. Sila rajin mengepam walaupun di malam hari..jangan malas!
  4. Sila jangan salah posisi tidur sehingga cik B anda tersepit ok…
  5. Discover punca kebengkakan tu sewaktu sedang sujud,..MasyaAllah…hebat kuasaMu ya Allah…alhamdulillah atas petunjuk yang diberi..

Saya amat takut bengkak susu….serius..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Bengkak Susu Lagi??!!! pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.